Friday, November 21, 2014

Arjuna Beta

Assalamualaikum.

Arjuna Abid Bin Muhammad Ikhwan. Nama yang diberikan kepada anak lelaki kami. Nama Arjuna ni memang dah lama ada dalam kotak kepala aku and suami aku. Kami memang nak nama klasik /jawa /melayu /lama untuk anak-anak kami. Bukan ikut trend ke apa ke, cuma suami aku ni orang nya, minat kepada kemelayuan dan sejarah apa bagai. Haaa, ajaib kan. Hahahah. So, memang nama klasik nak dibubuh. 

Kalau ikutkan kami laki bini, memang nak letak Arjuna je, tapi kami banyak juga pikir sekeliling, iaitu family la kan. Mesti banyak persoalan kalau kami letak nama Arjuna je, so kami decide tambah la kasi satu lagi nama, iaitu Abid.

Permulaan cari nama anak kami ni sangat la susah. Carilah nama, google bagai nama klasik untuk lelaki. Susahnya la. Nama Kumbang ada, Adika ada, Jebat ada, Tuah ada, Adi ada. Macam-macam la. Sakit kepala juga nak pikir. Lama juga la kami laki bini nak buat keputusan. Lastly, both setuju ambil nama Arjuna. Maksud pahlawan tu yang diinginkan. Supaya menjadi 'pahlawan' yang mampu berbakti kepada semua. 

Then second name pula nak kena cari, payah tetap payah. Yela, nama ni nak kena baik-baik maksud dia. Nak nama yang mampu dibawa oleh anak ini. Belek kamus, belek google, belek segala. Pangkal A juga kami nak cari. Cari punya cari Abid yang kami berkenan. Abid, orang yang beribadah. Insyaallah, nama nya memberi dorongan yang baik untuk anak kami supaya selalu beribadah kepadaNYA.

Kalau ikutkan kami, nak satu nama je. Lepas tu kami pikirkan orang keliling, kami bagi lah dua nama. Then bila difikirkan orang-orang tua kami, kami pon letak la tiga nama, iaitu Muhammad Arjuna Abid. Hahahaha. Lepas letak nama tu, kami rujuk kepada ustaz yang pakar, bila dirujuk, kami buang nama awal itu. Kerana apa, biarlah ia menjadi rahsia kami. 

Kalau ikutkan, nama ni ditentang oleh family in law aku. Yela, nama Arjuna ni kan kontroversi. Menyerupai nama salah satu agama tu kan. Tapi kami tekad dengan nama ni dan kami slow talk cerita apa maksud nama Arjuna Abid ni. Alhamdulillah, nama itu diterima. 

Dalam dunia ni banyak bahasa. Nama Arjuna memang kami ambil dari Bahasa Melayu. Bukan dari bahasa lain. Contohnya macam nama Cahaya. Kalau bahasa melayunya bermaksud bersinar terang/cantik. Kan? Tak semestinya perlu diletakkan nama dalam bahasa Arab semata-semata. Tolong jangan pertikaikan pasal letakkan nama dalam bahasa arab yang aku katakan, sebab aku ada sebab sendiri kenapa aku cakap macam ni, cuma aku tak minat nak huraikan panjang-panjang, takut ada ustaz/ustazah jadian yang sound. Hhihi. 

So, kita sebagai mak bapak ni, memang akan usaha yang terbaik untuk beri nama anak. Beri nama yang elok, dan berharap menjadi doa bila dipanggil. Sebab itu aku suka panggil nama penuh anak aku. Seorang pahlawan yang beribadah. Lebih kurang macam tu la maksudnya. Hihi. Tapi kadang-kadang panggil juga nama Juna. Juna pun ada maksudnya juga. Oksigen/udara, yang memberi kami nafas. Ffuuhhh.hahahha.

Lagi satu, mak metua aku pernah kata,nama anak ni memang dah tertulis macam ni, sebab tu la kami laki bini dapat ilham nama ni. Allah maha kuasa, Arjuna Abid dilahirkan tak cukup bulan. Tapi alhamdulillah, dia survive. Hari pertama dah boleh tanggalkan ventilator mechine. Nampak tak ke 'Arjuna' an tu? Hahaha. Nama Arjuna tu kira simbolik la bila dia struggle duduk dalam NICU tu.

Panjangkan ceritanya. So, jangan la di pertikaikan mak bapak yang bagi nama pelik-pelik kat anak. Diorang tu mak bapak, takkan la nak bagi yang buruk kat anak kan, mesti nak yang terbaik. Nama Latin ke, nama Vietnam ke, nama India ke, semua ada maksudnya tersendiri. Betul tak? So, kepada yang diluar sana, semoga berfikiran positif dalam hal-hal seperti ini. 

Sekian.

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum.


Malas amik kisah dah pasal post entry lambat ke cepat ke, hihihi. Susah nau nak cari masa. Masa tu ada, tapi bila ada masa, tak terasa la pulak nak buka blog. Macam-macam laaaaaa perangai.

So, aku just short cut la cerita part beranak ni. Tapi part beranak ni la yang seronok sekali nak cerita. Sebab nya, disinilah bermula kisah yang pelbagai emosi.

Time kandungan aku 33 week aku ditimpa tragedi. Haaa, tak kusangka tragedi ini berlaku pada aku yang tak tahu apa-apa ni. 

Pagi lepas solat subuh, aku perasan yang aku macam terkencing dalam seluar. Aku pon anggap biasa je la sebab memang bila pregnant and dah masuk trimester ketiga, terkencing/nak terkencing kerap tu memang menjadi teman. So, aku buat-buat biasa je la.  Dalam laki aku dok siap-siap nak pergi kerja, peristiwa terkencing tu kerap pulak. Tak payah susah-susah terasa nak terkencing, dia terkencing sendiri. Hahaha. Ayat macam tak bertamadun kan. Hahaha. Aku pon bagitahu la laki aku pasal ni. Dia pon pikir yang perkara sama macam aku pikir.

Last-last aku tanya kakak-kakak aku. Habis semua orang aku tanya. Untung ramai kakak termasuk kakak ipar sekali tau. Hahaha. Bila cerita keadaan aku, diorang kata, itu mungkin AIR KETUBAN. First time tau tu agak cuak la. Ingat baby akan bahaya bila keluar awal-awal ni. Last-last depa suruh relax, pergi klinik/ hospital. Pergi cek. So, aku pon cool la. Aku tanya gak kawan aku yang doktor ni, dia kata kalau ikotkan cerita, ia memang air ketuban. To make sure, just pack barang keperluan, pergi mandi, get ready pergi klinik/hospital, pergi cek. Kalau ketuban, time tu juga aku kena duduk ward. Aku pon okay saja. Time ni perasaan aku biasa je. Takda pikir apa pon.

Aku siap kata kat laki aku, stanby la telefon tu. Anytime aku akan call. Aku suruh dia pergi kerja dulu, sebab nak tengok air ni keluar lagi atau dia stop. Finally, air still mengalir macam sungai. Nak tak nak, aku pack barang, capai buku merah, pack baju baby and semua yang patut. Capai telefon, call laki aku, dan vrrooommm ke klinik. 

Sesampai klinik, cek punya cek, dia suruh pergi hospital. Buat full checkup. 

Hospital Putrajaya. Siapa yang tahu, bila da pergi sini, parking dia Allah je tau. Hihi. Payah nau. Semua satu Malaysia memang suka datang cek kat sini ke? Hahaha. Datang-datang terus pergi Dewan Bersalin punya bangunan. Register bagai, then aku di check oleh doktor. Check punya check, sahih la ia nya air ketuban. Selamat Menginap di Hospital Putrajaya wahai Puan Elmieah.

Sebelum dibagi katil, aku diberi suntikan bagi mematangkan paru-paru baby. Sakit dicucuk tu Allah je tahu. Siapa yang pernah kena cucuk ni, dia faham sakit tu tahap mana.  Air ketuban aku banyak sangat yang leaking, tinggal beberapa percent je dalam kantung ni. Dan aku pon bermula la risau. Bercampur baur. Nampak anak je dalam otak ni. Okay tak dia, cukup oksigen tak dia, macam-macam aku pikir. Memang menitik juga la air mata sementara tunggu nak dibawa kat wad. Fuhh fuuhh... control macho. Siap check, pergi mengadap laki aku, buat-buat cool. Hihihi.

Sepanjang 5 hari aku duduk hospital, kerja aku adalah, melayan CTG Scan nak check keadaan baby dalam perut. Pagi petang siang malam perut ni kena cek. Aku dikira special kes juga la kat sini. Hihi.. alhamdulillah, wad aku selesa and segalanya elok. Putrajaya kan. Sebab tu ramai yg pilih nak pergi hospital sini. Aku selama 5 hari tu, aku sangat la moody. Bukan apa, actually aku kalau ikutkan boleh je diberanakkan sebab air ketuban agak kurang memberangsangkan. Tetapi disebab kan ventilator mechine takda, and baby tak mempunyai berat yang memberangsangkan, aku tak boleh keluarkan baby. Hari-hari aku harap dipermudahkan, maka nya pada hari ketiga aku mula contraction. Selang sejam sekali. Baru la aku tau rasa contraction tu macam mana. Besar betul pengorbanan mak-mak kat luar sana nak beranak. 

3 hari aku layan contraction. Ko bayangkan la betapa aku berjerawat nya sebab hari-hari mengadap kesakitan. Second day, setengah jam sekali and the last day 5 minit sekali dan kemuncaknya sampai seminit sekali. Tak sempat aku nak amik napas. Hahahaha.

Hari yang last tu, petang-petang mak metua aku datang jenguk, aku sikit pon tak layan. Nampak tak sakit dia macam mana? Aku mampu tahan sakit. Kejang je badan. Sakit dia, Allah je tau. Mak metua aku kesian tengok aku teruk sangat, dia mintak doktor cek. 

Petang tu aku tiba-tiba ada energy makan petang. Hidangan ayam tomyam dan nasi putih. Makan sampai licin. Selera ada sungguh time tu. Time makan, aku rasa ada sesuatu keluar dari bawah. Lepas makan doktor datang cek, sebab aku sakit sangat kan. Check punya check, 4cm. Selamba. Hahahaha. Aku call laki aku yang baru balik tu suruh datang. Masa dah tiba. 

Time ni aku mampu berdoa, doa dan doa. Sakit tetap sakit.

Laki aku datang lepas maghrib. Aku sakit tahap megucap je mampu. Laki aku pon just bagi kata semangat la. Sebab dia pon tak tahu nak buat apa kan. Aku still duduk wad tunggu labour room get ready. Last-last datang makcik cleaner dia tengok aku teruk sangat, hahahah. Dia cakap kat laki aku, pergi panggil doktor, dah teruk sangat tu. Hahahaha. Punya la kami laki bini blur. Nurse sampai, cek bukaan aku, BAM!!! Melompat nurse-nurse semua. 10cm!!! Laju-laju la lock katil aku di unlock, nurse-nurse buat drift tolak aku ke labour room. Kalau aku tak sakit time tu mesti aku gelak.hahaha. Time tu aku da rasa macam nak buang air besar tu. Time tu baru la aku faham maksud kakak-kakak aku yang kata kalau nak beranak rasa dia macam nak memerut. Hahaha. Sambil drift, nurse suruh aku tahan dulu, jangan teran. Aku time tu hanya boleh kata, tak tahannnn. Hahahaha. Lawak sangat lawak. Bila ingat balik, memang drama.

Sesampai di labour room. Dalam 5 kali push. Keluarlah hamba Allah. Lelaki. Menangis. Disambut azan Isyak. Alhamdulillah. 

34 week. Aku lahirkan anak lelaki aku. Berat 1.8kg. 10 hari duduk dekat NICU. Sihat tubuh badan. Cuma kecil je badan nya. Aku syukur. Selamat Datang Arjuna Abid Bin Muhammad Ikhwan. 

Thursday, October 9, 2014

Adobe Photoshope

Selamat Malam..
DULU.
Aku seorang yang agak mahir menggunakan Adobe Photoshop.
SEKARANG.
Skill agak tumpul. Sedihnya la.
FAKTOR.
Mungkin sebab beranak hari tu kot, habis putus urat Photoshop aku. Hahahha. Nak salahkan beranak kan. Padahal, sejak kahwin, aku memang tak usik Photoshop. Teruk. Kan dah padan muka. Sekarang kena polish balik. Sebab nya dah rindu sangat nak menconteng kat Photoshop. 
Doakan aku berjaya.

Antara doodle yang aku buat dulu
 
 

 
 
Lepas ni nak kena tekad buat latihan hari-hari. Aku nak skill aku balik!!!

Monday, September 15, 2014

AFUNDI Nuha

Penangan jadi fully housewife. Hahahaha. DULU. Aku pernah gila kat AF time Mawi. AF berapa aku tak sure. Sebelum and selepas tu aku dah tak tengok dah.

So, stop kejap cerita berantai pasal pregnancy. Aku saja nak share pasal AF tahun ni. Aku jadi seronok nak tengok mula-mula bila promo diorang perkenalkan tenaga pengajar. SEMUA tu aku berkenan. So aku rasa macam best la AF tahun ni kan. Sebab otai-otai yang conduct.

Dari title korang dah tau siapa aku suka kan. Haaaa. Aku dari Diary AF aku dah admire kat budak ni. Yang aku tau dia budak agak boyish sikit and budak jurusan muzik. Aku nampak confident dia nak berjaya tu. Tu yang aku suka. Then bila tiba waktu first concert, aku tak salah lagi. MEREMANG bulu roma segala bila dengar dia nyanyi. Dia ada sesuatu yang mampu buat orang ternganga bila dengar dia nyanyi.



Nampak? Muka dia biasa je, tapi.. bab menyanyi power!!! Okaylah. Vote for Nuha. Semoga dia berjaya. 

Supplement untuk Pregnancy

Aku amik 3 supplement time pregnant. Setiap tempat, setiap klinik, tak kira klinik swasta atau ierajaan, semua nya bagi ubat lain-lain. Ada yang bagi satu bangsa, ada yang bagi dua bangsa, ada yang bagi sampai 5 6 bangsa. Hahahaha. Bangsa tu bukan la bangsa Melayu tu, bangsa maksud aku, jenis.
Ni la wajah-wajah supplement yang aku amik. Semuanya okay pada aku. Sepanjang pregnant, tekanan darah aku okay, homoglobin aku okay, berat badan naik sikit-sikit je. Yang penting badan kurang penat. Huhu.

So, bagi yang nak amik supplement tambahan ni, better check dengan doktor dulu okay. Takda apa sangat nak cerita pasal supplement ni, yang penting, jangan lupa makan supplement yang diberi doktor, nanti kesian kat baby. Sayangi diri anda dan juga baby dalam perut.

Alahan Time Pregnant

Setiap orang yang pregnant ni, macam-macam ragam dia. Alahan pon sama. Tak semua orang dapat alahan yang sama, tak semua orang dapat alahan yang teruk dan tak semua orang yang tak langsung kena alahan. It's depend. 

Aku. 

Alahan okay-okay saja. Takda la teruk sangat. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Mungkin aku dapat tahu time Ramadhan kan. So, Allah bagi kemudahan la kot. Aku trimester pertama, alahan aku sekadar pening-pening lalat. Then tak boleh nak bau dapur. Asal lalu je, kepala pusing, asal lalu je, rasa nak muntah. Then, aku tak boleh gosok gigi, asal gosok je rase nak muntah. Hihi...Tapi okay la, takda la teruk sangat. Yang paling penting, walaupun puasa, aku sikit pon takda rasa penat. Thanks anak mama sebab memahami. Huhu..

Aku awal-awal pregnant memang takda muntah-muntah. Aku pelik juga la. Sebab most of member-member aku dapat morning sickness. Aku takda d3ngan jayanya sehingga pregnant masuk 6 bulan. Haaaa, time tu baru aku rasa apa itu muntah kuning. Muntah tu aku panggil muntah kuning sebab dia warna kuning. Haaaa, jijik tak? Hahaahha... Yang penting sekali, kita tak payah susah-susah nak keluarkan muntah tu, sebab nya, muntah kuning ni dia hebat. Automatik dia akan tolak dari perut ke dada, kemudian ke tekak dan akhir sekali keluarlah ia dengan bersungguh-sungguh tanpa bantuan aku. Seriously okay!!! Fuhhh... seksa sekejap. Tapi Alhamdulillah la, aku muntah tu kadang-kadang sebulan sekali. Dan kadang-kadang 2 kali sebulan. So, maknanya aku merasa muntah tu juga la.  Hihihi...

So, itu saja la alahan aku. Yang banyak nye cuma mengidam je, memanjang teringin makan tu ini. Hahahaha. Kadang-kadang tak mengidam pon mintak macam-macam jugak, amik kesempatan kan time pregnant ni. Bukan selalu. Pengakhirannya, membawa badan la aku. Dengan baby dalam perut dan lemak dalam badan. Hahahaha.. teruk-teruk. 

So korang, time-time pregnant ni, enjoyla alahan dan apa saja yang mendatang. Best. Perit. Penat. Tapi tak serik. Sebab bukan selalu dapat rasa. 

Nanti continue cerita lain pulak ye.

Sekian. 

Saturday, September 6, 2014

Gantung tak bertali

Haaa, title nak berbunga je kan. 

Aku bosan betul, bila aku excited nak update, time tula mood malas, mood takda idea, segsla mak nenek mood datang. So, banyak benda nak cerita, tapi semuanya tergantung. Bila dah tergantung, macam mana nak publish. Betul tak? Bosan je bila pikir perangai sendiri macam ni. Huhuhu.

Hope dalam masa terdekat ni mood nk mengupdate cerita-cerita aku kesampaian...


Monday, August 11, 2014

Positif Mengandung

Tanggal 10 Julai 2013
Alhamdulillah...

Alkisah bermula...

Seminggu sebelum tarikh aku dah rasa tanda-tandanya sangat ketara. Lagi ketara bila aku tengok laki aku lain macam. Diala yang demam, tak sedap badan, mual-mual, siap nak makan aiskrim yang tak pernah makan. Kepala otak aku pikir lain la bila dia berubah kan... hahahaha... time tu fikir tak nak jadi janda muda-muda. Hahahahah!!! Sangat teruk pemikiran.

Then, sebelum suami aku sendiri yang memaksa aku pergi beli pregnancy test, aku siap jatuh lantai lagi. Time jatuh tu, suami aku gelak, aku berderau darah dah. Sebab aku tak bagitahu suami aku yang aku dah seminggu lewat period. Then tanda-tanda pregnant pun aku dapat rasa sejak beberapa menjak tu. Tapi aku diam tak bagitahu suami aku. Agaknya naluri suami aku ni kuat, lepas aku jatuh tu, dia tanya aku... "sayang tak datang period lagi kan?" Aku senyum je la. Itu lah kisah nya bermula suami aku paksa beli pregnancy test.

Masa nak keluar malam tu, hati aku debor sangat. Hahahaha. Nak cakap excited, tapi tak berani. Aku tak tau la pulak suami aku rasa apa kan. Hahaha. Sampai-sampai shopping mall... terus pergi Watson. Nak beli pregnancy test macam nak beli apa je, lama benau memilihnya. Last, amik yang macam kat atas tu.

Balik rumah,terus test. Tik.tik.tik.tik. sepuluh saat. Result dia seperti di atas. POSITIF. Aku panggil suami aku, aku tunjuk. Kami dua-dua tak kata apa. Tak berani nak excited. "Esok kita buat confirmation" kata suami ku kepada diriku. Tidur malam jadi tak lena, dok pikir result esok.

Esoknya, jumpa doktor. Alhamdulillah... Positif. 4 ke 5 minggu macam tu. Syukur sangat. Tapi kami laki bini tak nak excited sangat, sebab kita tak pasti apa jadi sebab baby baru lagi kan... masing-masing happy secara sederhana. Hihihi...

Sekian.

Kerja Kosong

Assalamualaikum...
Okey... korang pernah berada dalam situasi ini?

Aku? 

Yes!!!

Ini soalan-soalan boring yang aku terpaksa hadap bila jumpa orang-orang yang terlalu 'concern' pasal aku. Soalan ni yang buat aku bosan dan kadang-kadang bila orang tanya, aku super duper malas nak jawab. Nak buka mulut pon malas. Senyuman je mampu aku pamerkan. Sebab apa? 

Sebab aku PENAT.

Macamana nak bagi orang tak tanya pasal ni ye? Kadang-kadang aku fikir, diorang ni tak muak ke tanya? Kadang-kadang orang yang sama tanya 3 4 kali. 

Aku ni senyum je boleh. Senyum je. Senyummmm je. 

Wahai semua... aku bukannya tak nak kerja... apa kata korang anggap la Allah kasi aku peluang relax kejap dengan family... mana la tau kot-kot aku ada rezeki kerja, and tak dapat nak spend time macam ni nanti kan... tak pun korang anggap je la Allah kasi peluang kat aku jaga anak aku sampai dia sekolah... kan.. tak pun korang anggap je la aku tak ada rezeki lagi... mudah kan?

Terima kasih kerana ambil berat... tapi pada aku, aku yang dah kawin dan ada suami yang dah kerja... rasanya soalan tu tak perlu la tanya... pada aku, bila isteri tak kerja tu bukan perkara pelik. Tapi kalau suami yang tak kerja tu yang jadi pelik.

Pada aku mudah je... bila bab macam ni, kita anggap je ni dugaan Allah bagi kat kita. Rezeki tu masing-masing dapat tak sama. Usaha la macam mana sekali pun. Kalau Allah kata aku tak akan dapat kerja, tetap tak dapat. Betul tak? So anggap la perjalanan hidup aku Allah create macam ni. Sudah-sudah la tanya soalan yang aku tak mampu nak jawab. Kalau ada gak yang tanya... aku jawab " korang p tanya Allah kenapa aku tak kerja lagi."

Aku duduk rumah ni pun aku kerja juga... kerja aku jaga anak and suami aku. Itu pon kerja juga kan??

Sekian terima kasih.

Thursday, August 7, 2014

Page Berhabuk


Woo..lama sangat laaaaa tak menulis dekat sini. Lama sangat. Sampai dah ada anak sorang dah! Siap dah 6 bulan dah anak ni.. huhuhu... 

Ni pon saja nak jengah balik blog ni.. rindu nak menulis, rindu nak syok sendiri. Husband bagi green light syok sendiri kat sini. So aku apa lagi kan..hihihi...

Okayla.. banyak sebenarnya cerita nak share.. sat g aku sambung... 

Kisah...
♥pregnant
♥beranak
♥jaga anak

Banyak lagi la..hehehe.. 
Selamat bersua kembali...