Wednesday, January 25, 2012

Pemergian Beliau..

Alkisah.. 

Walaupun cerita ni dah basi, tapi aku ada suatu cerita d sebalik cerita basi ni.. Jom baca sikit :

Pada suatu malam, dalam pukul 8.30pm macam tu.. Hari Jumaat bersamaan 20hb January 2012, aku dan nana(housemate), bersam-sama menuju ke Klang untuk cuti 4 hari. Aku tompang dia untuk ke rumah kakak aku kat sana. Dalam perjalanan ke Shah Alam(makan-makan dulu), hehe.. kami terdengar alunan lagu ♫♪Dan hilang... Segala rupa yang telah ku bayang,Dan hilang... Segala rasa yang telah ku rasa, Dan hilang... Segala semua harapan ku, Dan hilang.... Cerita indah dalam tidurku♫♪ .. Okay, aku pon diam, then tanya Nana, " Ni lagu sape ek??" .. Sambil tu kerut-kerut dahi sebab dok pikir sapa la yang menyanyi lagu ni kan. Then, nak tunggu jawapan Nana, memang tunggu aku bertanduk la kot kan, Haaa.. Then aku and Nana pon dok main teka-teka.. Aku pon dok kata kat Nana " Alaaaaa.. aku tau nama dia ni, lupa la.. Apa ek.! Depan dia mula ngan huruf IZ tu kan.. Apa ek.. Ismail bukan, Ilham pon bukan.. haaaaaa Izrail ko kann.." .. HAHAHAHAH.. Kami pon gelak la bagai nak rak kan, sebab sakit kepala nak pikir sapa nama mamat yang nyanyi ni. Hurrmm.. Then, kami berdua dah malas nak pikir, sebab sakit kepala. Kami tunggu je lagu ni habis and tunggu DJ ni kata apa nama mamat ni, At last, DJ ni kata lagu yang disampaikan oleh IZWAN PILUS... "Haaaaaaaa... Kan betul aku kata, ada huruf IZ kat depan tu... HAHAHAHA.. IZRAIL pulakkk kan.. Hadoooi..." .. hehe.. Then kami pon bercerita la seperti dunia kami yang punya. Makan-makan tros balik ke rumah masing-masing. 

Sila Memahami

Okay, Dikala kebosanan, aku lebih suka mengadap menda yang menguji minda dari mengadap internet seperti menonton movie, dan juga bermain game. Sapa kata tengok movie tak mencabar minda?? Haaaa..... Cuba la tengok movie yang takde subtitle.! Mencabar minda tak??? Haaa.. lagi-lagi kalau bahasa dia tu tak slang dari pada mana tah.. MENCABAR dictionary aku  ni tau.. 


Ceritanya sekarang adalah, aku dah hurai kan yang aku lebih suka mengadap movie or game dikala kesepian (acecece).. so, segala FB, Twitter or Blog memang aku akan online kan. Sebab ape? Sebab suke hati aku la kan. Hahaha. Okay, makanya, kalau korang(kawan-kawan) yang FB Chat(especially) kat aku, then lamaaaa gila aku tak jawab, please la, understand me. Aku memang tak tengok FB tu and ikot suka hati aku la kalau aku ade mood ke takde mood ke nak balas or seangkatan dengannya. Makanya, kawan-kawan yang dihormati dan disegani, Toksah la nak sentap-sentap ke, nak marah-marah ke, nak merajok-merajok ke, nak maki-maki ke, nak kata sombong mambong ke, nak apa-apa je la kan. Ade aku kisah? Haaaa .. Aku akan kisah kalau family aku je yang message. Yang lain tu.. Kalau aku balas tandanya aku ada mood, kalau aku tak balas tandanya aku no mood. MUDAH kan?? 


Kenapa aku nak buat entry macam ni? Macam la aku ni ramai peminat kan? Haaaaa... Jawapannya, sebab ramai peminat la aku terpaksa buat entry ni, Aduuhh. Sila amik perhatian ye, kalau lepas ni nak sentap mantap bagai, aku tak layannnn la... Biar la nak kata apa, kisah sangat la aku kan. Bukan kawan tu tak penting, cuma, ada time yang kita taknak orang ganggu dan ada time yang kita nak berteman kan. So, dah memang salah time kau tu message aku, ha. Makanya, tiada nasib yang  baik la kau pada hari itu kannn.. Aku kan femess, penat layan peminat ni. Nak rehat jugerrr.. Auuww.. Okay la. Bye ye sentap mantap semua.. =)

Half Of Me ...

Selalunya orang Monday Blues kan.. But today kite buat Wednesday Blues la kan.. Haaaa.. Sungguh tidak bersemangat okay. Pagi-pagi aku dah mandi dek peluh, fuhhh~ Bas lambat nye la, punya la aku terkejar-kejar nak siap kan.. Almaklumla, dah cuti 4 hari, so tidur ku menjadi sedap la pulak kan. Then, pagi ni kena la paksa bangun awal untuk bersiap, aku dah bangun awal dah , cuma aku je buat keje lambat-lambat, sebab no mood for work. Ohhh.. Picture di atas menggambarkan Half Of Me For Today.. Hehhehe.. Another Half??

Happy Birthday Apak Yang Ke-62

Mak merupaka matermind malam ni diamana mak plan bersama anak-anak membuat suprise party untuk apak ku. Hehehe.. Tapi yang frustrated nye pabila aku tak dapat nak snap gambar di awal majlis kerana kamera buat hal. Huh. Nanges! Kalau tak boleh tengok muka apak yang agak terkejut bila kitorang keluarkan kek. hehehe.. Kami berkelah beramai-ramai di laman depn rumah, baru la feeling-feeling berada di tepi pantai, sebab dapat hirup angin luar. Heheh.. Okay, di atas merupakan kek yang sedap itu. Mengapa banyak nama?? Haaaa.. tu kiranya sekali harung la tuuu untuk bulan January punya kan. Tapi tentative malam 21/1/2012 ni adalah untuk menyambut ulangtahun kelahiran Apakku a.k.a Haji Jamilin. Ni yang ke 62 tahun tau. Muka apakku nampak muda je walaupun 62 tahun. Biase la kan... tengok la tumpah ke sapa... ehem! hehehe.. kek ni best tau, butterscotch nye perisa, makan compem tak ingat dunia punya. Hahahah.. Menu malam ni adalah seperti nasi ayam buatan tangan semua orang. Cuma resepi nasi ayam tu sahaja dibuat oleh abang ipar aku yang sulung. Heheheh. Marvellous!. 
Ni je yang tinggal. Sorry la tak sempat snap gambor yang mula disebabkan my camera buat hal last2 minit. Benci okay. Dah plan baiiik punya dah. Boleh pulak dia nak buat hal. Huh. Ni hasil ketamakan anak-anak serta cucu-cucu Jamilin melanyak kek yang sedap ini... hehehhe..

The Cucu's yang pelbagai character. Puiii... penin kepala maksu... =,='
Birthday boy malam tu.. heheh.. comel pula panggil boy kan. Heheheh .. The Atok yang senyum melihat pelbagai perangai cucu-cucu nya tuuu.. Layan kan je la kannn... Hehhe.. Okay la. Dari kami anak-anak dan The Cucu's , Semoga Apak sihat selalu, diberikan kehidupan yang bahagia dan diberkati dunia akhirat.. Amin.. 

Friday, January 20, 2012

Jodoh Ditentukan Tuhan Itu Indah (^_^)

Dia cute disertakan kurang tinggi... (people cute always rendah okay..like me..ehem)


Dia cute + cantik + manis + bijak dan molek-molek sajoo

Dan pabila mereka di gabungkan.. jadilah gabungan yang sungguh serasi, padan, sesuai, dan apa lagi yang seangkatan dengan nya lah!...

Semua dah tersedia maklum, jejaka melaya yang tidak kurang kacak nye ni (tipu.. dia tak kacak, cuma comel..hehe), telah melangsungkan pernikahan nya dengan gadis yang sunggguh menarik ini. Haaa... Waalupun Ally Iskandar sebelum ni pernah mencari cinta dan tidak kesampaian dan juga di uji dengan kisah pertunangan yang juga menuju jalan gagal, akhirnya .. pasangan yang dijodohkan oleh mak bapak ni juga yang diberkati. Tidak pernah bercinta, tidak pernah berdating berdua(tak tau betul ke tak, sebab diorang selalu kata diorang bawak family), tidak pernah mengenali hati budi masing-masing secara mendalam, dan tidak pernah menduga bahawa jodoh mereka akan dipertemukan sebegini rupa. Itu lah yang di nyatakan bahawa, Tuhan menentukan jodoh yang baik bagi orang yang baik juga. So, Ally! You got her!! 

Jarak usia 13 tahun tidak menjadi masalah kepada kedua comelness ini. Alaa, kalau pada aku pon, apekedehal nye la ngan angka tu kan. Bukan jauh nau pon. Lagi-lagi la Ally ni tak nampak pon dah 30an, tak jadi hal la. Hahahah. Go Farah!!! Go!! hahaha.. Aku suka gila tengok diorang nye muka, sebijik gila. Then yang menariknya pada aku, mereka bercinta after kawin.. Waaahhhh.. aku pon ada gak berangan nak macam tuh.. tapi tak tau la kan. Hehehhe.. Mesti lagi berbunga dan wow! la.. heheheh. Sebelum akhirkan ayat-ayat aku, moh kita lihat gambar akad nikah mereka(sumber dari Oh Bulan) pagi tadi yang dilangsungkan di Masjid Kristal Terengganu, dengan dua kali lafaz, Farah Lee officially menjadi hak milik kekal Ally Iskandar. TAHNIAH !!!!

Jiwa Terasa Kosong?


"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)

Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.

Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.

Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.

Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...

Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

Source: I Luv Islam

Tuesday, January 17, 2012

Alangkah Kejamnya

Aduh...hahahahah! Pagi-pagi nak drama kan. Hahaha. Cerita nya bermula bila, aku ni merupakan peminat game. haaa.. Mukadimah nye dah macam ni, mesti korang tak paham. Alaa, cerita nya adalah, aku nak bagi tahu, aku ni kalau takde keje nak  buat, aku lebih suka main game dari ngadap FB dan sebagainya. Tak kira la game apa pon, asalkan ia menguji kesabaran dan kekretifan aku. Haaaa.. begitu. hahaha. Okay, disebabkan aku ni pemain tegar game, so jari jemari merupakan aset penting bagi mengawal sesuatu game tersebut. Lebih-lebih lagi jari telunjuk sebelah kanan. Dipendekkan cerita, jari aku cedera!!!!! Tragis okay!


Monday, January 16, 2012

Dah Takde Kerja Kan..

Dunia sekaran ni dah makin maju. Semua perkara kita nak buat kan. Heheeh. Salah satu perkara yang majoriti orang nak buat adalah, meng'expose' kan kemahiran mereka di laman-laman internet ni. Terutama di Youtube. So, yang tak terbaru, video parody kesinambungan dari filem Ombak Rindu yang hangat diperkatakan satu masa dulu. Hehehe. Jom kita lihat salah satu babak yang hebat ini. Dipersembahkan!!!!  .... 

Ongbak Rindu!!

Sunday, January 15, 2012

Korang Dah Cuba Ni?

Chinese New Year nak dekat dah kan? Next week je pun. Cuti 4 hari!!!! Yeay!! hehe. Bukan nak cerita pasal cuti, just nak cerita pasal promotion Pizza Hut untuk Chinese New Year ni. Korang dah try???? Yang mana?? Yang ni laaaaaaaaaaaa



Nampak tak ke best nye tu! heheh... Korang dah cuba?? Belum??? 
BELUM????

Oppppssss... !!
Laaaa.. kenapa tak cuba lagi... Ish.. ish.. ish.. RUGI..! Hari ni cuti kan?? Cepat-cepat siap pergi makan Pizza Hut! Heheh.. Sebab apa tau.. Sebab nya.. SEDAP GILE!!! Serius! Tak tipu punya.. Meh cuba tengok bawah nii..

Terima Kasih Kepada Awak

Ohh.. Dunia aku menjadi terang seperti baru lahir ke dunia. Haahahahah (over). Okay la. Kan beberapa hari lepas aku bising pasal badan tak berapa sihat dek kerana mata pening. Punca nya sebab spek aku hilang, so mata aku takda support la. Seminggu merana kak ooiii ... Tak boleh hidup aku camtu. Disebabkan merana( kononnye), terpaksalah aku laju-laju buat spek baru... duit..duit...duit... parahh. Hehehe. Aku terpaksa survey banyak kedai dek kerana nak cari kedai yang boleh menyediakan spek aku dalam waktu yang singkat. Ini kerana, most of kedai spek kat Putrajaya ni amik masa seminggu nak siap! Mati aku kan. Hahah. Then, last-last minute aku jumpa satu kedai ni, harga spek standard semua kedai putrajaya, and apa yang aku consider adalah, dia boleh ikot permintaan aku, siapkan A.S.A.P .. asap tak asap mana la kan, Rabu malam buat, Jumaat amik. Okay la tu dari seminggu kena tunggu. Ni kerana, aku nya lens special sikit, hehehe.. that's why aku perlukan spek ni bila ada waktu yang getir tu.ahahah. Mata special la katakannn. Hurm. So, dengan bangga nya.. meh aku tunjuk spek yang gabak ni kat korang!


Wednesday, January 11, 2012

Penangan Skrin Komputer

Okay. Now aku punya kesihatan kurang memberangsangkan. Hahaha. Aduuuh. Badan lemah plus mata pening! Bila di belek-belek ni, demam aku ni macam disebabkan oleh mata aku yang dah lama tak emakai spek mata. Mana spek mata aku?? HILANG okay! Marah betul la sapa yang hilangkan tu. So, sekarang aku mendapat sakit kepala yang kerap dan demam tib-tiba. Pergi jumpa doktor, dia kata tak demam. Aishh.. doktor ... saya betul sakit kepala and demam  laa.. sila lah percaya. Then dalam cakap aku okay takde apa-apa tu, dia tetap bagi obat sama aku. Hahaha. aduuh. Bila nak minta MC dia tak kasi. Katanya okay tuu.. boleh pergi kerja . hahaha.. 
Ni la ubat yang doktor bagi kat aku. Fuhh..nasib semua sedap. Haaaa.. Gara-gara mata aku, badan aku jadi tak sihat. Dah pergi Alamanda semalam check mata, keputusan nya?? Memang power aku naik. Sekian terima kasih. Makin aku biarkan mata ni, makin teruk pula jadinya nanti, aduuhh. nak pikir bajet buat spek lagiiiiii ... PINJAM DUITTTT!!! heheheh.. I miss my old spek mata. Hahhaaha..

Saturday, January 7, 2012

Terbaikk!

Biar gambar berkata-kata...

Kalau Dah Fofular Part 2

Ini lagi satu yang tak boleh diterima. Hahahaha ... Korang tengok sendiri la!
P?????????? Itu je membuatkan orang ramai yang komen dan like? HAhahaha... Nasib baik kau ni Aaron Aziz tau! hahaha.. 

Tanda-Tanda Penyakit



MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

  • Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
  • Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
  • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

Kalau Dah Fofular..

Say Hi pon dah ramai yang minat.. Tak percaya? Meh tengok sini:
Percaya apa yang aku sampaikan? Haaaa.. See! Dia tulis Hi takde apa-apa tanya penutup ayat pon ramai yang like dan komen. Untungg la jadi orang terkenal ni kan. Hahahahaha.. Korang mampu? Mesti la tak kannn. Aku? Lagiii laaaa ... =_='

p/s: post yang tiada motif..haha

Bintang Kegemaran

Selamat Malam semua, meh aku nak share sikit lagu-lagu bintang kesyangan aku sorang ni. David Cook! .. Bukan tukang masak ataupun adik beradik tukang masak, beliau merupakan bintang kelahiran American Idol. Kenapa aku suka gila dengan lagu dia? Sebab nya, aku sungguh suka ngan manusia yang bersuara serak basah seperti dia ni. Serius! Pada aku siapa ada suara serak basah ni adalah seorang yang SEKSI! Uuuuuu... Majoriti lagu yang dia nyanyikan, aku suka giler! Jarang yang tak suka. Sebab suara dia, nyanyi macam mana pon, tetappp bunyi romantik! hahaha.. Dah. Dah. Jum layan lagu David Cook Hemsem!






Friday, January 6, 2012

Sedap Gile Mamat Ni Nyanyi!


Amacam?? Hahahaha... Rasa sesak nafas tak korang?? Rasa tak?? Hahahaha...!!! Aku siap rasa mcam nak putus nyawa dengar dia nyanyi!! Hahahahaha.... Good medicine petang-petang jumaat ni. Hahahaha....

Apa Yang Ingin Dicapai Sepanjang 2012?

Ini merupakan serba sedikit apa yang ingin diidamkan oleh aku sepanjang 2012. Insyaallah. Kalau ada usaha, tentu ada hasil nya. Ye kan? Jum lihat antara apa yang aku ingin kan sepanjang perjalanan 2012 ni:


Wednesday, January 4, 2012

Ubat Bosan Korang

Dah petang-petang ni, sura korang ngantuk kan? Lagi-lagi bila kerja korang semua dah siap. Apa mahu buat? Nak balik? Tak boleh..nanti bos potong gaji. Nak makan? Tak boleh.. nanti gemuk. Nak tidur? Tak boleh.. nanti Bos pelangkung kepala. Habes! Nak apa?? Meh ikot aku menghayati lagu-lagu ni bagi membuatkan korang menyegarkan mata mengikut rentak rancak mereka ni. Hehehe. Jum Semua!



Kadang-Kadang Orang Pandai Pon Ada Bodohnya

Sejak menjak ni, banyak cerita kontroversi yang terpampang di dada akhbar dan laman sosial dan sebagainya. Memandangkan persekolahan baru nak bermula, maka setiap orang hanya mementingkan cerita yang berkaitan pelajaran dan kejayaan anak-anak mereka. Salah satu fobia untuk ibu bapa ini adalah untuk memastikan anak-anak tidak mendapat keputusan semua A di dalam setiap peperiksaan kerana khuatir menjadi seperti Nur Amalina. Hahahahaah!!
Aku baru tahu cerita pasal Nur Amalina ni semalam. Korang tahu siapa Nur Amalina ni? Haaa.. Jom imbas kembali. Nur Amalina merupakan pelajar cemerlang SPM 2007 dulu. Korang tengok gambar di atas, mesti korang ingat kan yang mana? Sebab ini gambar yang membuatkan aku teringat budak ni dulu time dia dapat 17A dalam SPM. Haaa.. Sapa yang tak ingat, suka hati korang la. Hehe. Sekarang dia masih melanjutkan pelajaran nya di salah sebuat universiti di United Kingdom dalam course medic (kenapa medic je yang pandai?)haha..dan di sponsor penuh oleh Bank Negara (kau mampu??). Okay, Kan sekarang hebooh menceritakan tentang budak ni mempamerkan diri dengan imej yang berbeza dari dulu. Dalam erti kata lain, tudung dia dah terbang ke dalam laut. Cuba lihat gambar di bawah:

Tuesday, January 3, 2012

Yeay!! Yeay!!!

Esok dah masukk sekolah! Yeay !! Yeay!! Sapa yang sekolah esok? Angkat tangan...! Hahaha.. Bila nampak keseronokan budak-budak sekarang ni membeli belah untuk masuk ke sekolah, aku teringat zaman sekolah dulu, heheh .. Bila first time masuk tadika, aku masih ingat bila aku menangis dalam kelas. Hahaha. Siap sapu hingus dan air mata dengan sapu tangan. Mak aku dah sediakan awal-awal sapu tangan untuk kegunaan aku. Hahaha. Serius aku sedih time mak pak aku tinggalkan aku kat tadika tu. Mana aku kenal orang lain ooii. Yang penting, aku tak la kejar mak pak aku time diorang pergi tu, tu yang aku duduk diam kat tempat sediri sambil esak-esak nangis tutup mulut ngan sapu tangan. So, takde la dengar sangat suara aku tu melainkan teman sebelah aku perasan. Hahaha. Anak bongsu kan, kena la mengada sikit! 


So, itu lah pengalam pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah kan. Kenal ngan kawan-kawan, yelaaa.. Sebab sebelum ni main masak-masak ngan jiran-jiran jek, jiran-jiran tu la kawan-kawan aku, jiran-jiran tu la juga bagaikan adik beradik aku, jiran-jiran tu juga la pasukan nakal aku. Hahaha. Serius rindu zaman kanak-kanak kan, macam tak mahu dah dewasa macam sekarang ni, aku lagi suka main-main kat umah jiran, pergi lari sana, lari sini, main masak-masak, main kawin-kawin(ada peranan mak, pak, anak),haaa... Korang pon sama kan? Tipu la kalau tak kan.


Esok bermulalah sesi baru 2012 untuk semua yang masih bersekolah..


Siapa yang baru pertama kali masuk ke sekolah,
SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG MENYERONOKKAN DI ALAM PERMULAAN PERSEKOLAHAN YE ADIK-ADIK SEMUA, 

kepada sesiapa yang masuk ke tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5, 
SELAMAT BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MENCAPAI KEPUTUSAN YANG MAKSIMUM, 

dan kepada semua.. 
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!!

Mereka Pon Nak Christmas

Walaupun hati tengah panas dek kerana ada manusia yang sangat menyusahkan ni, aku dengan berbaik hati ingin meletakkan entry baru iaitu berkenaan dengan si dia yang cute ni. Heheheh.. Sambutan Christmas baru-baru ni disambut meriah oleh mereka yang cute ni. Yelaaa, semua nak sambut Christmas kan.. Jum lihat keghairahan mereka!!!

Kemalasan

Really bad day. Hahahaah.. 
  • Rasa nak demam
  • Masuk-masuk dah ada task atas meja (spinning words)
  • Menggunakan fokus yang tinggi untuk memahami isi kandungan surat
  • Lupa bawa shawl nak tampung kesejukan office
  • L.A.P.A.R
Arrrggghhhh! ... Ngantuk okay, nak buat apa pon tak ada mood dah sekarang ni. Ni punca kepenatan dan kecutian baru-baru ni la. Penat tu dia bawa ke hari ni. Kan tak best tu. Semalam kenapa tak nak demam wey? HahahhahahaDDDuuuiii.. Korang pula macamana? Ada mood tak kerja hari ni?  Sesiapa yang dah kerja semalam, kira okay la kan boleh adapt hari ni. Hahahaha... Aku pon dah tepu otak nak bercerita memandangkan surat yang aku kena buat untuk bos aku ni lagi meruntum jiwa lara aku. Hahaha..  Okayla.. Aku nak review semula semua yang berpusing-pusing ni. Okay yeee.. ketemu lagi semua.

Monday, January 2, 2012

Berlari Ke Melaka

Hohoho.. Best nyoo lah. Tak pernah pergi Melaka, ni first time tau. Haaa.. So bad kan. Hahahaha. Tapi tak pergi banyak tempat, cuma biasa-biasa je. Maybe akan datang aku akan pergi lagi, sebab masa tak cukup  nak berjalan disebabkan kekangan waktu. hahahaha. Ayat tunggang langgang. Banyak betul aktiviti yang dijalankan di Melaka ni, lagi-lagi yang dekat dengan A-Famosa tu kan. Penuh orang yang datang. Macama-macam jenis ade. hehehe.. Meh je la tgk gambo.  Aku tak amik byk pon. Itu je yang mampu.