Thursday, January 29, 2015

Nasib Tahun Baru 2015

Assalamualaikum.
Arjuna tengah tidur. Taip laju-laju. 

2015.

Awal Tahun yang agak menduga pada aku. Pindah rumah, anak demam, aku demam, anak sedara masuk icu, and abang aku masuk icu.

Fuh. Awal-awal tahun dah buat badan aku weak. Now, aku batuk teruk. Ubat tak payah cakap la. Apa saja ubat dah masuk kat aku. Berkesan? Hanya 50%. Aku pun tak sure la kenapa badan aku sakit sangat sekarang ni. Mungkin lepas anak aku sakit hari tu, aku terkena virus dia sikit kot kan. Yela, 24 jam aku mengadap dia. 

Aku harap, masuk bulan February ni, segalanya berjalan elok dan tidak memenatkan. 

Selamat malam. 

Wednesday, January 21, 2015

Back to normal

Assalamualaikum.
Dah masak?
Dah makan?

Aku dah makan.
Aku dah kemas rumah.
Aku tengah tunggu Arjuna bangun dari tidur siang nye. Hihihi.

Alhamdulillah. Hari yang ke 22 hari di sini. Arjuna getting better. Aku pun 80% boleh sesuaikan diri kat sini. Lama kan nak aku sesuaikan diri? Hahaha. Mungkin aku culture shock kot. (Poyo)

Bila Arjuna dah act seperti biasa, berdikari, reti bawa diri, nangis bila perlu and back to normal. Aku mampu cakap Alhamdulillah je. Aku harap dia akan selalu macam ni. Lega aku bila dia dah boleh biasa kan diri dalam rumah ni. Itu doa yang aku harap kan hari-hari. Once Arjuna tak selesa disini, aku double triple lagi tak selesa. Ni bila dia da boleh 90% sesuaikan diri. Aku suka. Aku lega. Aku boleh buat aktiviti seperti biasa. Yeay!!

Kesihatan Arjuna: 90% 
Kesihatan aku: 80%

Hahaha. Aku pun tak berapa sihat. Hari tu aku berjangkit dengan Arjuna. Then now aku diserang sakit kepala/migrain yang agak kuat. Aku syak rabun mata aku lagi tinggi sebab aku tak nampak apa langsung bila tengok tv. Harap suara je la. Ni kali kedua spek mata aku hilang. Hilang yang tak jumpa bayang pulak tu. Misteri sangat. 

Okayla. Nak relax mata sat. Kejap lagi anak teruna ni bangun, aku nak kena layan dia punya cerita pulak. Hihihi. 

Bye.

Monday, January 19, 2015

Anak 11 Bulan

Selamat Malam,
Perut sakit, nak memerut pun berfikir. Hahaha. Anak tunggu masa nak bangun menyusu. Kalau pergi memerut sekarang, dia bangun naya je aku. Potong pula mood memerut nanti kan. So, finally, aku decide menahan dan menunggu waktu anak bangun. Inilah pengorbanan seorang ibu.(HAHAHAHA)

Arjuna Abid. Hari ni dah 11 bulan 16 hari. Apa yang aku lalui sepanjang Arjuna didunia ni, takda la teruk sangat. Anak-anak, macam -macam la ragam dia kan. Dari baby, paling teruk aku rasa pun time dia tak nak tidur malam. Menangis malam. Tapi tak lama pun. Dalam 3 bulan je. Hahaha. Mata panda tu dah tak heran da pada aku. 

Orang kata, baby dalam umur 0 hingga 5 bulan tak penat sangat nak jaga. Tapi 6 bulan keatas, jaga-jaga la. Aku fikir, 6 bulan ke atas tu aku penat mengejar anak la.. rupa-rupanya bukan. Arjuna makin meningkat usia, makin suka melepek kat aku. Nak aku ada je kat sebelah dia. Tak boleh langsung hilang dimata. Perangai melepek dia makin menjadi-jadi bila dia baru baik demam yang panjang ni. Fuhh. Dugaan sungguh la. Nasib la time aku solat dia memahami.(lega). Kalau tak memang aku kena belajar la cara solat sambil gendong anak. Hihi...

Bila tengok anak membesar depan mata, aku rasa sebak sangat. Yela, siapa sangka kita sempat lalui moment macam ni kan. Full time mommy bukan la perkara yang mudah pada aku. Aku respect mak aku yang ada 6 orang anak dan dia mampu jaga tanpa bantuan maid. Aku yang sorang ni pun lelah mengah semua. 

Tahun ni insyaallah kalau sempat merasa, umur aku bakal masuk 27 tahun. Sekejap sangat masa berlalu. Bulan depan Arjuna insyaallah masuk setahun. Makin besar tanggungjawab lepas ni. Hope aku and husband mampu membesarkan Arjuna dengan baik. Bila tengok dia tidur kat sebelah ni, tak tahu la nak cerita macam mana. (Sebak) 

Tuan kecik da bangun. Bye !!!

Friday, January 16, 2015

Berhijrah ke Utara

Salam Jumaat...
Hari ni Kedah cuti, tetapi laki aku tak cuti. So, tinggal la aku dan Arjuna di rumah. Kalau kira hari ni, hampir 17 hari kami menetap di rumah baru. 

Kuala Kedah. Tempat baru keluarga kecil aku. 17 hari disini, sangat mencabar bagi aku. Seminggu yang pertama, rumah aku dikunjungi adik beradik dari belah laki aku yang amik peluang datang ziarah memandangkan mak metua aku pon ada sekali. Alang-alang la kan. Then selepas seminggu berlalu, Arjuna pula demam. Mungkin demam pindah tempat baru, demam rindu, demam bertukar bulan dan paling ketara, demam sebab dua-dua gigi taring giat membuahkan hasil. 

First time selama aku lahirkan Arjuna, ini la time dimana aku hilang pedoman sikit. Hihi. Yela, selama 11 bulan dia ada kat bumi Allah ni, tak pernah lagi dia demam yang teruk. Stakat demam manja adalah. Dan selama dia duduk bumi Allah ni, ini la first time dia batuk. Dan paling teruk sekali, Arjuna kena jangkitan 3 beradik yang aku tak sangka. Dari demam, ke selsema dan trus ke batuk. (Nages)

Allah je yang tahu aku punya perasaan. Aku dah cuba cara traditional unuk rawat dia. Tapi tak jadi. Terpaksa pergi klinik.amik ubat. Demam 3 hari dah gone. Sambung pula selsema.Ter 'srettt' 'sreett' hidung penuh hingus. Kesian gila. Kami sedut pon ak jdi apa. Siang hari aku takda peluang langsung nak buat keje. Melepek je kat aku. Pantang jauh, habis menanges macam kena pukul.( tekanan)

Bila batuk datang, dia package dengan kahak sebab selsema tak habis lagi. Allah.. time tu Allah je tahu aku punya tekanan perasaan. Biasa la. Aku bukan orang yang mudah sakit. Bila ada anak, sakit macam ni, aku jadi tak reti nak buat apa. Sejak anak aku sakit ni, aku keep whatsup adik beradik aku minta tips apa yang patut. Nasib membantu. 

Malam hari, Arjuna masih tak dapat tidur lena sampai la hari ni. Bayangkan, bila dia mengamuk, dia nak tidur atas aku. Satu malam tu memang banyak kali la kene alih dia atas aku. Bila da selesa sikit, alih ke atas katil balik. Bukan aku taknak dia tidur lama atas aku, aku takut dia terbiasa, lagi parah aku. 

So, pindah disini masih belum bagi aku moment yang happening lagi. Otak masih penat fiirkan Arjuna yang masih lagi tak fully recover. Pada aku, selagi batuk dia tak habis, selagi tidur malam dia terganggu. Dia masih lagi tak sihat.

Bila jadi macam ni, otak negatif aku kata yang tempat ni masih tak dapat terima kami sepenuhnya. Otak positif aku, Allah nak uji aku and family kecil aku. Mungkin Allah nak aku jadi kuat sebab disini sangat lain suasana dia. Aku pon sampai sekarang masih lagi usaha nak terima keadaan suasana disini. Mungkin  au terlalu sibuk hal Arjuna sampai aku malas amik tahu hal jiran tetangga. Nanti la ye jiran-jiran sebelah. Bila Arjuna da okay, aku beramah mesra la ngan hampa semua. (Hope)

Doa aku sekarang ni, just nak Arjuna aku yang biasa. Yang suka sakat aku, yang suka buat sepah rumah, yang berdikari, yang pandai amik hati, yang sentiasa memahami mama papa dia. Ya Allah, sembuhkan lah Arjuna. Amin.