Saturday, September 24, 2011

Luahan Rasa Hati Yang Duka ='(

Sambungan dari entry sebelum ini, Hurrmm.. aku ni mudah naik marah bila ada kawan aku kena pedajal. Aku tak tahu kenapa. Aku ada satu sifat yang agak negatif iaitu Panas Baran. Aku sungguh pantang bila ada orang buat sesuatu yang aku kurang senang. Sebab aku tak kacau orang yang buat aku kurang senang tu. Huh.


Makin tahun, makin menjadi-jadi amarah aku. Makin menjadi-jadi sifat kurang percaya pada orang sekeliling. Even dia kawan aku sekalipun. Aku hanya akan bersama dengan orang yang aku senangi sahaja. Bukan senang aku nak terima ajakan orang yang aku kurang senang. Ini kerana, hidup aku selalu didengki oleh orang sekeliling even KAWAN sekalipun. Huh! Sungguh dasyat. Sumpah aku kata, dulu aku adalah seorang yang sungguh suka cari kawan baru, nak kenal ngan orang baru, nak tambah kawan baru. But now, aku tak berminat 0.01% pun. Jika ada didepan aku, aku senangi, automatically dia akan jadi kawan aku. Jika tidak, aku akan buat tak tahu sahaja. Perjalanan hidup aku dulu ngan sekarang sangat berbeza. Aku sekarang lagi senang duduk sendirian, sambil mengadap laptop. Bukan tak suka bergaul ngan orang sekeliling, cuma aku akan keluar jika aku rasa ia akan menyenangi diri aku. Jika aku rasa aku keluar hanya untuk tidak senangkan hati aku..jangan harap aku akan keluar. 


Tahu sebab apa ia berlaku???

Sebab aku dah muak sangat ngan orang sekeliling yang depan aku bagai bidadari tapi belakang aku macam TAHI. Bayangkan, dari zaman sekolah lagi aku selalu tak disenangi oleh salah seorang kawan aku. Akan adalah salah seorang yang akan berbunyi-bunyi bila aku ni bahagia. Ceritanya bila, time aku form 5 aku ada kekasih (gatai merelar) .. maka time tu aku nak kata aku hot tu tak la.. Tapi aku maybe disenangi oleh si dia kan. Then adalah manusia yang kurang senang ngan aku, yang depan aku bagai bunga yang cantik bila bergaul ngan aku, tapi belakang aku dia macam TAHI yang cirit tu! Dia kata, "kenapa mimiey yang gemuk camtu boleh ada pakwa?? Kenapa macam aku takde? Hebat sangat ke dia tu??" .. Hurrmm.. Zaman bayi-bayi kan.. so, topic-topic dengki nye haruslah topic bayi-bayi. Humm.. Then pernah dia nak malukan aku depan member-member dia boleh baik-baik ngan aku, Aku pon kan positif time tuh, aku layan kan la baik dia. Malam tu aku ada dinner, so aku takde baju yang cantik nak pakai. Then dia bagilah aku try baju dia. "Nah, amikla baju aku,tengok-tengokla muat ke tak?" .. Then aku pakai. Alhamdulillah.. Muat dan nampak cantik kat badan aku yang pear ni.. But she really jeles bila budak bilik semua kata aku cantik paaki baju tu. Dia tak ley terima agaknya kot.terus dia kata. " Dah, aku nak pakai malam ni kat dinner aku, tanggalla balik baju tu.. "! .. See, betapa dia malukan aku depan semua orang. Time tu aku dah tak tau nak letak muka kat mana dah. malu okay. maluu.. 


Then teros ke zaman universiti, result aku alhamdulillah.. Mencapai tahap maximum yang aku harapkan. Dean list dapat dirasai... Syukur.. tapi, bila kita sudah berjaya.. TAHI juga aku dapat dari kawan sendiri. Ada yang tidak senang dengan kejayaan aku. Ada yang membawa mulut bahawa aku berjaya atas pertolongan lecturer-lecturer. Ya, aku mengaku, aku rapat dengan certain lecturer and kebetulan subject A aku semua dapat dengan lecturer yang aku rapat. Dari situ timbullah spekulasi aku ini berjaya atas nama sahaja. Bukan kerana usaha aku. Aku sumpah sedih. Sebab aku bukan orang yang bijak. Aku harus belajar bagai nak rak even nampak aku ini blur dalam kelas. Ya, aku mengaku aku tak nampak bersungguh-sungguh dalam kelas. Tapi bila balik rumah, aku study semula apa yang aku belajar hari tu. Bukan mudah aku nak capai kejayaan tu. Tetapi ada yang dengki. Sumpah aku terasa. Mungkin rezeki aku untuk masa tu. Mana lah aku tahu kan. Tuhan nak kasi.Aku syukur je la. 


Ini hanya sedikit rentetan kisah dengki mendengki dalam hidup aku yang melibatkan kawan-kawan sendiri. Sampai bila ia nak berhenti?? Wallahualam.. Sebab sekarang pun masih ada manusia yang bernama kawan mendengki dengan aku. Aku tak paham.. Sumpah aku tak paham. Aku syukur bila ada family, Encik Sepet and kawan yang dipercayai. At least aku ada insan yang boleh share cerita aku. kenapa ada Insan yang seperti BUNGA didepan mata tapi TAHI gak dia lempar kat belakang aku. ??? Sampai bila.. Aku hanya mampu berdoa.. Aku layankan sahaja.. Pada kawan-kawan yang rasa aku ini tak expose seperti dulu, aku  minta maaf, aku maybe lebih suka bersendirian dari kelaur ngan kawan-kawan. Disebabkan faktor-faktor diatas, aku jadi lebih berhati-hati dan tak nak expose lebih-lebih.. Harap maklum.. ='(

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..