Mamat Curang, Playboy Dan Punca Perpecahan Kumpulan Sepah – Syuhada, Bekas Kekasih Mamat Sepah
Wow. Terkejut jugak Abang Nara membaca kenyataan Nur Syuhada atau lebih dikenali dengan nama Adda yang merupakan bekas kekasih Mamat Sepah di dalam BiPop semalam. Kalau benarlah apa yang dikatakan, memang sahlah Mamat bermain kayu tiga. Harap-harap Fida berhati-hati dan menyiasat dakwaan Ada. Takut-takut nanti Fida pulak kena tinggal.
Untuk anda yang tidak mengetahui, Mamat Sepah sudah clash dengan Adda dan kini sedang bercinta sakan dengan Fida. Malah Mamat telah membuat kenyataan sebelum ini yang dia dan Adda berpisah secara baik. Namun menurut kenyataan Adda semalam, ternyata itu semua bohong belakan. Mari kita ikuti luahan hati Adda yang disampaikan di dalam BiPop semalam:-
Mamat yang minta putuskan perhubungan kami. Tanpa sebab. Saya tanya kenapa, dia bagi tahu tak suka perempuan seksi. Tapi kenapa baru sekarang dia cakap tak suka perempuan seksi? Nampak sangat mulut buaya darat, dah ada orang lain dia bagi alasan. Memang saya menangis apabila percintaan kami putus. Mamat juga dah bagi cincin tanda, kami merancang untuk melangsungkan pertunangan sebaik Maharaja Lawak selesai.
Tambah memburukkan keadaan apabila Mamat meminta Adda untuk memulangkan cincin yang pernah diberi beserta dengan bekas-bekasnya sekali.
Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya. Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu. Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai. Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia.
Namun Adda tidak langsung menuduh Fida sebagai perampas kerana baginya Fida tidak tahu langsung mengenai status perhubungannya dengan Mamat ketika itu.
Saya memang tak dapat hidu percintaan antara Mamat dan Fida, jadi saya sedih apabila dapat tahu mereka dah berkawan. Ketika Mamat bertemu Fida, saya dan Mamat masih lagi bersama. Tapi saya tak rasa Fida ini perampas. Mamat nie kalau bercakap ayat manis. Katanya mereka dah kenal enam bulan ketika penggambaran Man Sewel Datang KL. Ketika mereka terbabit dalam penggambaran, saya masih bersama Mamat. Saya yang ikut Mamat ambil skrip berkenaan. Sebab itu saya yakin, ketika dia mengenali Fida, saya masih bersama Mamat.
Ada kata-kata tersirat daripada Adda yang menyuruh Fida berhati-hati ketika bercinta dengan Mamat.
Mamat nie curang! Dia memang ada ramai perempuan! Ada juga bekas kekasih Mamat yang cari saya, nak bunuh diri kerana dia. Sebab tue saya katakan Fida bukan perampas, dia tak tahu apa-apa. Kasihan dia. Tapi saya harap Mamat berubah apabila dia dengan Fida sekarang. Jangan jadi seperti sebelum ini, lepas seorang seorang dia kenakan.
Paling mengejutkan ialah apabila Adda memberitahu punca perpecahan Sepah tak lain tak bukan kerana Mamat.
Mamat juga pernah beritahu saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebabnya dialah. Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling. Itu yang saya bengang.
Semoga dengan pendedahan ini, Mamat dapat berubah dan menjaga Fida elok-elok. Untuk anda yang ada hati nak mengorat Adda, sila abaikan niat anda. Adda sudah pun menjumpai pengganti yang lebih matang berbanding Mamat.
........................................
Okay .. now we proceed to main topic "Perlu ke perempuan tu cakap macam tu??" Sila fokus pada highlight word saaje ye .. Dalam article abang nara terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh ex-mamat ni. Tapi aku just terkejut ngan kenyataan yang diberikan oleh ex-mamat ni. Yang highlight tu sila fokus kerana aku rasa tak perlu kott die nak bagi kenyataan macam tu. Aku tak back up sape-sape. But, aku rasa sebagai seorang perempuan, tak elok la cakap macam tu. Ade mende yang ley cerita n ade mende yang tak. Awak tu artis kak. Cakap macam minah kampung yang dok dalam hutan tau tak? Frust macam la awak tu dah kawen ngan die kan. Frust macam la awak tu mang dah ade anak ngan die. Toksah la buat malu abang awak si Rudy tu weyy.. Aku gelak je la bace penjelasan ko ni. Macam budak hingusan. Pasal "dia yang sarungkan cincin dijari saya tanda saya ni miliknya " .. Aduuhh .. perlu ke cerita macam tuh?? Perlu?? Geli la.. Maluuu makkk ...
Then "cincin tu bukan mahal sangat, RM500 je, itu pon nak kecoh " .. Wahh.. tak mahal kan?? mang la tak mahal kat ko kakak.. Aduu .. Ayat yang tak matang lagik sekali. Perlu ke nak habaqq gak soh kasi bekas sekali? Perlu ke cerita nak tukar ngan rantai? Perlu ke?? Baru cincin tanda, dah kecohh.. Aku tak tau la nanti die ni dapat cincin tunang, macamna la reaksi die bile tunang mintak balik cincin kan. Mau dicanag satu dunia. Masuk International news gamaknye kan. haissoo..
"Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukkan nama saya kepada orang sekeliling" .Dah engko nak kecoh tu nape kan?? Dah tau die tak heboh kat media. Buat ape nak kecoh-kecoh.? So, ko nak tunjuk hebat la, nak lagi up la dari dia, nak cerita kat media. Hadooii .. Orang keliling yang tau tu just orang-orang ko kenal, kami ni tak tau pon. Lagipon kami takde pon nak tau. Ko bukan popular pon. Ape kes nak amik tau . Sekarang ni, aku rase ko yang bawak cerita kat semua. Hurmm.. Silap besarla Adda oii.. Perangai ko macam ni la sebabkan laki takmo dekat oo, dah jadi macam ni, ko makinn nak memanjangkan cerita pulak. Toksah budak-budak sanagt la. Desperate sangat ke???
Okay ! dah luah dah ape aku rase bila aku baca article ni. Pengajarannya, tak perlulah nak canang sangat kan. Ingat-ingatla sikit kita ni perempuan. At least ade batas nak cakap tuh. Jaga la maruah , takmo jage maruah ko, tolongg la jage maruah family ko. Malu aii ade anak macam ni . Ish ish ish ... =_='
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..