Pagi-pagi Jumaat yang sejuk dan nyaman. Dijauhkan lah perasaan marah dalam diri ini hari ini. Fuuhh~ Mood agak ngantuk sekarang kerana cuaca diluar sungguh mengasyikkan. Haa.. jum kita hayati pula informasi seterusnya yang diberitahu oleh Kevin Zahri, iaitu fitness coordinator di Malaysia ni. Ini menarik minat aku kerana ia merupakan cara aku dapat megurangkan berat badan dengan baik dan sempurna. Bukan senang nak diet ye korang. Aku dah menghadapi waktu susah itu ye. 3 bulan tak hadap nasi dan makanan berminyak.! Huh. Sungguh susah untuk diamalkan bagi food lover macam aku ni. Tapi disebabkan azam yang tinggi, ku gagahi jua. hahaha ... ayat poyo pulak pagi-pagi ni. Then, after dah turun, korang ingat senang nak maintain?? Ohhh tidak okayy , mintak maaf la.. Berat aku cepat naik kalau aku makan terlebih sikit. Huh. Masakk!! Tapi alhamdulillah la, berat aku sekarang maintain balik ke berat yang turun dua tahun yang dulu,
ini manusia yang masih ada lemak-lemak jahat dua tahun dulu.. huh! Tak nak la aku jadi balik macam ni.. Susah nau nak bergerak kan.. heheh ...See.. !!! hahaha ... Zaman kanak-kanak nak membesau kan.. memang la macam nii... dah ! dah ! tengok sekejap jek.. muntah darah kang melihatnye.. hahaha...
So, after membesar dengan johannya dan puas sepuasnya makan, maka termuncullah hasrat nak turunkan berat badan.. berusaha-berusaha.. hasilnya tak banyak.. tapi cukuplah sekadar aku selesa dan kembali aktif seperti zaman bayi-bayi.. (boleh?) ..
Aisshh... Tapi nye laa.. now badan naik sikit-sikit..that why la orang lain dah raya kebaboom.. tapi aku still proceed dengan puasa. Itu je cara yang aku nampak untuk kawal nafsu makan aku... hurrmm ... bagus memanglah bagus kan.. tah la... tunggu la jadi dapat ideal weight baru kurangkan puasa kan.. kalau tak.. sekarang kena kerapkan la.. BERUSAHA!!!!
Ehh.. Aku bukan nak bagi tips metabolisma tadi ke??? Haduuii.. Melalut-lalut ke lautt dah ni.. hahah ... Okay.. Ni apa yang si Kevin sarankan supaya dapat meningkatkan Metabolisma dalam badan yang liat macam aku ni.. Fuuhh~
Jom Cekidauutt !!
Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).
Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!
Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.
Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Baca disini mengenai baik-buruk coffee dan caffeine.
Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.
Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.
Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.
Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.
Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu ingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.
Okay, now dah kena usaha la kan. Sebab nanti makin meningkat usia, makin banyak pula penyakit yang datng. susah la ambo nanti kan. Tapi now berat aku suka main-main ngan aku. Kejap naik mendadak, kejap turun mendadak.. Aiisshh ..dasar hormon badak kan. Hehehe ... Takpa-takpa, kita cuba dan cuba okay...
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..