Friday, March 27, 2015

Bandana bib murah

Assalamualaikum.
Meh nak buat iklan sikit ni ha. Aku ada produk nak tunjuk. 



 BANDANA BABY BIB
Material: Japanese Cotton
Design: Kedua-dua permukaan boleh digunakan
Harga: RM 10.00/ sehelai
RM 30.00/set (4 helai)

Postage: RM 6.00 (SM)
RM 8.00 (SS)

Bagi mak-mak yang ada anak meleleh air liur atau nak bergaya. Bolehlah dapatkannya. Tak rugi sebab beli sehelai tapi ada 2 design! Mana nak dapat oi. Yang penting, product adalah handmade okay! Dibuat dengan penuh kasih sayang. So, bila anak-anak pakai, diorang mesti suka. Hihi.

Jika berminat. Bolehlah mesej/whatssup kat nombor ni ye: 013 294 5264

Dijamin 100% produk yang memuaskan!

Bye...

Mencegah Anai-anai

Assalamualaikum.
Anai-anai.
Selama hidup aku nak masuk 27 tahun, aku tak pernah langsung tau rupa anai-anai tu macam mana, sehinggalah hari ini sejarah tercipta. Aku nampak anai-anai bersarang di dalam bilik nombor 2. Haiyoyo. Geli geleman aku nengoknya. Dengan bunyi krip krip dia makan. Eyyy.

Aku apa lagi! Amik bygon dan sembor. Beribu-ribu anai-anai menjadi arwah. Aku jakun sangat tengok anai-anai tu. Hahaha. So, aku tanya mak mertua aku, macam mana nak bunuh anai-anai? Dia bagi tips:

Cuka
Garam

Okay. Tu je. Campurkan, then letak dalam penyembur. Lepas tu, sembur. Mak mertua aku kata, guna kaedah ni lambat sikit la anai-anai naik semula berbanding beli penyembur kat kedai.

Keberkesanan dia aku tak tahu lagi. Sebab aku tak buat lagi. Nanti dah buat aku review okay.

Bye anai-anai.

Wednesday, March 25, 2015

Bila Suamiku Outstation

Assalamualaikum.
Sebelum nak tidur ni, saja nak bagi mengantuk. Tulis la apa nak tulis. Kisah jiran kita hold dulu, walaupun tadi boleh pulak dia memekak time malam-malam ni. Sabar jela.

Okay.
Kisahnya bila laki aku pergi kerja luar. Dalam erti kata lain outstation. Selalu dia akan pergi dalam 3 hari ke atas. Lama gila okay. Aku tak dapat jumpa dia 8 jam pon aku dah rasa nak pergi amik dia kat tempat kerja. Hahaha. So, bila dia takda, Arjuna lah yang menjadi peneman setia aku. 

Aku paling risau bila dia tak sihat. Pernah 2 kali jugak laki aku outstation, Arjuna tak sihat. Makanya, sepanjang laki aku takda, aku bersilat dengan Arjuna dekat rumah. Ada anak orang yang kalau tak sihat dia diam kan? haaaaa. Arjuna bukan begitu sifatnya. Hahahaha.Bila dia tak sihat, aku pun tak boleh pergi mana. 

Pernah kejadian dimana, laki aku outstation, then Arjuna dok cari-cari pak dia. Alaaaahai. Bangun panggil papa. Nak tidur panggil papa. Siap pergi jenguk kat tempat-tempat yang papa dia selalu duduk. Time tu memang syahdu la. Aku pon pakat nangis la bila anak pun dok rindu pak dia. Waaaaaaaa...

So, sekali tu je aku buat. Laki aku outstation Langkawi, dari hari pertama dia tinggalkan kami, Arjuna dah meragam. Dengan tak berapa sihat nya, dengan merengek pergi cari papa dia merata. So, aku dengan cekal dan tawakal, buat keputusan pagi-pagi subuh. Nak bawa anak aku rentas lautan jumpa papa dia. Haaa. Romantik tak? hahaha

First time in my life naik feri sendiri pergi ke Langkawi yang juga first time aku jejak! Bila fikir balik, gagah jugak aku jadi backpackers. Arjuna aku gendong. Beg galas. Beg tarik. Haaa. Gagah tak aku? Dalam feri aku doa banyak-banyak supaya Arjuna tak meragam. Alhamdulillah, dia tak meragam, tapi dia buat jakun. Hahahaha. Habis semua dia nak usik. Sampai brother sebelah aku pon dia kacau. Haruuu la anak teruna aku ni. Hahaha. Sesampai je destinasi, aku longlai tangan dan badan. Maka, bertemulah Arjuna dan papa nya dengan seronoknya.

So, takda la setiap kali laki aku outstion aku ikut. Kena ajar anak aku juga supaya biasakan diri. Aku pun termasuk sekali la. Ni, bila kena tinggal lagi, Arjuna Alhamdulillah, well behave. Aku pernah termenangis dekat dia bila papa dia takda. Hahahha. Mama Arjuna terlebih emo. Kot dari situ dia kesian kat mama dia agaknya, tu yang dia agak behave. Time paling syok bila tido malam, dia lekat je kat sebelah aku. Walaupun kawasan tidur dia sangaaaaaaat la luas. Aku lah yang hujung tanduk. Tapi bila tengok dia dah makin bijak menyesuaikan diri, aku syukur sangat. 

Aku harap dia boleh lah biasakan diri selalu bila pak dia kerja luar. Sebab aku pun perlukan kekuatan untuk menghadapi ketiadaan laki aku untuk beberapa hati kan. Aku yakin, semua isteri paling tak suka bila suami kena kerja luar berhari-hari. Tapi apakan daya, demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga, aku kena redha. 

Setiap kali laki aku kena kerja luar, dia takkan lupa pesan arjuna supaya jaga aku. Hihihi. Yela, anak laki kan, kenalah jaga mama, walaupun realitinyaaku yang jaga dia. Yela, kecik-kecik ni la kena ajar. Anak lelaki kan tanggungjawab kat mak lagi utama. Apa yang laki aku buat kat mak dia, macam tu la kami nak dia jadi bila besar nanti. Apa-apa pon, mak nombor 1. 

Ok, cukup cerita merapu tentang outstation. Share gambar bosan kami bila tiada papa disisi. 



okay. Bye!

Wednesday, March 18, 2015

Jiran Yang Baik Hati

Jiran.
Lagi-lagi cerita pasal jiran.
Muak kan?
Aku yang menghadapi ni lagi muak. Sangat muak. Sampai rasa meluat dan hilang minat dengan apa yang jiran ni buat. 

Jiran belah kiri aku ni, aku dah hilang minat nak marah. Hilang segala nya. Nampak tak betapa aku malas da nak amik kisah pasal kebebalan jiran ni. Bising. Bising sangat! 

Yang aku peliknya, 24 jam dia repair kereta dia. Bukan kereta rosak terbengkalai. Ini kereta yang dia bawak hari-hari. Aku tak tahu la apa yang dia repair. Dari pagi sampai malam. Malam sampai pagi. Life dia mengadap bonet enjin kereta dia. 

Yang penting, muzik kuat-kuat tu wajib. Sebelum ni aku syak diorang ni duduk dalam hutan la. Aku yakin. Sebab diorang takda perasaan langsung bila buat bising macam tu. Kereta da sedia mengaum. Bunyi kereta dia dari ujung dunia pon boleh dengar. Habis macho la kot kan. Hihi

Aku sekarang kesian kat jiran ni je. Kesian dia takda life lain. Memang la dia suka. Tapj kesian la sebab dia sia-sia kan hidup dia untuk kereta yang tak bagi apa pon kat dia. Kesian dia sebab hari-hari orang kata tak baik kat dia. Kesian dia sebab dia buangkan waktu muda dia buat satu perkara ni je. Sampai kadang-kadang aku perasan, solat jumaat pon buat-buat tak perasan. Kesian kat dia kan.

Aku sampai naik meluat la dengan perangai dia. Aku harap lah dia dapat petunjuk. Tak pun aku doakan dia dapat zuriat cepat. Semoga kalau ada zuriat tu nanti, dia boleh berubah. 

Monday, March 16, 2015

Sakitnya Tuh Disini -Cita Citata

Assalamualaikum.
Siapa tak pernah dengar tajuk kat atas? Mesti korang menipu. Hahaha. 

Aku pernah dengar tajuk. Pernah dengar orang cerita pasal lagu ni. Tapi tak pernah dengar lagu nya. Baru-baru ni la laki aku seronok sungguh la pasang lagu ni. Sampai anak teruna aku pon terjebak sekali. Amboooiii. Tau la pompuan tu lagi lawa dari mama! Hahaha. 
Layan la ye lagu ni. Syok jugak. Takda la meluat sangat lagu dia. Boleh layan laaa. hihihi. 

Sekian.

Tuesday, March 10, 2015

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum.
Tengah duduk-duduk menantikan orang service Coway datang, aku pun layan la facebook. Sementara anak pun tengah tidur. Time ni la pun nak goyang kaki kejap. Hihi. Dalam syok layan facebook, nampak la kawan-kawan yang post pasal baru bersalin. Dan-dan tu juga la aku teringat time bersalin aku dulu.

Aku kan masuk wad awal. 33 minngu da masuk. Air ketuban pecah. Aku taknak la cerita pasal ketuban pecah tu. Aku just teringat pasal contraction. Aku takkan lupa sampai bila-bila pasal tu. Sakitnya tu, Allah je yang tahu. 

Bila siang ada juga mak metua and laki aku datang lawat. Ok la boleh cool down sikit sakit. Bila malam, duduk sorang-sorang, Allahuakhbar. Rasa tak terperi. Aku solat pon duduk. Dah tak larat nak bongkok badan bagai. Bila contraction, jem satu badan aku rasa. 2 malam aku nangis senyap-senyap. Hahaha.

Malam finaL sebelum esok petang nya nak beranak, aku call laki aku mintak tips. Sakit melampau sampai nak putus nafas tau. Lastly, laki aku bagitahu, cuba baca Fatihah 100 kali. Aku gigih la baca, hihi. Alhamdulillah. Tidur aku lena malam tu. 

Esok nya,  contraction yang terakhir sebelum keluarnya Arjuna Abid. Selepas keluarkan dia, hilanglah segala sakit bagai. PUAS. hahaha. Okay. Itu je nak cerita, just teringat pasal sakit contraction. Sakit itu indah...

Sunday, March 8, 2015

Harun Salim Bachik meninggal dunia

Assalamualaikum.
Petang tadi duk layan Arjuna tidur atas katil. Lepas tu bosan-bosan layan la FB. Last-last, tengok satu berita yang buat aku tekejut. 

Harun Salim Bachik meninggal dunia.

Tekejut aku. Sebab apa aku tekejut pon aku tak tahu. Meninggal di R&R Bukit Merah. Aku baru lalu semalam. Kalau dah ajal, dimana saja ia boleh berlaku. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. 

Perginya seorang lagi penghibur tanah air kita. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Insyaallah. Amin.

Alfatihah.

Friday, March 6, 2015

Janji Allah Tu Pasti

Assalamualaikum.
Solat Jumaat dah ke wahai kaum adam? 

Esok dah nak balik Kuala Kedah. Bermula lah semula kisah kami keluarga kecil. Hihi.

Bila duduk-duduk saja macam ni, tiba-tiba teringat tentang satu kejadian ni. Tajuk utama dia, KERJA. 

Ada makcik sorang ni, dia tiba-tiba tanya,
'Taknak kerja ke'?

Aku jawab lah. 
'Nak, tunggu la nanti. Bagi Arjuna besar sikit.'

Makcik tu pun cakap lagi.
'Bila'??
'anak kamu pun dah besar, bila lagi nak kerja, rugilah belajar tinggi-tinggi taknak kerja.'

Aku senyum.

'Kerja! Kamu kena kerja. Nanti jadi apa-apa kemudian hari. Macamana"?

Time tu, aku nampak makcik tu, aku jadi menyampah. Siapa dia nak cakap macam-macam kat aku. Aku tak pernah sekali pun usik duit dia. Apatah lagi kacau anak-anak dia. Dia bising kat anak orang lain, padahal anak dia pon dia tak 'ajar' betul-betul. 

Aku bersyukur, walaupun aku macam ni, tak kerja, at least aku ada adab, ada budi bahasa sikit bila begaul dengan orang. Macam makcik, belajar tinggi-tinggi, kerja hebat, tapi kalau anak-anak makcik pon makcik tak reti nak jaga, makcik takda hak nak bising kat aku.

Aku memang la dah lali bila orang tanya pasal kerja ni. Tapi tula, aku tiba-tiba jadi sensitif bila makcik ni tegur aku. Teguran dia agak kasar. Aku pun tak ingat la ayat dia 100%. Sebab aku tak suka nak ingat.

Tula susah bila kaya, kerja tinggi, hidup nak berlagak. Lupa pandang bawah. Asyik nampak nak kerja kekayaan dunia je. Usia dah meningkat. Cuba ubah diri sendiri dulu dari sibuk amik tahu perihal anak orang lain.

Sebelum nak sibuk hal anak orang lain, elok kan dulu family sendiri. Makan pakai suami pon tak terjaga. Anak-anak apatah lagi. Aku mampu senyum sinis je bila dia banyak sangat cakap pasal ruginya tak bekerja!

Makcik. Walaupun aku ni tak kerja hebat macam makcik. Tapi insyaallah, kerja aku sebagai surirumahtangga ni hebat di mata Allah. At least aku berpeluang jaga makan pakai suami dan anak aku. Aku bersyukur walaupun sekarang kerja aku hanya membantu suami aku menjaga rumahtangga. 

Bila aku akan bekerja cari duit/makan gaji? Tunggula. Allah je ada jawapan tu. Pergilah tanya Allah ye makcik.

Nasihat aku, jangan la menghina sangat orang yang tak bekerja ni. Janganlah ingat awak kerja bagus, awak ada hak nak komen macam-macam. Ingat. Kalau buat apa-apa tu, bawak cermin. Cerminkan diro diri sebelum komen macam-macam.

Kalau adik beradik aku yang tanya pasal menda ni aku tak kisah. Lagi-lagi mak pak aku, lagi aku tak kisah. Tapi bila orang luar masuk campur hal rezeki ni, aku akan automatik blacklist dia. Hahaha.

INGAT!!! rezeki Allah ada dimana-mana.


Suamiku Encik Perfect 10!

Assalamualaikum.
Siapa dah tengok cerita ni?
Best ke cerita ni?
Syok ke cerita ni?

Haaa.. aku balik Putrajaya, Mak Metua aku dok racun aku suruh langgan Astro Shaw. Aku gelak je la kan. Sebab dia kata anak sedara dia tengok kat wayang, then katanya sedap cerita ni. Hihi. Aku pon dengan baik hati, langgan la cerita ni. 

Astro Shaw - channel 486
Harga - RM 15.00 + 6% tax
Duration - 2 hari

Okay la tu kan. Bukan aku yang bayar nanti. Hahaha. Aku jalankan tugas aku untuk melanggan je. Better la dar bayar RM 10.00 untuk sekali tengok kat wayang. Hihi.

Pada pandangan aku, cerita ni tak boleh la bagi 10 star. 5 star pon tak dapat kot. Cerita dia ringan sangat. Boleh tahu apa jadi. Cerita ni adaptasi novel jugak ke?? Aku bukan kaki novel, so aku tak tahu la kan. Hihi.

Okay la cerita dia, sweet-sweet gitu. Tak berat tak ringan. Haaa, hebat tak aku timbang? haha. Apa yang syok nya bila tok mak (normah damanhuri) dan ibu ( jasmin hamid) cakap utara. Itu yang buat cerita ni layan. Hihi.

Part lawak bagi aku, part yang baju dalam besi dan tak besi. Pada aku part tu betol-betol buat aku geli segala. Lawak okay.
Part sedih tu banyak la. Cuma takda la aku nangis beria. Sekadar touching-touching tu ada la. Hihi.

So, pada sesiapa yang nak tengok, recommended la. Cerita okay, tak la rasa teruk pon. Yang penting, ada Aaron Aziz sama Lisa Surihani oiii. Hihi.

Hati separuh-separuh

Assalamualaikum.
Hati aku sekarang bukan nya seronok sangat sebenarnya. Rasa sebu je. Haaa. Macam perut sebu tu. Macam tu la rasa dia. 

Aku sekarang ada kat KL. Minggu lepas balik Raub. Lepak la dengan parents aku. Aktiviti biasa balik kampung adalah, mengumpat meluah perasaan kat mak. Banyak la cerita, almaklumla, simpan sebulan punya cerita. Hambur semua sekali. Hihihi. 

Aku anak bongsu. Perkara biasa la kan ank bongsu manja mak lebih sikit. Biarpun tak selalu contact, tapi aku harap mak faham situasi kehidupan aku. Hihihi. Aku ngan Apak(ayah) aku bukan tak rapat, cuma biasalah. Ayah ni ada ego dia sikit kan. Hihihi. So, aku lagi selesa la bercerita ngan mak. Cerita kat Apak cerita yang dia tanya je. Yang lain tak cerita. Hahaha. Bukan apa, tak baik terjebakkan apak ngan gosip. Tak sesuai. Hahaha.

Okay, beralih ke perkara hati aku yang sebu. Apak aku sekarang kerap tak berapa sihat. Aku ni bila tengok dia macam penat, macam tak bermaya, muka kadang nampak tak happy, dada aku jadi sebak. Tapi aku tahan je. Mak aku cerita, banyak kali dah Apak semput, nak pensan bagai. Allahu. Anak mana yang tak terdetik kan bila tau Apak macam tu. 

Lagi aku rasa sebak bila nak balik hari tu, muka Apak lain sangat. Dia macam sedih je kami nak balik. Bukan tak sedih selama ni kami balik, cuma yang ni lain. Nampak la sedih campur tahan sakit. Allahu. 

Aku kat sini tak berapa senang duduk. Dengan Arjuna makin aktif nak berjalan. Dalam penat aku layan Arjuna, otak masih nampak Apak. 

Aku harap sangat Apak sentiasa dilindungi Allah dan diberi kesihatan yang baik. Hati aku Allah je tau. Semoga segalanya okay saja. 

Wednesday, March 4, 2015

Motherhood Journey

Assalamualaikum.
Amik masa sikit. Sesak nafas. Mintak nyawa. Hahaahha. Over sangat haih. Orang lain pon ada anak juga, macam la aku sorang je kan. Hihi.

Arjuna Abid. 
Fuhh. Berpeluh dahi ketiak semua bila fikir pasal dia. Hahaha. Baru kita tahu betapa aktifnya budak-budak bila masuk fasa nak berjalan ni. Allahu. Aku layan anak 24 jam. Sendiri. So, bila macam tu, kita tahu la macam mana perangai dia, apa yang dia suka apa yang dia tak suka and macam-macam lagi. 

Bila rumah sendiri, dia behave sikit. Sebab mama dia duduk dengan dia je. Takda orang lain. Tapi bila dia balik rumah tok dia, rumah embah dia, Masyaallah. Kentut pon aku tak sempat lepas. Hahaha.

Kadang-kadang hilang juga pedoman ni. Banyak kali juga nak angkat tangan kat dia. Tapi bila fikir balik, istifar dalam hati. Astarafirullah. 

Pengalaman menjaga anak sendiri ni memang syok. Banyak menda yang aku belajar. Sifat sabar la banyak aku tanam kat dalam diri ni. Aku bukan orang yang penyabar sangat. Tapi bila dah ada anak, Allah bagi dugaan anak aktif macam ni. So, automatik la sifat sabar tu jadi tebal sedikit demi sedikit. Semoga aku maki sabr mengharungi detik pembesaran anak aku ni. Insyaallah.