Monday, July 22, 2019

Dugaan

Harini aku diuji ketahanan mental.  Korang doakan aku boleh kuat dan sabar menghadapi ujian ni okay.  Kalau ikut kan hati,  memang hati dah koyak.  Tapi aku cuba kuatkan juga demi nak jaga emosi & mental supaya sentiasa ke arah positif dan tak tersasar. 

Sunday, July 21, 2019

Aktiviti Hujung Minggu di Langkawi

Selalunya,  hujung minggu Sabtu Ahad suami cuti. Itu lah waktu yang seronok sekali sebab boleh ajak jalan-jalan.  Langkawi ni tak besar mana pon.  45minit je dah habis satu Langkawi kami pusing.  Hahaha...

Dusebabkan duduk sini nak masuk 3 tahun dah pon.  Jadinya kami hujung-hujung minggu rajin cari ketenangan saja.  Duduk pulau kan.  Laut lah jadi pusat ketenangan tu.  Sini banyak port lepak tepi laut.  Tiap minggu,  port berbeza-beza.

Semalam kami lepak Taman Lang.  Kat situ mercu tanda Burung Helang besar tu.  Kalau datang Langkawi naik feri.  Taman Lang ni lah destinasi pertama korang wajib singgah.  Sekadar nak ambil angin,  have fun, relax-relax dengan family.






Datang petang-petang memang best.  Angin yang mendamaikan..

Harini pula pergi amik angin dekat pantai yang berdekatan Pekan Rabu. Situ selalunya orang tempatan je lepak-lepak.  Jarang tourist tau tempat ni.  Sebab sini bukan ada apa pon.  Sekadar ambil angin & layan jiwa yang tenang sambil tengok bot & feri lalu lalang.



So,  kalau korang cari tempat yang menenangkan.  Mari lah ke Langkawi.  Ni baru sikit aku tunjuk.

Wednesday, July 17, 2019

Penangan Breastfeed

11 haribulan 7 haritu cukup 2 tahun aku susukan Indra.  Banyak suka duka nak capai ke tahap ni.  Kadang rasa nak give up.  Tapi aku teruskan jua.  

So,  nak dijadikan cerita,  aku makin hari makin sakit lah belakang ni.  Sebab nya Indra ni jenis malam kerap menyusu.  Sekejap kiri sekejap kanan.  Aku yang ganteng ni kena lah mengadap ke kiri kanan juga.


Sampai lah detik semalam.  Sakit dia teramat lah sangat,  sampai nak pusing pon tak boleh.  Last-last mintak suami urut la. Suami cakap urat simpul. Banyak sangat guna part ni kan.  Aduhai lah.  Sakit teramat. 


Sesiapa lah ada tip ke macam mana nak hilangkan sakit-sakit badan bila breasfeed ni,  bagitau aku lah ye.  Hehe..  Now still breasfeed Indra tapi aku dah suakan dengan susu lain juga,  bagi dia tak demand susu badan dah & aku boleh putus susu.  Tapi kena bagi biasa kan dia dengan susu lain dulu lah baru berjaya misi ni. Selagi tak berjaya,  selagi tu kena hadap sakit belakang... Dugaan.. 😞

Monday, July 15, 2019

Cara Menjemput Rezeki

Aku saja nak share salah satu cara untuk menjemput rezeki & dimurahkan rezeki.  Rezeki ni bukan pada duit semata-mata,  tapi kesihatan yang baik,  keluarga yang bahagia & kehidupan yang tenang juga merupakan rezeki.

Bagi makan haiwan-haiwan.  
Ini lah rutin kami satu family hari-hari tiap pagi.  Burung-burung ni memang banyak kat kawasan sini.  Seronok bila tengok semua datang makan.  

Suami aku cakap,  masa nak bagi haiwan-haiwan ni makan,  selawat lah & borak ngan haiwan-haiwan ni supaya doakan kita ni sentiasa murah rezeki & kaya raya. Hehe. .

Sekarang ni ada pulak kucing yang duduk depan rumah. So bertambah list feeding ni. Hehe..

Tapi serius seronok tau bila bagi makan kat burung & kucing ni.  Tenang je tengok.  Rasa lapang.  Cuba la korang buat, tak tipu.  Memang seronok.

So Ji Sub

Aku lately ni rajin sangat layan cerita Korea.  Anak dah masuk 2 tahun yang kecik tu.  So aku ade 'me time' sikit untuk diri aku walaupun sekejap.  So,  sekarang ni aku gila tengok cerita-cerita yang ada So Ji Sub yang ganteng ni.  😂😂😂
Kisahnya bermula dari tengok cerita Oh My Venus. Halahai... So bermula dari situ lah aku cari cerita-cerita yang ade So Ji Sub ni...
So lepas tengok cerita Oh My Venus,  aku terus ke cerita Master Sun.
Dua-dua cerita ni,  dua karakter yang jauh sangat dia bawak.  Best!  So later aku nak sambung tengok Ghost dengan My Secret Terrius.

Apa yang aku suka sangat kat dia ni pon aku tak tahu.  Mungkin dia nampak gentlemen kot.  Hahaha...

Dia ni rappers tapi bila dia nyanyi biasa pon sedaapp ya amat.  Cair diriku mendengar.  Hahaha.

Ok lah.  Tu je nak bagitau obsesi aku sekarang ni.  Hahaha.  Suami aku pon tau aku rajin sangat tengok So Ji Sub ni.  Layan kan je la isteri ni kan.. 😅

Musim Demam

Khamis minggu lepas,  Arjuna ank sulung aku demam.  Lepas tu Sabtu Indra yang nombor 2 tu pula demam,  lepas tu harini aku pulak dah sakit tekak & selsema sambil kepala berat.  Alahai.  

Macam ni la turutan selalu.  Yang last sekali kena tu confirm aku.  So nak dekat 4 hari tidur aku ni tak berapa nyenyak plus sakit belakang badan sebab masih breastfeed  si kecik tu.  Tak kecik mana lah,  2 tahun dah. 😅
Sini musim hujan & panas tak menentu.  Duduk di kawasan pulau macam ni lah.  Bila panas,  panas ya amat.  Bila hujan,  siap pakej angin kuat.

Semoga kita semua dilindungi lah dari mara bahaya dan diberi kesembuhan.. 😊



Saturday, July 13, 2019

Tahun 2019

Ya Allah...  Lama mana dah aku tak buka blog ni.  Tiba-tiba teringin sangat nak menulis balik.  Rindu nak meluah-luah.

Tahun 2019 bulan Julai

Anak masih dua orang,  sorang dah tadika, umurnya 5 tahun. Sorang dah 2 tahun.  Dua-dua lelaki ganteng.  Hahaha😂.

Tahun ni,  aku lagi pilih senyap dari segala hal.  Media sosial paling utama.  No more sharing kat Facebook & Instagram.

Sebab apa?

Sebab aku penat jaga hati manusia sekeliling.  Sebab aku malas nak share dengan manusia sekeliling.  Sebab aku nak tenang kan fikiran,  sedut energy-energy positif dan fokus pada keutamaan.

Tahun ni umur aku bakal masuk 31 tahun. Makin dewasa.  Hahaha.  Makin comel.  Yang penting,  skill bebel aku makin meningkat untuk 3 orang, iaitu Suami & anak-anak. Untung aku ada 3 hero yang ada dengan aku ni,  sebab semua hadapi bebelan aku dengan redha.  😊

Tahun lepas, 2018 bukan tahun yang seronok untuk aku.  Make it short,  mak aku sakit & aku anxiety teruk.  But alhamdulillah, mak aku sihat semula dan aku makin pulih dan masih belajar meningkatkan kestabilan diri dan masih belajar untuk menahan diri dari mendapat balik gejala tu.  Doakan aku ok😊.

Okay lah post untuk yang pertama setelah sekian lama ni.  Hehe... Insyaallah..  Rajin nanti aku post lagi.  💋