Tuesday, April 30, 2013

PROMO Sebentar

Haaaa... Do like my pages:
Ada tips-tips kecantikan
Ada produk-produk terkini
Ada promosi-promosi terhebat hari-hari (^_^)
Page Merapu
Ada gambar-gambar menarik
Ada video-video menarik
Ada cerita-cerita menarik
Paling penting banyak MERAPU =p

ENJOY!!

Monday, April 29, 2013

Cara Untuk Kempiskan PERUT BUNCIT najis!

Guys!! Petang-petang ni saja nak share. Petua aku macam mana nak dapatkan perut kempis selesa. Hahahaha. Aku tau ada diantara korang yang ada masalah penghadaman, jenis kurang makan fibre/sayur macam aku ni memang sah-sah la ada masalah penghadaman! Selalunya apa cara korang untuk mengatasi masalah tak buang air besar ni? Pattern nak kena teran  sampai nak terkeluar usus baruuu la nak keluar najis, itu pon kalau keluar laa, kalau tak.. keluar peluh je la kan. Siapa pernah alaminya? Jangan tipulaaaa semua normal kan.. agaknya lagi teruk dari tu pon ade kan.(^_^). Sebelum ni orang kata kalau nak bagi lawas
  • Makan buah pisang atau betik
  • Minum air masam
  • Makan sayur banyak-banyak!
  • Minum air teh Orang Kampung
  • Minum air masak yang panas
  • Melompat
  • Sapu lotion panas dekat perut dan belakang 
  • dan blah-bla-bla...
Okey, aku dah cuba semuaaaaa tu. YA. Berkesan, tapi tak lama. Pisang dah tak layan dah perut aku, kalau betik memang layan, tapi lama-lama dah imune. Tak layan gak. Makan sayur lagiiii la tak jadi ape. Hahaha. Sayur  pon boikot saluran penghadaman aku. Minum air masak, kencing je selalu. Minum teh orang kampung, sakit perut macam nak putus usus perut, melompat kalau rajin laa, lotion tak lut, sebb kulit tebal macam kulit buaya, dan bla-bla-bla.. hahaha..

So, sesiapa yang perut degil macam aku, meh aku suggest korang satu produk yang aku tak jual, tapi kedai luar jual (^_^).Perkenalkan:
YUSMIRA PATI HALIA KAPSUL
Mesti korang kata, leeehh.. makan menda ni buat ape. Haaaa.. meh au cerita. First time aku beli ni sebb aku tengok botol dia macam comel je kat kedai India. Heheh. Then tengok harga macam murah sebab ada 80kapsul, RM35.00. Tapi kat kedai India tu aku dapat RM28.00. Sapa tak nak beli oii! Mula-mula niat kat hati nak beli ni sebab bajet nak kurus la. Ingat ni cerita cinderella ke makan 80biji, tup kurus! ahah.

Then aku makan la seperti yang disarankan:

4-6 kapsul sehari selepas makan( lagi elok sebelum tidur)

So, aku makan dengan rakusnya 4 bijik. Tak pernah hayat aku makan kapsul sampai 6 bijik. Takut tercekek. hahaha. Then, keesokan harinya.. perut aku lawas dengan lancar dan selesanya. SAKIT PERUT TIADA!! Kan kalau kita minum orang kampung, kita akan sakit perut memulas-mulas kan? Tapi yang YUSMIRA ni tak da. Sakit perut seperti korang nak membuang seperti biasa. 

Aku dah makan botol yang kedua dah. Pada kajian aku, makan 2 biji pon dah molek, dah boleh buat hari-hari kita sentiasa ceria membawa perut yang bersih dari najis yang lama. Hahahaha. Korang rasa aku tipu?? Tak caye sudah.. Aku bagitahu je mana yang best untuk jenis perut degil macam aku ni (^_^).

Dengan hanya RM35.00, perut anda akan tersenyum hari-hari tanpa ragu-ragu.. 

CInta Hati Saya

Now aku goyang kaki kat rumah sambil tunggu orang datang pinang aku! So, sambil goyang-goyang kaki, aku pon layan la cerita yang ade dalam laptop aku ni haaa.. Cerita tak banyak, 10 kali tengok, 10 kali ulang, hahahaha!!! So, now favorite movie aku adalah:
Cinderella Story
Sangat la aku suka cerita ni!!! Cerita yang tak heavy dan agak romentik. Hehehe. Romentik yang ala-ala macam ni la baru best nak tonton. Aku rasa almost everyday aku tengok cite ni. Hehehe, Lelakinya tak berapa hemsom pon, just nice la kan, hehehe. Tapi keromentikan dia yang buat nampak macam.. CAIRRRR~.. hahaha.. Hillary Duff pon cantik. Cerita ni tah taun bila punya tah, aku pon lupa dah. Tapi tetap BEST!! Tak telan dek zaman. (^_^)
Another Cinderella Story
Cinderella lagi! Hahaha.. Nampak tau angan-angan aku? Nak Cinderella je la kan. Yela, kan Cinderella ni angan-angan budak-budak pompuan. (^_^). Cite ni pon layan! Walaupun perjalanan cerita dia macam kalut sikit, macam nak cepat habis. hahahaha. Tapi part dancing memang aku suka gila! Best!!Lelaki dia pon tak berapa sangat laa, okey2 jeeww.. Selena Gomez pon serabut gila rambut rosak dia. Hahahaha..Tapi yang penting..part dancing A! Aku pon dancing sekali. hehee...

Okeyla, saja nak gedik2.. Meh tengok petikan dari kedua-dua filem yang comel ni:

ENJOY!!!

Azhar Sulaiman Berani !!!

Off topic#
Bukan nak cerita pasal politik, cuma nak cerita sikap segelintir orang, yang terlalu berani mencabar hukuman Allah. Kita ni boleh nak berparti, nak memberi hujah, nak menyokong dan menyangkal, tapi kalau dah sampai mencabar kebesaran Allah.. Orang tu memang tak bijak. Walaupun orang tu belajar laa tinggi mana.. Ni contoh nya..

Ya, ni yang aku nak tunjuk. Azhar Sulaiman, kenapa awak cakap mcam ni? Nak main-mainkan kekuasaan Allah? Ye awak masih hidup. Tapi jangan bongkak tau.. Aku pulak laaa risau. Hehehe..

Tu la aku kata, bila orang berpolitik, penyokong dia yang melebih-lebih. Apa yang lebih dia tau tu pon aku tak pasti lah. Hehehe. Yang penting.. kita bijak laaa memilih, buka mata, buka hati. Lihat kesemua parti yang ada, dan compared pro and cons dia. Then we choose! Kan mudah.. Jangan lah menggunakan sumpah menyumpah ni. Lagi-lagi bab yang mati. Kan tak elok tu.. 

Nampak bongkak sangat bila dia kata dia masih hidup. Allah kalau nak tarik nyawa tu, bila-bila masa je tau, (^_^), tak payah tunggu betul ke tak ke apa yang awak nak buktikan tuu.. INGAT!

*asyik sangat update pasal kilat-kilat and dia just fine (nampak nau la dia takot dengan kata2 dia) tu laaa... telajak perahu boleh diundur, telajak kata.. Tuhan yang akan balas =), nak berpolitik boleh, but jauhi dari kata-kata lag'ha macam tu.. PEACE!! (^_^)

Wednesday, April 24, 2013

Produk Kecantikan Terkini

Haipp!!
Korang tengah watpe tu??
Hehehe.. 
Eh... Aku just nak promote gedik-gedik ni..
Punya la lama aku memandam perasaan nak start niaga aku,akhirnyaaa.. START jugak.. 
hahahah..

Okey, taknak merapu dah..
Meh lawat-lawat page aku.. Aku baru update 2 produk..
Tak larat nak update banyak-banyak.. tak malam ni, esok aku update lagi yee...

Antara produk yang aku available sekarang ni adalah:

MAIXARA C -SENTIAL - RM 99.00 (until end of April) - Normal Price RM125.00
FIGURE UP SLIMMING CAPSULE - RM 70.00
FELINNA BEAUTY LOTION - RM 75.00
FELINNA BEAUTY PMCVC - RM 85.00 
BEDAK ARAB- RM 60.00

Yang best nye!!!!

Kesemuanya FREE POSTAGE SATU MALAYSIA TERMASUK SABAH/SARAWAK DAN ADA FREE GIFT TAU!!!

So, sesiapa berminat and nak tau pasal produk ni boleh la PM/SMS aku ye:

NOMBOR TELEFON: 013- 294 5264

Tuesday, April 23, 2013

Jejaka Ni Di Hati Ku

Haaaaa... Petang-petang ni aku sepatutnya dah berada di pasar tani. Sebab semalam mengidam nak makan ayam goreng nyaaa. But now, hujan la.. Minta-minta la kejap lagi cuaca okay.. Aku  nak sangat makan ayam goreng tu.. Dah laaa tak lama kat Putrajaya ni. Hehehehe. Dalam bosan-bosan, meh aku kenalkan korang dengan jejaka idaman aku yang buat aku tak lena tidur.! hehehe. Aku jadi gila kat mamat ni sejak dulu lagi.. 
Hemsem tak dia?? Hokeeeyy.. Cair hati mak ni haaaaaa.... hehhe
Sejak aku dok follow cerita They Kiss Again.. Aku dah jatuh kecintaan sama ini orang. Hahaha. Dalam cite tu laa aku tengok dia sweet gila!!! Sweet sampai tak boleh kira sweet macam mana. Aku suka bila lelaki yang diam and takda la tunjuk sangat depan orang yang dia ni romantik or seangkatan dengan nya. Tapi bila dengan isteri, dia lah lelaki paling protective dan romantic walaupun kadang-kadang perangai dia menyakitkan hati. Haaaaaa... Nampak betapa beri impak besar nya pada aku cite ni. Hehehe... Tau tak cite apa tu?? Meh aku tunjuk..
แกล้งจุ๊บให้รู้ว่ารัก
แกล้งจุ๊บให้รู้ว่ารัก
Saja jeee tunjuk babak-babak yang romantik.. nak kasi korang cari cerita ni.. P tengok. hahahah, Kalau korang nak tengok.. Meh sini aku bagi link.. Dia ada dua siri:

  1. Its Started With A Kiss then, korang pandai-pandai la tengok episod lain-lain kat situ...
  2. They Kiss Again then, seperti biasa.. pandai2 la korang hidup. heheh
Korang tengok yang pertama dulu tau.. baru korang ade feel lagi mendalam bila tengok yang kedua tuuu.. Yuuhhuu... Dah nama pon kiss kan.. So, korang kalau boleh umur tu kasi la up sikit kalau nak tengok pon... Sebab aksi 18sx banyak dalam ni..Opppss. hahahaha Okay la.. Enjoy!!!

Bila korang tengok si Joe Cheng @ Jiang Zhi Shu kat dalam cite ni.. mestiiii korang akan cairr... hahahahhaha!!!

Wednesday, April 3, 2013

Undi Itu Rahsia

Selamat petang!! Aku baru habis makan nasik goreng tadi. Tak pernah-pernah aku makan nasik petang-petang ni, tup-tup makan nasik.. Sebab apa? Sebab aku stress.! Nak makan coklat. Tapi kaki tibe-tibe melangkah ke kedai makan. So, chaloowww betehh! hehehe.. 

Semua dah maklum, PM kita dah bubarkan parlimen 11.30 pagi tadi. Aku tahu pon sebab FB Home Page aku penuh dengan berita pasal tu. Apa tu pembubaran parlimen? Aku tak tau.. =) . 

Seriously, politic bukan makanan aku. Bukan kegemaran aku. Bukan kesukaan aku. Dan bukan perkara yang aku utamakan. Walaupun mak pak aku layan politik, tak bermakna aku sebagai anak kena layan politik kan? Tak semestinya kalau mak pak aku taksub politik, aku sebagai anak kena taksub politik kan? Politik dulu dan sekarang dah lain..

Sekarang aku tak nampak perkara yang membanggakan melainkan pihak A tunding pihak B, Pihak B tunding pihak A, dan dua-dua tunding pihak C. Haaa.. Aksi tunding menunding terlalu banyak. Drama terlalu banyak. Tokok tambah terlalu banyak. Meng'ada'kan apa yang tiada, dan menh'tiada'kan apa yang ada. 

Ya, aku umur nak masuk 25 tahun, dah layak mengundi, dan aku juga sudah mendaftar. Tapi tak terlintas untuk mengundi. Maybe one day dah sampai seru, itu aku tak tahu. Yang aku tahu, aku ada 0.0000001% maybe pergi mengundi. 

Bukan aku berlagak. Tapi sikap orang ramai, sikap pemimpin dan sesiapa yang berkaitan, yang membuatkan aku merasakan, tak perlulah amik tahu pasal menda-menda ni. Penat tengok, dengar, perhati drama yang banyak sangat versi. Disebabkan politik juga, aku tak tengok dah TV. Sebab apa? Sebab bosann. Menda sama, ulang, pusing, belok kanan, belok kiri. 

Lagi kepantangan aku adalah, aku memang kurang suka bila ada orang suka cerita pasal politik kat aku. Lagi-lagi kalau dia penyokong tegar. Bangga sangat dengan pucuk pimpinan pemimpin yang dia sokong tu, and dengan seronok dia mengata parti yang membangkang parti politik dia tu. Dekat situ nampak tak negatif nya?

Kita memang ada hak layan politik, ada hak pilih parti politik mana yang kita nak, tapi jangan la tambah dosa. Kalau betul sokong parti A, sokong je la, tak perlu nak mengata buruk tentang parti B dan C. Yang berbalah nya adalah pemimpin tu, yang tau punca dan sebab utama perbalahan adalah dikalangan pemimpin tu juga, tetapi.. apa yang aku nampak, penyokong atau pengikut nya yang lebih-lebih, dengan hanya melihat di TV, Facebook etc... Tokok tambah, hasut menghasut, tuduh menuduh.. Dah kenapa? 

Aku walaupun tak minat politik, aku nampak, perhati, dengar, isu yang ada depan mata aku. Pada aku, yang baik amik, yang buruk jadikan tauladan. Bukan kondem. Sometime, buruk tu pun sebab di ada-adakan, dan baik tu pon di ada-adakan. Lagi mengerikan bila semua secara terbuka dah pandai nak main-mainkan isu sensitif lagi-lagi bab agama.. urmmm..Kalau nak jadi pengikut, jadilah pengikut yang bijak, bukannya sokonggg je walaupun tau ada yang salah. 

Subjek Sejarah aku tak pandai, SPM dapat C. Sebab memang sejak azali aku tak minat dan sejak azali aku tak dimanjakan dengan politik. So, bila orang bercerita pasal politik ngan aku, aku sangat mudah naik hangin, sebab apa? Sebab bila dah cerita, banyak laa mengata dan mengutuk, mencarut. Apa tu?  Nak cerita-cerita je laa.. Bukannya nak kondem sana sini. Kalau rasa nak kondem orang, aku bukan orang yang tepat untuk  mendengar. =)

Undi itu adalah rahsia. Itu slogan zaman dulu. Sekarang slogan tu tak boleh diguna pakai dah. Sebab semua dah tak rahsia.. Orang-orang sekarang ni terlalu taksub sampai aku jadi takut tengok. Pelik sangat kan. Kadang-kadang aku cuba jugak nak mendalami ilmu politik ni, tapi tak masuk-masuk. Sebab pada aku, macam tengok drama melayu je.. =_='

Setiap orang beza pendapat, ada yang sokong BN, ada yang sokong PAS dan ada juga yang sokong PKR. Pilihan di tangan korang. Yang penting, jadilah pemilih yang bijak. Buat masa ni, aku tak bijak, sebab aku takdak perasaan terhadap apa-apa pon. Aku lagi excited untuk cari kerja, fikir masa depan aku, fikir apa aku nak buat dengan hidup aku, fikir macam mana nak majukan diri aku, fikir macam mana nak hadapi kepayahan dalam hidup, menghadapi kepayahan berdepan dengan pekerja yang menyakitkan hati, berdepan dengan tamat kontrak kerja and bla bla bla. 

Nampak tak? Banyak lagi menda yang sangat penting yang aku perlu fikir. Dari sibuk hal politik, sibuk nak back up pemimpin sana sini, baik aku diam-diam improve kan diri aku. Lagi dapat hasil.  Kann.. Biarlah orang nak kata aku ni bongok ka, bodoh ka, tak tau kenang jasa ka, tak tau balas budi ka, tak ada sifat patriotik ka.. janji aku bahagia. 

# kiri kanan aku penuh bendera.. terpampang banner.. aku hanya mampu tersenyum.. (^_^)