Monday, December 2, 2013

Syurga Dibawah Tapak Kaki Suami

Semalam malam punya cerita..
Ada seorang kenalan,
seorang kakak,
yang aku respect.
Dia ada kelebihan anugerah yang Allah beri.

Ringkas sahaja cerita nya.
"Jika awak dapat tengok bagaimana keadaan Neraka, Masyaallah.. Penuh dengan golongan wanita!, gambaran di Neraka, memang tiada apa yang dapat digambarkan. Bukan seperti di dalam TV tu. Matahari panas tu hanya secubit je dari panas api Neraka tu. Bayangkan. Kenapa ramai golongan wnita yang berada di dalam Neraka tu? Kerana wanita ini tidak menjaga aurat, menderhaka dengan suami dan tidak menjaga amalan. Kalau awak tengok la gambaran keadaan dalam tu, mesti awak akan pergi kat suami awak, cium kaki dan sujud pada dia! haa.. mcm tu sekali tindakan kita kalau nampak apa yang ada dalam Neraka tu. Ini kerana, sedetik je kita buat suami kita terasa hati dengan kita, terus tiada syurga pada kita. So, jangan lah melawan suami, patuh apa sahaja yang dia suruh. Bila dia panggil. Terus pergi kepada dia. Jangan tangguh-tangguh. Bila dia suruh buat air, terus buat. Jangan tangguh-tangguh. Jika dia tak bagi keluar rumah, patuh pada dia. Jangan membantah. Jika dia marah. Kita jangan melawan balik. Ingat tu.."

Ni serba sedikit yang aku ingat la ayat-ayat dia.. korang faham-faham sendiri la ye. Alkisahnya.. Macam mana pun suami korang, sila lah hormat. Syurga di bawah tapak kaki suami. 

I love you suami.. hehehe...

Tuesday, November 26, 2013

Allah Maha Mengetahui

Alhamdulillah..
Tu je yang mampu aku ungkapkan..
Rezeki yang diberikan oleh Allah.. ='(

Kami baru lagi ditimpa sedikit dugaan,
Tapi kami tetap juga pujuk hati yang Allah akan tolong,
Agak pressure juga la kami laki bini hari ni,
Sampai nak menangis pon ada..

Last-last..
Tadi pukul 5:30pm..
Ada satu call,
Rezeki Allah bagi,
Yang lama kami tunggu,

Masa tu hanya Allah saja yang tahu,
Betapa aku gembiranya bagi pihak suami aku,
Betapa aku bersyukurnya,
Sumpah aku tak tahu nak ungkapkan macam mana,

Gembira tak terkata,
To my husband!!
Congrats!!!

Kita percaya rezeki tu sentiasa ada selepas berkahwin ni.. 
Alhamdulillah.. 

Saturday, November 23, 2013

Bila Berjauhan

Ohhh...
today pertama-tama kalinya,
aku berjauhan dengan suami..
Ayoyooo..

Almaklumla,
husband aku kerja sendiri,
aku pulak PA dia,
so 24 hours kepit je la sebelah dia kan. haha

So today dia ada misi yang harus dilaksanakan,
aku sebagai isteri, kenalah redha kalau misi nya itu sangat baik,

Aisyyooo..
Baru beberapa jam pergi,
aku dah panas bontot.
Tak tau nak buat apa.
Nak keluar,
aku pon macam takda mood.hurmm

Gedik sangat.
Macam la sebelum ni tak pernah bujang kan? hahahah

Okay la. Disebab kan bosan suami takda selama dua hari ni,
aku nak tido jee puas-puas. biar bangun-bangun tau-tau laki aku dah ada depan mata..
hahahha.. mengarut.

Bye!

Thursday, October 24, 2013

Dunia Makin Kejam

Assalamualaikum ..
Cmne raya korang minggu lepas?
Berapa banyak lembu tumbang?

Hurmm..
Bercerita pasal korban-korban ni,
Semalam & hari ini, ada kes yang sangat menyentapkan kita,

Satu kes pengawal keselamatan tembak pegawai bank

Kes kedua, penghantar rokok menikam orang awam ni stesen LRT
Macam-macam kan? Tu pun masih dikatakan Malaysia masih aman.. Macam mana tu?

Kadang-kadang  bila fikir kejadian yang tiba-tiba macam ni, aku jadi takut. Ye la, mana tak nya. Tiada amaran atau tanda-tanda, tup-tup kena tikam, kena tembak. Fuhh. Tempat yang kita rasa selamat tu dah makin kurang dah.

So, berhati-hati lah di luar sana. Tapi kalau dah ajal, memang tak boleh la kita nak elak kan. Yang penting sebelum keluar rumah, baca lah doa supaya berkat perjalanan. Amin..

Thursday, October 10, 2013

Cuti Panjang

Ya Tuhan.. 
Lamanya tak update menda comel ni..
Lame gegila kot.! Hahahha.. 
Apa kabar la semua kan.. * bajet ayat artis terkenal*

Now sejak dah jadi bini orang ni, tak tau dah nak update ape. 
Kang aku update apa aku masak hari-hari kang, orang ingat blog aku blog masakan pulak. hehe..
Kang aku cerita kisah cinta aku ngan husband kanag, orang muntah darah. fiuuww

So, nanti aku rajin aku update la apa aku nak..
Rindu pulak nak menulis ni..
Sebenarnya rindu nak expose diri..
Biasala.. budak bajet hot. hehe

Okay la.. Selamat berjumpa kembali..
gedik itu pasti

Wednesday, June 19, 2013

Bilik Sewa Putrajaya

Bismillah.. 
Ingat tak aku pernah buat iklan sewa rumah bulan 5 hari tu??
Orang dah dapat dah...

Tapi tu la.. Aku and husban dok pusing kepala, sebab nya.. lepas nikah hari tu.. hari-hari masuk call and message tanyakan hal bilik sewa tu. Aku jadi pelik gila la kenapa hari-hari orang tanya. padahal aku dah tarik balik iklan-iklan yang aku promote dulu. Punyaaa la tertanya-tanya husband,

"Mana dorang dapat tau iklan ni ye? saya dah tarik dah iklan-iklan tu.."

Aku pon satu gak, bila orang telefon tanya pasal bilik, aku pon jawab la tak available dah.. then siap kasi cadangan kat mana rumah/bilik sewa yang biasa disewa dekat Putrajaya. Baik tak aku? hahaha. Tapi tu laa.. sengal punya pasal, aku tak tanya sikitt pon mana dorang tau pasal bilik sewa ni. 

Last-last, ada malam kejadian, ada orang call tanya pasal bilik, aku pon dengan segera terus tanya,

" Dekat mana ye tengok iklan pasal bilik ni?"

Gadis tu pon jawabla..

"Dekat blog akak..."

Aduuuusss... Punyaa la laju aku tarik iklan-iklan kat tempat lain, dekat blog sendiri ponnnn boleh miss. Apaaadaa. Patotla hari-hari ada message call tanya pasal bilik. Blog aku punya pasal rupanya.!!!

So, dengan rasa rendah dirinyaa.. aku meminta maaf pada semua, ada yang aku jawab call, ada yang aku balas SMS dan ada juga yang sebalik nya. Bukan aku tak nak jawab.. Aku jadi sebersalah sebab buat korang tertanya-tanya. eh. hahaha.. patutnya kalau kesian aku jawab la kan?

Hahaha..

Okayla.. dengan segala hormat nyaa.. Bilik sewa yang aku pernah iklan kan dulu, sudah ada orang. Dan dengan bangga nya aku padam entry tu. (^_^). Yeaay!!!!

Terima kasih pada yang sudi bertanya call bagai. Jasa anda Tuhan je yang mampu balas.. Maaf atas kesulitan semuaaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!
 Nenek mintak maaf ya cucusss semuaaa=p

MUCH LOVE

Update Produk Kejap yeeeeee

NAK LAWAS???
Gunakan ini...
NAK  KULIT CANTIK???
Gunakan ini..
NAK  MUKA GEBU ???
Gunakan ini..
Nak tahu lebih lanjut berkenaan produk-produk ni??? 
Jom terjah :
Facebook : KedaiAnekaMija
SMS: 013 294 5264

Wednesday, June 5, 2013

Sebenarnya..Saya Isteri Dia..

Bismillahhirrahmanirrahim..
Dah lamaaaaa sangat tak update kan?
Hahahhaa... Manaa la aku menghilang agaknye..
Meh aku tunjuk!!
Alhamdulillah..
Aku dah menjadi ISTERI!!!! Yeay!!
Melangkah satu anak tangga lagi kiteeee.. =p
Minggu ni majlis rumah mertua aku, so.. aku masih dalam mood BUSYbody. Hahaha

Buat masa ini, aku masih lagi menjadi fully housewife. Yela, baru mengikut suami pindah.. So, agak culture shock, dan perlukan masa untuk mencari kerja. (^_^), takpa-takpa, slow-slow.

Best ke jadi fully housewife?
Fuhhh.. aku dekat rumah, semasa zaman tak kawen lagi, aku dikira rajin laaa juga menolong mak aku kemas umah bagai kan, so pada aku mudah laa kerja sebagai surirumah tangga ni. Tetapi, sangkaan ku melesettt. hahahaha. Punyaaa la kelam kabut aku kat umah, mana nak kemas lagi, mana nak masak lagi, mana nak sediakan kelengkapan suami lagi. hahahaha.. 

Pelik tapi benar. Itu je yang terlintas kat kepala aku. hehehe. Alhamdulillah, selama nak masuk 2 minggu aku bergelar isteri, aku masih lagi boleh menyediakan makan pakai yang cukup kat suami aku... Nasib la suami aku mampu makan apa sahaja.. walaupun agak cerewet, aku tetap boleh menangani nya. (^_^), itu baru betul cabaran kan? hehe

Okey la korang, doakan kami bahagia dunia akhirat ye, doakan dapat baby cepat-cepat!! (^_^).. Next entry, after bertandang.. baru aku upload gambar ye.. Now official punya tak release lagi, so.. kena tunggu... 

Kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung dalam wedding kami di Raub, terima kasih.. terima kasih banyak-banyak. Kepada sahabat handai, rakan taulan dan saudara mara yang hadir memeriahkan majlis kami, beribu-ribu terima kasih kerana kehadiran korang semua meng awesome kan lagi majlis perkahwinan anak bongsu Haji Jamilin ni (^_^)..Yeaaayy!!!

TO BELOVED FAMILY: You guys awesome!! Thanks for everything!!!  

Wednesday, May 8, 2013

Beg Murah !!

Hei korang!! Sebelum tidur tu, meh cuci mata sat!!  Kat Kedai Aneka MIJA dah upload barang baru!!! Beg comei-comei untuk korang yang comei-comei belaka kat luar tu.. (^_^). Jom lihat yeee.. kalau nak order, jangan segan-segan PM aku okay! Insyaallah harga baik punya!!!!

 Kedai Aneka MIJA

Tuesday, April 30, 2013

PROMO Sebentar

Haaaa... Do like my pages:
Ada tips-tips kecantikan
Ada produk-produk terkini
Ada promosi-promosi terhebat hari-hari (^_^)
Page Merapu
Ada gambar-gambar menarik
Ada video-video menarik
Ada cerita-cerita menarik
Paling penting banyak MERAPU =p

ENJOY!!

Monday, April 29, 2013

Cara Untuk Kempiskan PERUT BUNCIT najis!

Guys!! Petang-petang ni saja nak share. Petua aku macam mana nak dapatkan perut kempis selesa. Hahahaha. Aku tau ada diantara korang yang ada masalah penghadaman, jenis kurang makan fibre/sayur macam aku ni memang sah-sah la ada masalah penghadaman! Selalunya apa cara korang untuk mengatasi masalah tak buang air besar ni? Pattern nak kena teran  sampai nak terkeluar usus baruuu la nak keluar najis, itu pon kalau keluar laa, kalau tak.. keluar peluh je la kan. Siapa pernah alaminya? Jangan tipulaaaa semua normal kan.. agaknya lagi teruk dari tu pon ade kan.(^_^). Sebelum ni orang kata kalau nak bagi lawas
  • Makan buah pisang atau betik
  • Minum air masam
  • Makan sayur banyak-banyak!
  • Minum air teh Orang Kampung
  • Minum air masak yang panas
  • Melompat
  • Sapu lotion panas dekat perut dan belakang 
  • dan blah-bla-bla...
Okey, aku dah cuba semuaaaaa tu. YA. Berkesan, tapi tak lama. Pisang dah tak layan dah perut aku, kalau betik memang layan, tapi lama-lama dah imune. Tak layan gak. Makan sayur lagiiii la tak jadi ape. Hahaha. Sayur  pon boikot saluran penghadaman aku. Minum air masak, kencing je selalu. Minum teh orang kampung, sakit perut macam nak putus usus perut, melompat kalau rajin laa, lotion tak lut, sebb kulit tebal macam kulit buaya, dan bla-bla-bla.. hahaha..

So, sesiapa yang perut degil macam aku, meh aku suggest korang satu produk yang aku tak jual, tapi kedai luar jual (^_^).Perkenalkan:
YUSMIRA PATI HALIA KAPSUL
Mesti korang kata, leeehh.. makan menda ni buat ape. Haaaa.. meh au cerita. First time aku beli ni sebb aku tengok botol dia macam comel je kat kedai India. Heheh. Then tengok harga macam murah sebab ada 80kapsul, RM35.00. Tapi kat kedai India tu aku dapat RM28.00. Sapa tak nak beli oii! Mula-mula niat kat hati nak beli ni sebab bajet nak kurus la. Ingat ni cerita cinderella ke makan 80biji, tup kurus! ahah.

Then aku makan la seperti yang disarankan:

4-6 kapsul sehari selepas makan( lagi elok sebelum tidur)

So, aku makan dengan rakusnya 4 bijik. Tak pernah hayat aku makan kapsul sampai 6 bijik. Takut tercekek. hahaha. Then, keesokan harinya.. perut aku lawas dengan lancar dan selesanya. SAKIT PERUT TIADA!! Kan kalau kita minum orang kampung, kita akan sakit perut memulas-mulas kan? Tapi yang YUSMIRA ni tak da. Sakit perut seperti korang nak membuang seperti biasa. 

Aku dah makan botol yang kedua dah. Pada kajian aku, makan 2 biji pon dah molek, dah boleh buat hari-hari kita sentiasa ceria membawa perut yang bersih dari najis yang lama. Hahahaha. Korang rasa aku tipu?? Tak caye sudah.. Aku bagitahu je mana yang best untuk jenis perut degil macam aku ni (^_^).

Dengan hanya RM35.00, perut anda akan tersenyum hari-hari tanpa ragu-ragu.. 

CInta Hati Saya

Now aku goyang kaki kat rumah sambil tunggu orang datang pinang aku! So, sambil goyang-goyang kaki, aku pon layan la cerita yang ade dalam laptop aku ni haaa.. Cerita tak banyak, 10 kali tengok, 10 kali ulang, hahahaha!!! So, now favorite movie aku adalah:
Cinderella Story
Sangat la aku suka cerita ni!!! Cerita yang tak heavy dan agak romentik. Hehehe. Romentik yang ala-ala macam ni la baru best nak tonton. Aku rasa almost everyday aku tengok cite ni. Hehehe, Lelakinya tak berapa hemsom pon, just nice la kan, hehehe. Tapi keromentikan dia yang buat nampak macam.. CAIRRRR~.. hahaha.. Hillary Duff pon cantik. Cerita ni tah taun bila punya tah, aku pon lupa dah. Tapi tetap BEST!! Tak telan dek zaman. (^_^)
Another Cinderella Story
Cinderella lagi! Hahaha.. Nampak tau angan-angan aku? Nak Cinderella je la kan. Yela, kan Cinderella ni angan-angan budak-budak pompuan. (^_^). Cite ni pon layan! Walaupun perjalanan cerita dia macam kalut sikit, macam nak cepat habis. hahahaha. Tapi part dancing memang aku suka gila! Best!!Lelaki dia pon tak berapa sangat laa, okey2 jeeww.. Selena Gomez pon serabut gila rambut rosak dia. Hahahaha..Tapi yang penting..part dancing A! Aku pon dancing sekali. hehee...

Okeyla, saja nak gedik2.. Meh tengok petikan dari kedua-dua filem yang comel ni:

ENJOY!!!

Azhar Sulaiman Berani !!!

Off topic#
Bukan nak cerita pasal politik, cuma nak cerita sikap segelintir orang, yang terlalu berani mencabar hukuman Allah. Kita ni boleh nak berparti, nak memberi hujah, nak menyokong dan menyangkal, tapi kalau dah sampai mencabar kebesaran Allah.. Orang tu memang tak bijak. Walaupun orang tu belajar laa tinggi mana.. Ni contoh nya..

Ya, ni yang aku nak tunjuk. Azhar Sulaiman, kenapa awak cakap mcam ni? Nak main-mainkan kekuasaan Allah? Ye awak masih hidup. Tapi jangan bongkak tau.. Aku pulak laaa risau. Hehehe..

Tu la aku kata, bila orang berpolitik, penyokong dia yang melebih-lebih. Apa yang lebih dia tau tu pon aku tak pasti lah. Hehehe. Yang penting.. kita bijak laaa memilih, buka mata, buka hati. Lihat kesemua parti yang ada, dan compared pro and cons dia. Then we choose! Kan mudah.. Jangan lah menggunakan sumpah menyumpah ni. Lagi-lagi bab yang mati. Kan tak elok tu.. 

Nampak bongkak sangat bila dia kata dia masih hidup. Allah kalau nak tarik nyawa tu, bila-bila masa je tau, (^_^), tak payah tunggu betul ke tak ke apa yang awak nak buktikan tuu.. INGAT!

*asyik sangat update pasal kilat-kilat and dia just fine (nampak nau la dia takot dengan kata2 dia) tu laaa... telajak perahu boleh diundur, telajak kata.. Tuhan yang akan balas =), nak berpolitik boleh, but jauhi dari kata-kata lag'ha macam tu.. PEACE!! (^_^)

Wednesday, April 24, 2013

Produk Kecantikan Terkini

Haipp!!
Korang tengah watpe tu??
Hehehe.. 
Eh... Aku just nak promote gedik-gedik ni..
Punya la lama aku memandam perasaan nak start niaga aku,akhirnyaaa.. START jugak.. 
hahahah..

Okey, taknak merapu dah..
Meh lawat-lawat page aku.. Aku baru update 2 produk..
Tak larat nak update banyak-banyak.. tak malam ni, esok aku update lagi yee...

Antara produk yang aku available sekarang ni adalah:

MAIXARA C -SENTIAL - RM 99.00 (until end of April) - Normal Price RM125.00
FIGURE UP SLIMMING CAPSULE - RM 70.00
FELINNA BEAUTY LOTION - RM 75.00
FELINNA BEAUTY PMCVC - RM 85.00 
BEDAK ARAB- RM 60.00

Yang best nye!!!!

Kesemuanya FREE POSTAGE SATU MALAYSIA TERMASUK SABAH/SARAWAK DAN ADA FREE GIFT TAU!!!

So, sesiapa berminat and nak tau pasal produk ni boleh la PM/SMS aku ye:

NOMBOR TELEFON: 013- 294 5264

Tuesday, April 23, 2013

Jejaka Ni Di Hati Ku

Haaaaa... Petang-petang ni aku sepatutnya dah berada di pasar tani. Sebab semalam mengidam nak makan ayam goreng nyaaa. But now, hujan la.. Minta-minta la kejap lagi cuaca okay.. Aku  nak sangat makan ayam goreng tu.. Dah laaa tak lama kat Putrajaya ni. Hehehehe. Dalam bosan-bosan, meh aku kenalkan korang dengan jejaka idaman aku yang buat aku tak lena tidur.! hehehe. Aku jadi gila kat mamat ni sejak dulu lagi.. 
Hemsem tak dia?? Hokeeeyy.. Cair hati mak ni haaaaaa.... hehhe
Sejak aku dok follow cerita They Kiss Again.. Aku dah jatuh kecintaan sama ini orang. Hahaha. Dalam cite tu laa aku tengok dia sweet gila!!! Sweet sampai tak boleh kira sweet macam mana. Aku suka bila lelaki yang diam and takda la tunjuk sangat depan orang yang dia ni romantik or seangkatan dengan nya. Tapi bila dengan isteri, dia lah lelaki paling protective dan romantic walaupun kadang-kadang perangai dia menyakitkan hati. Haaaaaa... Nampak betapa beri impak besar nya pada aku cite ni. Hehehe... Tau tak cite apa tu?? Meh aku tunjuk..
แกล้งจุ๊บให้รู้ว่ารัก
แกล้งจุ๊บให้รู้ว่ารัก
Saja jeee tunjuk babak-babak yang romantik.. nak kasi korang cari cerita ni.. P tengok. hahahah, Kalau korang nak tengok.. Meh sini aku bagi link.. Dia ada dua siri:

  1. Its Started With A Kiss then, korang pandai-pandai la tengok episod lain-lain kat situ...
  2. They Kiss Again then, seperti biasa.. pandai2 la korang hidup. heheh
Korang tengok yang pertama dulu tau.. baru korang ade feel lagi mendalam bila tengok yang kedua tuuu.. Yuuhhuu... Dah nama pon kiss kan.. So, korang kalau boleh umur tu kasi la up sikit kalau nak tengok pon... Sebab aksi 18sx banyak dalam ni..Opppss. hahahaha Okay la.. Enjoy!!!

Bila korang tengok si Joe Cheng @ Jiang Zhi Shu kat dalam cite ni.. mestiiii korang akan cairr... hahahahhaha!!!

Wednesday, April 3, 2013

Undi Itu Rahsia

Selamat petang!! Aku baru habis makan nasik goreng tadi. Tak pernah-pernah aku makan nasik petang-petang ni, tup-tup makan nasik.. Sebab apa? Sebab aku stress.! Nak makan coklat. Tapi kaki tibe-tibe melangkah ke kedai makan. So, chaloowww betehh! hehehe.. 

Semua dah maklum, PM kita dah bubarkan parlimen 11.30 pagi tadi. Aku tahu pon sebab FB Home Page aku penuh dengan berita pasal tu. Apa tu pembubaran parlimen? Aku tak tau.. =) . 

Seriously, politic bukan makanan aku. Bukan kegemaran aku. Bukan kesukaan aku. Dan bukan perkara yang aku utamakan. Walaupun mak pak aku layan politik, tak bermakna aku sebagai anak kena layan politik kan? Tak semestinya kalau mak pak aku taksub politik, aku sebagai anak kena taksub politik kan? Politik dulu dan sekarang dah lain..

Sekarang aku tak nampak perkara yang membanggakan melainkan pihak A tunding pihak B, Pihak B tunding pihak A, dan dua-dua tunding pihak C. Haaa.. Aksi tunding menunding terlalu banyak. Drama terlalu banyak. Tokok tambah terlalu banyak. Meng'ada'kan apa yang tiada, dan menh'tiada'kan apa yang ada. 

Ya, aku umur nak masuk 25 tahun, dah layak mengundi, dan aku juga sudah mendaftar. Tapi tak terlintas untuk mengundi. Maybe one day dah sampai seru, itu aku tak tahu. Yang aku tahu, aku ada 0.0000001% maybe pergi mengundi. 

Bukan aku berlagak. Tapi sikap orang ramai, sikap pemimpin dan sesiapa yang berkaitan, yang membuatkan aku merasakan, tak perlulah amik tahu pasal menda-menda ni. Penat tengok, dengar, perhati drama yang banyak sangat versi. Disebabkan politik juga, aku tak tengok dah TV. Sebab apa? Sebab bosann. Menda sama, ulang, pusing, belok kanan, belok kiri. 

Lagi kepantangan aku adalah, aku memang kurang suka bila ada orang suka cerita pasal politik kat aku. Lagi-lagi kalau dia penyokong tegar. Bangga sangat dengan pucuk pimpinan pemimpin yang dia sokong tu, and dengan seronok dia mengata parti yang membangkang parti politik dia tu. Dekat situ nampak tak negatif nya?

Kita memang ada hak layan politik, ada hak pilih parti politik mana yang kita nak, tapi jangan la tambah dosa. Kalau betul sokong parti A, sokong je la, tak perlu nak mengata buruk tentang parti B dan C. Yang berbalah nya adalah pemimpin tu, yang tau punca dan sebab utama perbalahan adalah dikalangan pemimpin tu juga, tetapi.. apa yang aku nampak, penyokong atau pengikut nya yang lebih-lebih, dengan hanya melihat di TV, Facebook etc... Tokok tambah, hasut menghasut, tuduh menuduh.. Dah kenapa? 

Aku walaupun tak minat politik, aku nampak, perhati, dengar, isu yang ada depan mata aku. Pada aku, yang baik amik, yang buruk jadikan tauladan. Bukan kondem. Sometime, buruk tu pun sebab di ada-adakan, dan baik tu pon di ada-adakan. Lagi mengerikan bila semua secara terbuka dah pandai nak main-mainkan isu sensitif lagi-lagi bab agama.. urmmm..Kalau nak jadi pengikut, jadilah pengikut yang bijak, bukannya sokonggg je walaupun tau ada yang salah. 

Subjek Sejarah aku tak pandai, SPM dapat C. Sebab memang sejak azali aku tak minat dan sejak azali aku tak dimanjakan dengan politik. So, bila orang bercerita pasal politik ngan aku, aku sangat mudah naik hangin, sebab apa? Sebab bila dah cerita, banyak laa mengata dan mengutuk, mencarut. Apa tu?  Nak cerita-cerita je laa.. Bukannya nak kondem sana sini. Kalau rasa nak kondem orang, aku bukan orang yang tepat untuk  mendengar. =)

Undi itu adalah rahsia. Itu slogan zaman dulu. Sekarang slogan tu tak boleh diguna pakai dah. Sebab semua dah tak rahsia.. Orang-orang sekarang ni terlalu taksub sampai aku jadi takut tengok. Pelik sangat kan. Kadang-kadang aku cuba jugak nak mendalami ilmu politik ni, tapi tak masuk-masuk. Sebab pada aku, macam tengok drama melayu je.. =_='

Setiap orang beza pendapat, ada yang sokong BN, ada yang sokong PAS dan ada juga yang sokong PKR. Pilihan di tangan korang. Yang penting, jadilah pemilih yang bijak. Buat masa ni, aku tak bijak, sebab aku takdak perasaan terhadap apa-apa pon. Aku lagi excited untuk cari kerja, fikir masa depan aku, fikir apa aku nak buat dengan hidup aku, fikir macam mana nak majukan diri aku, fikir macam mana nak hadapi kepayahan dalam hidup, menghadapi kepayahan berdepan dengan pekerja yang menyakitkan hati, berdepan dengan tamat kontrak kerja and bla bla bla. 

Nampak tak? Banyak lagi menda yang sangat penting yang aku perlu fikir. Dari sibuk hal politik, sibuk nak back up pemimpin sana sini, baik aku diam-diam improve kan diri aku. Lagi dapat hasil.  Kann.. Biarlah orang nak kata aku ni bongok ka, bodoh ka, tak tau kenang jasa ka, tak tau balas budi ka, tak ada sifat patriotik ka.. janji aku bahagia. 

# kiri kanan aku penuh bendera.. terpampang banner.. aku hanya mampu tersenyum.. (^_^)

Saturday, March 30, 2013

Makin Berusia Makin Mencabar

Jam dah nak masuk tengah malam, kepala masih weng-weng tah ke mana. Petang tadi p tengok hot air ballon dengan pakai baju kurung nya.. Soooo melayu kan. =) Alhamdulillah, bila tnegok event tadi, kurang sikit senak kepala ni. Sakit sangat bila fikir keadaan diri yang tak tahu hala tuju. 

Tak semua orang perfect and betuah. Betul tak? Ada yang kaya tapi kurang kasih sayang. Ada yang kurang upaya, tapi dikurniakan bakat yang tak dijangka. Ada yang cantik tapi tak cerdik. Ada yang hodoh tapi pangkat manager. 

Macam tu la cerita hidup kan. Baru lah ada asam garam nya. So, aku pon adalah asam garam nya. Tahun ni boleh dikatakan tahun yang agak mencabar pada aku. Almost everyday, aku dapat masalah yang kena diselesaikan. Mula-mula tu, anggap mudah je la kan, tapi bila lama-lama.. perasaan give up tu memang ada. Memang nak je meratapi diri yang tak berapa betuah, tetapi.. Macam yang aku kata tadi, bukan semua orang perfect, aku nampak je hari-hari senyum, ari-hari gelak, hari-hari berkongsi cerita macam takda masalah, tetapi dalam diri ni? Tapi, alhamdulillah.. ada juga tuah yang akan coming soon.. Aku harap tuah tu bakal mengubat  kelukaan aku.. =')

Banyak sangat menda nak tanggung. Masalah diri. Masalah keliling. Masalah orang dalam pejabat. Tapi aku walaupun mendapat tekanan di pejabat, aku tetap tegaskan diri aku, make sure balik rumah, tidor, esok buat-buat lupa apa jadi semalam. So, aku pon boleh kerja dengan  happy la kan. Selama aku kerja sini, aku pegang prinsip tu, tapi tipu lah kalau aku kata aku tak mengungkit kan, haruslah ada sesi mengungkit. Mana tak mengungkit kalau, semua kerja hambur pada kami, salah je cari kami, habis semua tugas dia kasi kami. Rasanya, pangkat sama, apa hak dia untuk perintah kami bagai dia manager tempat tu?

Kadang-kadang taknak fikir pasal pangkat tu, tapi tu la macam aku kata. Mesti ada pertikaian dari segi tu bila mana kerap sangat diperintah and tidak dilayan seperti rakan sekerja. Siapa mereka? Apa hak mereka?

So, now.. aku nak tamat tempoh dah.. aku pon pergilah apply untuk continue contract untuk beberapa masa sebelum dapat kerja tetap.. tapi unfortunately, kata-kata yang kami dengar dari pihak admin sangat-sangat tak dapat diterima.. Senang cerita.. sungguh terasa hati dengan apa yang disampaikan.. ='(

" orang dari unit lain boleh sambung, tapi unit awak taknak awak, dia nak orang baru" .. Istifar panjang kami.. kami tidak diberi ruang untuk tambah tempoh disebabkan kehendak unit kami. Urmm.. Terasa hati ya amat.. Terus time tu terlintas segala kerja-kerja yang kami buat dengan bersungguh-sungguh, never say no, just follow any order without saying anything, setelkan kerja diorang dengan cepat dan pantas.. tak pernah lagi tak siapkan kerja and tangguh kerja.. but, habuan yang kami dapat? Kami tidak lagi diperlukan oleh mereka. Bukan kerana mereka tak mahu masukkan budak kontrak, tetapi mahu orang lain yang jadi budak kontrak. Bukan nya kami. 

Apa rasa korang? Kami bertungkus lumus buat kerja, tak pernah kata tidak.. last-last kami di biarkan. Such a lovely attitude kan diorang tu? Aku tak marah, cuma terasa hati bila dapat tahu yang dorang taknak kami, tapi nak orang baru.. Aku doakan diorang akan dapat orang yang lagi hebat dari kami yang mampu pekakkan telinga, butakan mata bila kerja dengan diorang. Aku harap diorang dapat yang lagi baik dari kami. 

Takpe la kalau diorang taknak kami, maybe kami terlalu outspoken, simple, tahan lasak, never care others matter, and bla bla bla... So, anggap la bukan rezeki kami disitu, dan anggap la banyak hikmah lain lepas ni yang datang pada kami. Maybe kami tak bertuah sebab kami tak dapat kerja permenant, tapi kami bertuah kerana, kami mempunyai pemikiran yang matang dari mereka yang berumur 27tahun ke atas, kami bertuah kerana kami mampu mengukir senyuman setiap hari tanpa menayangkan muka masam macam diorang, kami bertuah kerana kami boleh bergaul dengan siapa sahaja tanpa rasa prasangka, kami bertuah kerana kami diberi dugaan yang maha besar bila kerja disini.. Kami terima.. maybe esok, tak pun lusa.. ataupun 10 tahun lagi.. Tuhan baru nak berikan kami rasa kesenangan, who knows right? So, now Tuhan kasi tuff situation pada kami untuk tengok kami mampu tahan iman ke tak. 

Hope tomorrow better than today.. Amin.. (^_^) .. Adalah hikmah disebalik semua itu semua kan.. hadapi segalanya dengan smart..

Friday, March 15, 2013

Ter-excited Pula...

Selamat Tengahari Semua!! Dah makan? 


Okey, aku saja nak tunjuk aku punya projek bunting pertama. Ini first time punya kerja ni. Sebelum ni reti buat doodle biasa-biasa je, saiz kecik-kecik punya keje. So, takda la masalah sangat kan. 

So, pada suatu hari, ada sorang kawan aku, dia merisik aku punya karton ni, dia kata nak mintak aku buat bunting untuk adik ipar dia. Aku dalam hati ni, tak berapa yakin, tapi aku sahut cabaran nak buat menda ni, sebab aku suke kan.. Hehhee.

Aku dengan gagahnya, buat dengan seronoknye. Search google bagai. Tanya orang bagai. Yela, aku memang tak pernah amik apa pon kursus untuk bidang ni, nak tak nak aku kena belajar sendiri and explore sendiri. 

Buat punya buat, tunjuk pada member aku,.. Pertama-tama kali tunjuk, ada error dari segi color dan ada sedikit yang nak dibertulkan, so aku touch up sikit apa yang patut, improve sikit apa yang patot. Setiap sudut aku telek kasi cun. hehe.

Lastly, aku nye artwork siap dan di approve! 

Aku masih berdebar-debar selagi bunting ni tak di print. Time tu bulan 12 kot siap design ni. So, wedding bulan 3, punyaa la aku risau kan, kot-kot la kalau keluar je pecah-pecah ke, kaler jadi lain ke kan... Doa punya doa.. 

Akhirnyaa..
Seronok gila!! Bukan sebab dia kata cantik tu.. Tapi tu extra suka la.. tapi sebab projek pertama bunting aku menjadi.!! Alhamdulillah... Akhirnya.. Semangat . Usaha. Confident diri. Itu je aku pegang bila buat menda ni. hehehe.

Thanks to kak ilyani.. kerana mempercayai ku.. hehehe =)

Friday, March 8, 2013

Cili Padi Itu..

Stock image of 'Symbol of love - Spicy hart isolated on white'
Salam Jumaat semua..
Perut pedih gila sekarang ni dek kerana makan mee goreng pedas sama sambal kentang. Makin meningkat dewasa, makin berubah aku ni. Berubah rupa bentuk tu memang sah la kan, makin sihat walafiatt, hhehe. Tapi yang paling mengjengkelkan aku adalah, tentang apa yang aku suka dan tak suka pon dah berubah. urm..

Dulu.. 
Suka makan pedas, tak takot bila duduk sorang-sorang..

Sekarang..
Asal duduk umah sorang-sorang, macam-macam la dalam otak ni berkeliaran. Kejap bayang ni, kejap bayang tu, sampai terpaksa buka laptop pasang cerita/lagu kuat-kuat, pasang lampu seluruh rumah sampai hari siang dan terperap dalam bilik sampai siang hari walaupun tahu diri ini tengah tahan kencing/berak yang teramat. Pfftt..

Lagi satu yang buat aku sangat tak puas hati kat diri aku adalah, aku dah tak berapa gemar dengan makanan pedas. Ey! Itu sangat-sangat tak boleh diterima akal. Aku ni dulu, hantu cili. Makan nasik kena ada beberapa tangkai cili kat pinggan. The more the merrier. Makin pedas makin aku suka. Sampaikan aku boleh makan dengan nasik and telur goreng then cili . Cukup buat aku berselera. But now, no more merrier. Memeritkan lagi adala. Hehe. Asal makan pedas je, pedas tahap moderate, perut dah rasa macam kena hiris. Ohhh tidak. Perut makin manja, esok sah-sah tak boleh telan pedas langsung. Kecewa sangat. Sebab hubungan intim dengan cili selama ni sudah direnggangkan dengan kehadiran perut manja. 

Sebab tu sekarang selera aku makin kurang.. =p , cili dan saya tidak dapat dipisahkan.    

Thursday, February 21, 2013

Pangkat & Darjat

Assalamualaikum dan selamat petang.
Pangkat & darjat, salah satu punca yang boleh menjadikan kita berpecah kerana kemegahan dan keangkuhan. 

Dekat sini, aku bukan nak cerita pasal kaya ke apa ke kan, just nak cerita pasal insident dalam office aku ni. Especially department aku. Alkisahnya apabila ada orang yang sama pangkat dengan aku, mengarah aku seperti dia berpangkat manager. Fuhh. Aku masih bersabar sebab aku masih hormat dia. Tapi lama-lama, minta maaf la.. Memang aku pon balas balik la. 

Memerintah kami macam la kami ni kuli batak dia. Most of kerja dia, dia  bagi kami, soo kenapa tak bagi je jawatan tu kat kami? Korang amik jawatan kontrak kami, kami amik jawatan permanent ko. nak?

Penat okay bila hari-hari diperintah itu ini. Pantang nampak kami ni rehat sikit. Adalah yang datang bawak kerja. Kami ni ape ye? Korang bayar gaji kami ke? Dah tu, kalau cakap ngan kami, tak reti cakap elok-elok. Menengking, menjerit. Macam tu ke orang kerajaan bekerja?   
Korang dapat gaji tu, apa rasa korang ye agak-agak? Yelaaa, kerja korang lagi banyak dibuat oleh kami dari korang sendiri yang buat. Lepas tu, datang sini buat gaya mando. Letak tangan ke belakang, jalan.. gaya orang kaya berjalan sambil tinjau-tinjau. Peerrgghh, tu perangai yang pantang nenek moyang aku. Dah pangkat sama, kuli batak jugak, tapi kami yang kontrak ni di buat kuli batak dia pulak.

Takda pula dalam job description kami ni kena mengikut apa saja yang diperintah oleh pekerja yang SAMA PANGKAT! Tu yang sampai sekarang tak boleh terima sebenarnya. 

Lagi-lagi sekarang ni ada 5S, so kena lah gotong royong kemaskan kawasan pejabat dan kawasan kerja. So, ni satu hal lagi, stor fail yang dah dekat 10 kali kami kemas, 10 kali juga la disepahkan balik. 10 kali kami ubah, 10 kali la diubah semula mengikut citarasa bos yang sangat ramai kat sini. Tapi yang paling bossy nya ada lah yang N17 tu! Tinggi betul la angan-angan N17 tu nak jadi bos sampai kami ni dikerah macam kuli batak. Dia tengok je, dan tau membebel macam mat lampir. 

Aku lepas tengok perangai sorang-sorang kat sini, aku berdoa sungguh la aku tak jadi macam diorang. Pangkat tak tinggi mana, tapi perangai kalah pengarah jabatan. Agaknya tu sebab diorang tak naik-naik pangkat lagi, sebab perangai macam tu, memang tak layak langsung mendapat pangkat tinggi-tinggi. Sebab habis buat umat manusia dalam bumi ni membenci je. Aku  and geng aku salah seorang yang membenci dia tahap maksimum. Sabar dah habis sabar dah. 

Ni kami dok sabar yang extra tongkat ali punye.. hehe. Kami tak kisah dia nak tengking-tengking, nak mengarah-ngarah, nak menjerit-jerit, nak bajet-bajet mando. Tapi jangan salahkan kami kalau dikemudian hari, anak diaorang pon akan dapat terima nasib yang sama macam mana kami rasa ni.. Baru dia tau betapa tak tenang nya kerja  bila ada insan-insan hati kotor ni.

*Mood Agak Ke Arah Marah =)


Monday, February 4, 2013

Pameran Pengantin 2013

Selamat pagi semua..
Weekend lepas keluar bagai  nak rak walaupun hujan.. Dahla aku agak penat layan cuti am  yang banyak sekarang ni, ni nak layan kerja lain pulak kan. Nasib la keje lain tu happening dan pening. So, semalam aku pergi ke Shah Alam singgah sebentar di SACC Shah Alam. Ada apa??
Ada menda ni laaaaaa
Saja nak buat research kann.. Acecehhh ^^
Pergi punya la awal kan, konon-konon nak cari mana-mana yang berkenan katanya.. Masuk je SACC parking, tak best. Hahaha. Sebab jauh kena parking. Then, pergila ke lift, masuk-masuk je, scary, sebab lift dia boleh buka pintu dua-dua side. Scary. Hahahaha.

Okay, masuk-masuk entrance hall je, kena daftar seperti biasa, then masuk jeee terus.. Urmm.. Biasa je. Tak banyak pon seperti  yang aku tengok kat PICC hari tu. Kat PICC lagi menarik. So, masuk laa, jalan punya jalan.. Last-last kami decide, Jom Balik! hahaha

Okey la. Meh baca apa yang aku dapat kat sana ye (gambar satu pon tak amik sebab sangat la bosan event tu):

  • Banyak sangat catering service
  • Harga yang diberikan banyak yang pada aku agak mahal (bukan patutnya kalau exhibition ni adaaaala harga yang luar biasa kannn)
  • Design yang agak bosan juga
Haaaa... sebab yang utama yang buat kami malas nak duduk lama kat dalam tu adalah, HARGA yang diberikan. Samaaa je dengan harga luar, yang mahal lagi dari harga luar pon ada. Sangat-sangat mahal. Aku memang dari kalangan sederhana ni, memang tak mampu la kot nak layan harga yang pada aku mahal sangat la. Kadang-kadang macam tak masuk akal juga. Gedik-gedik masuk dalam sebab nak tengok pelamin dan baju je, tapi disebab kan harga yang kurang menepati citarasa kami, kami terpaksa lupakan. 

Aku harap, ada lagi exhibition lepas ni, adalah pakej-pakej untuk kalangan yang sederhana dan rendah macam kami ni. Macam membazir sangat keluarkan puluhan ribu untuk majlis ni. Bukan taknak dikenang sampai bila-bila, tapi kalau dah menyusahkan, baik kita tak payah amik kan.. Simple is better. So, kena lah cari lagi dan lagi, harga berpatutan, cantik dan puas hati.! Misi utama diteruskan!!! (^_^)


Friday, January 25, 2013

Corat-coret

  1. Masih dilema sampai bangun tidur baru perasan, selama tidur malam tadi, dahi dok berkerut.. hurmm.
  2. Menyampah dengan sorang girl ni, bercakap tentang agama, jaga aurat sana, jaga aurat sini, tup-tup, dia upload gambar separoh bugil. Apa kes?
  3. Masih meminta nasihat sekeliling berkenaan kerjaya yang patut di ambil. 
  4. Masih mengumpul advice-advice dari yang pakar bagi menyelesaikan permasalahan diri yang masih dibelenggu dilemaaaaa. hehehe
  5. Semoga segala nya berjalana lancar dan harap ada petunjuk dalam masa terdekat, dan tidak ada orang sekeliling yang push..=)
Salam Jumaat !

Thursday, January 24, 2013

Kegatalan Melanda

Sejak seminggu dua ni.. Aku dilanda satu penyakit, iaitu penyakit gatal! Bukan gatal yang menggatal dengan lelaki tu, tu ada jugaaaaaa.. tapi sikit laa =p , tapi ni gatal badan. Apa yang aku nampak, office aku kalau tempat gelap ada nyamuk, dia cari aku gak untuk digigit. Then baru-baru ni, air-cond office macam baru diservice, sebab nya suhu mengalahkan London! Hahahaha.. 

Aku sangat sensitif dengan sejuk. Sejuk yang sangat-sangat. Sebab nya, aku tak sure la kan. Yang pasti, aku tak boleh sejuk sangat. Kalau tak, tangan aku akan naik gegata. Last-last sejuk melampau-lampau sangat, aku pon garu lah tangan aku dengan bersungguh-sungguh sampai tak sedar diri! At the end.. tangan aku membengkak dengan berjayanya tanpa segan silu.
Nampak??? Kembang tangan aku!! Kamera tak mahal. Kalau tak, korang boleh nampak banyak gerutu yang bengkak-bengkak dan sakit nye yang amattt. Hehehe.. Nampak cincin tu? Kat situ je mampu di letakkan. Sebab bengkak jari over sangat.

Kawan aku kata, kejap je bengkak tu.. takda apa nya, paling kurang pon, 2 3 jam je.. Haaaa. aku pon percaya lah cakap dia. Last-last, sampai sudah tak surut-surut. Disebab kan aku terlalu tak tahan tangan untuk menggaru, malamnya aku pergilah ke farmasi membeli ubat gatal. Dah tak mampu beli ubat sapu. Baik beli yang makan je, baru la saksama dalam badan kan. 

Alhamdulillah, lepas makan ubat.. semuanya okay. So, ubat tu akan berada di tangan aku 24 jam. Sebab sangat mujarab. No more gatal in me!! Gatal lain boooleeyy (^_^).

Dalam Dilema

Salam Maulidur Rasul kepada semua!!
Semua tengah cuti ke??
Ada yang kerja jugak kan.. (^_^)

Okey la, Semalam aku pergi attend satu interview  ni. Alhamdulillah, rezeki pertama di tahun baru. Tetapi.. itu laah. Position yang di offer, sangat-sangat membuat aku dalam dilema... Hurmm..

Cikgu, Pengajar, Guru, Pensyarah, Tutor...

Antara position yang aku tak pernah terfikir untuk apply. Tapi ada insan mulia yang offer aku jawatan tutor di sebuah kolej. Aku jadi serba salah. Serba salah bukan apa, bukan sebab susah mengajar atau apa, cuma aku jadi tak yakin, aku mampu ke mendidik?? Aku mampu ke deliver sesuatu yang berilmu kepada anak didik aku nanti? Aku tak punyai sifat-sifat pendidik lansung. Dan menjadi pengajar ni adalah last choice aku dalam hidup ni tau. Itu pun selepas semua kerja dalam dunia ni dah tak sesuai dengan aku. Baru aku amik...

Tapi tu la, aku tengok, insan yang offer tu, macam mengharap aku menjadi salah satu team diorang. Hurm.. Ya Tuhan.. Sempena Maulidur Rasul ni, aku harap, aku dapat la petunjuk. Aku sangat dalam dilema. Sangat-sangat.!

Wednesday, January 16, 2013

Berhabuk dah!

Asslamualaikum.. 
Lama sungguh la tak menaip kat sini. Punya la bajet banyak kerja di pejabat yang aman damai ni kan.. =p .. So, petang-petang macam ni, takda apa pon nak di ceritakan. Sakit kepala ada lah kan. Tapi apakan daya, kena la kerja kan. Kalau tak, siapa la nak suap aku makanan kan. Sugar daddy takda. Kena la suap sendiri (^_^)Y ...
  Super duper tired today..kkrroooghhhh  

Wednesday, January 2, 2013

2013

Haii.. Selamat Tahun 2013 semua. Dah dua hari dah masuk tahun baru. Tahun baru semalam buat apa? Aku nasibla ada family gathering, so terisi la sikit waktu cuti aku kan. So, harapan tahun 2013 adalah:
Mencari kerja yang betul-betul dapat menampung kehidupan harian..
Getting Married!!
Haaaa.. tu je impian tahun ni. Nak banyak-banyak tak mampu. Tak terkejar orang kata. Alhamdulillah, impian tahun 2012 banyak yang terlaksana. So, tahun ni diharap terlaksanalah kedua nya (^_^)..

*psstt.. pakcik stalker tu mesti tak penat nak cari cerita kami kan... hikhikhik..