Friday, December 21, 2012

Pregnant?

Alkisah..
Sejak dua menjak ni, aku kerap mimpi aku mengandung..
Apa maknanya?

Tengahari tadi time lunch, aku pon luahkan lah cerita aku pada kawan tempat kerja aku. Aku cita la aku mimpi pregnant. Minggu lepas pon aku mimpi gak. Tapi dah lupa cerita minggu lepas macam mana. Tapi malam tadi punya aku ingat la mimpinya. Aku mimpi, aku pregnant, tup-tup doktor dah cakap, aku lagi 2 minggu due. Hahah. Tapi aku tengok perut aku, tak boncet pon. Adulahai mainan mimpi ni. Kadang-kadang kalau tak logik tu, tak logik sungguh. 

So, kawan-kawan aku kata, kalau mimpi baik, alamat nya kurang baik. Aku pon macam, tak nak fikir la. Sebab takot negatif kan. Tapi hati tak tenang, teringat-ringat mimpi tu. Aku  pon dengan selamba nya mencari di Google. 

Mimpi Mengandung/Mimpi Hamil

cari punya cari, aku baca laa.. most of the tafsir kata, alamat yang baik.. Alhamdulillah la kalau  macam tu. At least buat aku rasa lega kan. Banyak yang ditafsir seperti ada yang kata:
  • Nak dapat duit/harta
  • Tambah rezeki
  • Hasrat termakbul
  • Akan kawin masa terdekat
  • Orang terdekat akan mengandung
Wallahualam. Aku tak percaya pon menda-menda tafsir ni, tapi sifat manusia yang ingin tahu macam aku ni. Aku tetap cari bagi merungkai kegelisahan aku. Hahahaha.. Tapi kalau tafsir ni betul, ALHAMDULILLAH!! .. hahaha.. 

Korang ada gak tak alami mimpi macam aku ni? hehe.. So, tak payah nak risau sangat laaaaa. Aku ni kan memang kalut. Serba tak kena kalau sesuatu persoalan tu tak terjawab. Nak sedapkan hati, tu yang cari kat google. But, nak lagi sedapkan hati, bangun tidur dari mimpi tu, baca la ayat Kursi dan selawat ke atas Nabi supaya bagi kita tenang sikit kann. 

*agaknya aku tidur dalam keadaan penat sangat kot semalam, tu mimpi ngarut-ngarut tu =p 

Istanbul Aku Datang

Yes.. Cerita ni dah lama, aku tahu tu. Hehe. Tapi aku bukan nak cerita pasal lama ke baru ke apa ke. Aku saja nak review filem ni, review yang agak kelakar bagi aku. 

Okay, macam  ni.. Aku tengok filem ni dekat wayang okay! Keluar baru beberapa hari, weekend tu terus tengok. 100% sweet and delicious. Paling sweet adalah tentu-tentu sekali si Lisa dan Beto kan. Tomok? Penambah perisa cerita ni je. hahaha. 

so, aku just nak share apa yang aku nampak kat filem ni. Setiap filem mesti ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan buat apa nak cerita kannn. So aku nak cerita tentang kekurangan yang tak berapa kurang laa, but mata aku cepat je tangkap ralat yang berlaku di dalam filem ni. Bahasa melayu dia adalah, konti lari.
Ni time Lisa tengah kemas bilik Tomok. Nampak dia kemas baju biru Tomok tu? Kiranya dia pergi basuh baju Tomok la kan..
Tup-tup, Tomok balik, Tomok dah sedia memakai baju tu time pergi kuliah.. Banyakk betul Tomok beli baju biru tu kan.. Maybe buy 1 free 1. Hahaha...
 Ni time nak basuh rambut Lisa. Pakai towel biru...
Tup-tup sampai kat rambut, dia terus jadi towel hitam.. Maybe basah sangat kot tu kannnnn =p
Eh? Boleh bertukar kaler balik jadi biru .. auuww..magik. Hehehe. Rambut dah kering agaknye kan.. =)

Okay laa, sajaa je nak tunjuk. Memang dalam setiap filem, tak semua perfect kan. Setakat mistake satu dua tu, biasa la. But, walaupun aku nampak kekurangan nya. Aku tetap tengok filem ni hari-hari selepas aku balik kerja. WAJIB. Sebab tak tertahan jiwa ni tengok kecomelan Lisa dan ke'sweet'an Beto. Tomok pon okayyyy.. cuma kadang-kadang tak kena karekter dengan dia. 

Sebelum menutup bicaraa.. ewah2..

Meh layan gambar hi-res dari Istanbul Aku Datang 
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Bye =)

Maria Elena Zarul

Hai semua..!! Salam Jumaat..
So, macam mana hari ni? Bosan? Haaaaa.. kalau bosan.. jom layan gambar nak? 
Siapa kenal  tagline ni.. " Assalamualaikum.. Kalau tak jawab dosa.. kalau jawab sayangg " 
Haaa, mesti ramai yang tahu kan. So, meh aku kenalkan orang nya.. Maria Elina Zarul
The best blogger ever. Blogger/Vlogger yang aku suke gile sebab perangai gile dia. Hahaha. 
Korang pernah layan Vlog dia? Meh layan kat page Maria Elena ni. 

Okey, dah kenal? So meh aku nak share pulak gambar perkahwinan dia yang berlangsung baru-baru ni. Cute gila dan gila-gila. hahaha. creadit to Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography, CST Breed, Maria Elena Is Great Helen & Project 2pi. 





Okey.. dah. Kalau korang nak tengok lebih-lebih, korang pergilah tengok sendiri kat page yang aku tagged kat atas tu yee. Haha. Karang terover pulak aku letak kan. 

Alkisah disebalik kisah diorang ni.. antara aku dan Encik Sepet. Hehe.

Aku memang dah lama suka Maria ni, so memang aku follow dia since last year. Last-last aku pon jebakkan sekali Encik Sepet untuk meminatinya. Dimana pabila aku tengok video pre-wedding diorang.. terus aku show pada Encik Sepet! Nah!
Then, respon Encik Sepet adalah, "perangai sebijik macam awak" . Hahaha. Bab phone and cloth tu laa, memang 100% me! haha, makanya, dari situ .. bermulalah minat Encik Sepet terhadap Maria Elena ni. Sebab he said me looks like her. aauuwwww.. awak sweet la Encik Sepet. Hahah. Padahal dia cakap perangai samaaaa. Asal keluar je tanya "baju ok tak?" "cute tak?" "cantik tak?" "kalau tak okay nak p tukar ni.. =p "... then dia say "okay..dah cute dah.. "hahahah... then mostly happend in my life is.. phone aku misplace  hahaha. situation seperti didalam video. Cute tak aku? =_= " Korang tengok video korang nampak laaa, itu lah aku. Kelam-kabut, pastu yang kena nya si dia la. hehehe. Alaa, bukan selalu kaaaaaannnnn *sambil kenyit-kenyit mata =p

Okay, now meh tengok video wedding diorang pulak.. 

Sooooo sweet kan *sambil lap air mata jatuh..tsk tsk tsk.. =') tersentuh hati beta menontonnya walaupun dah tengok banyak kali. OOshemmm... 0_0.

Itu sahaja lah untuk di share. Walaupun ada yang dah tengok,,,, ada saya kisah? =p 

Janji aku update kat sini untuk share kat semua kan..... (^_^)

Hari Pelangi

Hari ni, hari yang berpelangi indah. Sebab apa? Sebab, aku takda kerja nak dibuat, sebab hari n i meeting pagi sampai petang, so melangukkkkk membesarkan bontot. SYABAS!

So, dalam takda kerja tu, aku isi la masa lapang aku dengan melukis. Seperti biasa la kan.... Aku pon dah lama tak tukar header timeline aku, so aku pon gedikla buat sesuatu yang pelangi, walaupun tak cantik di mata tapi terang dihati. Hahahaha..
Nampak??Hahaha. Terang di hati tak?? Kalau tak terang tuuu, tunggu 3 kali Jumaat je la kan. =p

Before tu, aku ada post kat FB, Pelangi jugak haaaa... pelangi pastel gituu..
Okay, now nampak hari berpelangi aku? Hari Jumaat penghulu segala hari (^_^)

Wednesday, December 19, 2012

Dah Nak Habis

Haaaaa, dah nak habis tahun dah kan. Kejap je rasa nya. Tup tup... Dah 19hb dah hari ni. Cepat kan masa berlalu.? Tapi aku memang nak cepatkan habis tahun ni, sebab aku rasa, tahun ni tak berapa nak best pada aku. Banyak sangat dugaan dan cabaran yang aku kena hadapi sorang-sorang.

2012
Tahun yang paling banyak duka nya untuk diri sendiri. Tapi bahagianya pon ada, bukan tiada. Maksud aku, 2012 ni aku berdukaaa sangat dengan nasib aku yang kerja tak tentu hala lagi ni. Kerja banyak tempat dah, gaji macam tu juga. Sampai bila nak jadi macam ni? 

Muka aku happy je hari-hari, tapi dalam hati, Tuhan je tahu kan. Heheh. Kadang-kadang tu, aku sendiri penat dengan kehidupan, tapi tak baik cakap macam tu, sebab dunia ni la cabaran.. aku nak taknak kena hadapi kan. Sebab Allah takkan kasi dugaan yang kita tak mampu tanggung, DIA akan kasi kita dugaan yang DIA tahu kita mampu tanggung. 

Tapi tu la, dah namanya manusia, kadang-kadang lupa. Tetap juga akan rasa down bila dugaan datang, sebab terlalu banyak sangat tanggung dugaan kan. Kadang-kadang tak larat dah. Tapi kena la juga letakkan positif tu dekat kepala, kalau tak, memang susah laaaa nak move forward. 

So, I wish, next year will be my lucky year and also Encik Sepet.!! I hope I hope I hope!!*nada lisa surihani* hehehe

Monday, December 10, 2012

Malam Yang Hujan

Malam ni hujan..Sekali dengan aku pon hujan juga. Jam nak masuk pukul 12 malam.. tapi aku masih mengadap laptop. Hari ni sangat penat. Dengan dugaan office yang banyak nya, then boleh pula bersambung dugaan lain. Allahuakbar.. Tabahkan lah hati ini. Positifkan la diri aku ni. Aku cukup penat nak mengadap semua menda dalam satu masa. Tempahan bunting untuk wedding pon tak siap-siap lagi, malam ni photoshop buat hal. And now la fikiran aku tengah tak menentu. Tuhan je mampu tolong aku. 

Bila aku sorang-sorang macam ni, terdetik sangat rasa hati. Terfikir juga, banyak sangat dugaan dapat kat aku hari ini. Aku boleh lagi tersenyum. Aku balas dengan senyuman, aku mengalah walaupun tak salah, aku terima walaupun sakit.. (^_^)

Tapi tu la, manusia.. perempuan pula tu, Tuhan memang jadikan hati perempuan ni lembut.. Nak taknak hujan juga la aku.. fikiran blank, design tak jalan, apa pon tak setel. Aku mampu berdoa je la design aku ni boleh siap, kerja aku boleh setel. Tak kisah la apa dugaan pon datang. Aku memang biasa di layan seperti ini. Itu menjadi lumrah dalam hidup aku dah rasanya. 

Muhasabah diri. Itu jalan yang terbaik. Biarkan la orang nak marah aku ke, nak salahkan aku ke, nak cakap apa kat aku ke, hidup aku sekarang hanya ada senyuman je. Kalau rasa aku tak sempurna, fikirlah buat kali kedua. =) .. Good night.

Monday, November 26, 2012

Dimalukan Seantaro Dunio

Fuuh. Aku ni nak kata memilih kerja, takda la sangat. Sebab tak memilihla aku sanggup kontrak kan diri aku kan. Hehhe. But, aku selalu fikir, kenapa aku selalu diberi dugaan yang agak menduga sifat amarah aku and kesabaran aku. 

Kisah kakak yang tak berapa jelas tahap kesempurnaan akal nya tu masih membuat perangai. Today.. dia boleh menjerit bagai gila kat dalam office tu. Punca utama, kami yang kontrak ni, tak pergi ke tempat diorang untuk menjawab telefon. Punya la dia bising canang kuat-kuat kata geram dengan perangai kami, kenapa kami tak nak buat kerja, sebab kan kami dia kena marah dengan customer. 

For you guys information la kan, kakak ni memang perangai sikit. Kalau dia kena marah, dia akan datang kat kami, then tunjuk kami punca dia kena marah. Dem je kan. Hahaha. Kami sabar lagi. Then bila dia datang lewat ke pejabat, kerja dia bos akan kasi pada kami. Then bila dia sampai, laju-laju datang kat kami yang  buat kerja ni and dengan selambernye dia sound " ko potostat depan belakang tak? kang aku yang kene tiaw kang!" derrrr, kerja aku.. aku tau la nak buat cmne. Aku dapat arahan yang jelas. Bukan macam arahan ko, 100% tak valid. 

Bayangkan la korang, hari-hari dia tinggi suara. Apa korang rasa? Macam haram kan. Siap jerit-jerit sampai department lain pon boleh dengar sebutir-sebutir dia cakap. Dia ni pandai buat muka suci, so orang lain akan percaya cakap dia kalau dia mengadu kami tak buat kerja. Puii.

Seriously macam budak sekolah. Macam mana la dia didik anak dia kan? Macam mana la husband dia boleh hadap perangai dia kan? Maybe dia berlakon je kat dunia ni kan. Tapi depan kami, dia memang menunjukkan belang sebenar. Dah nampak seperti perempuan meroyan dah bila dia jerit-jerit tu. Seriously macam budak-budak. 

And now, seriously tahap kesabaran kami dah over-limit, tunggu time nak meletup je. and for sure dia akan mengadu pada bos besar tentang hal kami ni. Ada kami kisah? Sebab ko gak yang akan terkena bila ko mengadu nanti. Tuhan maha adil. Yang penting, mulut ko longkang, hati ko busuk, perangai ko biadap. Itu ringkasan aku terhadap pembawakan diri ko. So cute right?? Soooo cute (^_^)

#sabar mimi =)

Wednesday, November 21, 2012

Kisah Seorang Kakak

Hei hei hei! Selamat Petang! hehehe..
Apa korang tengah buat tu? Mesti tengah korek idong kann.. =)
Today nak cerita kisah seorang kakak yang kapkumkappp. (#_#)

Takde nak cerita apa sangat pon, cuma nak share kat korang, betapa tak best nya kerja sebagai kontrak di tempat aku. Tempat aku okey. Bukan tempat orang lain. Sangat tak best. Kerja kat tempat aku tu best. Cuma kerja dekat department aku tu yang tak best. Haaa, nampak aku dah pecah-pecahkan? hahah.

Alkisah, aku dan kawan aku lagi sorang, adalah pekerja kontrak. Kami dilayan okay oleh ramai pihak. Tapi ada yang layan kami tak berapa okay. Tak ramai la, just few of them la kan. Aku mula-mula mampu la layankan sahaja, bila orang suruh buat ni, aku buat, bila orang suruh buat tu, aku buat, bila tak suruh pon aku buat. Then, makin lama makin lemak. Aku sah-sah la berlemak. Ni aku cakap pasal hamba Allah sorang ni. Previous post aku pernah cerita pasala sorang hamba Allah ni yang suruh kita buat OT, tapi esoknya kami dengar ada orang cakap pasal kami. Haaaa, hamba Allah ni lagi la. 

Aku and kawan aku duduk bersabar je dengan dia ni. Sabar sangat. Berlipat kali ganda sabar. Sebab nya, dia makin berlemak-lemak. Makin suka tinggi suara dengan kami. Makin suka cakap pedas dekat kami. Makin suka perintah-perintah. Kalah gred 41. 

Paling worst adalah, dari minggu lepas lagi dia ni menyusahkan kami. Jiwa dan raga. Kami walaupun dikerah macam tu, kami tetap senyum dan bahagia. Tapi, dia langsung tak boleh tengok kami bahagia. Adalah yang datang kat kami tinggi0tinggi suara kata 'KORANG  BUAT KERJA APA?" " KALAU TAKDA KERJA, DATANG LA DEKAT DEPAN TU, TANYA ADA KERJA KE TAK, ITU PON NAK BAGITAHU KE??!" ,, derrrrr, kami baru take five okey. Baru nak menatap internet. Time tu la dia tembak. Halaaahai kak. Kami ni bukan nya robot. Yang mampu hadap kerja setiap minit tanpa henti. 

Lagipun, aku pernah di ajar, kalau ada kerja tu, buat, tapi tak payah laaaa gopoh sangat, take rest, cari angin sikit, amik angin yang damai, then baru sambung. Barulah kerja yang dibuat berkualiti. Bukannya, siap kerja satu, then sambung kerja 2, then sambung lagi. Kalau macam tu, memang korang tak bagus la. Tu yang perangai kadang-kadang macam orang tak belajar etika. 

Tapi yang bagusnya, jenis kakak ni, dia sukaaaa mengadu kat orang pasal kami. Bebel-bebel, sampai department lain pon dengar. Patutla, ramaiii je dari department lain datang kat kami, kata 'haii, takda kerja kee", "eh, tengah buat kerja laaaaa dia ni" , " ooo, bagus lah buat kerja, barulah tak dapat duit haram" .. Demmmm.. 

Aku sabar lagi ni. Esok aku tengok ada lagi kakak ni nak bising-bising, aku pangkah dia. 1001 pertolongan kami buat untuk dia, 1001 aduan yang dia cerita kat orang. Great attitude to be followed. 

Satu yang aku belajar hari ni:
HORMAT ORANG LAIN KALAU NAK ORANG LAIN HORMAT KITA..

So, conclusion, kakak tu tak perlu di hormat sebab dia dari awal tak pernah hormat kami. Rasanay gred sama ja, tapi gaya lebih! (^_^).. 

Tuesday, November 20, 2012

Fikir Sejenak


Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke
tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita
bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir
tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati
pemutaran filem di panggung wayang.

Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika
berdoa atau sembahyang, tapi betapa
mudahnya mencari bahan percakapan bila
bertemu teman-teman.

Betapa happynya bila menonton bola sepak
yang agak lama, tapi betapa bosannya bila
imam solat jika terlalu lama bacaannya.

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,
tapi novel best-seller 100 halaman pun habis
dilalap.

Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila
menonton konsert atau pertandingan bola
sepak, dan berebut cari saf paling belakang
bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Susahnya orang mengajak untuk berdakwah,
tapi mudahnya orang menyebar gossip.

Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat
Khabar, tapi kita sering mempersoalkan apa
yang dikatakan Al-Quran.

Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus
beriman, berfikir, berbicara atau pun
melakukan apa-apa.

Kita boleh post ribuan lawak tapi bila post
yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir 2X.

Kredit to: Admin-amRF
*ingatan untuk diri aku dan juga semua=)

Friday, November 16, 2012

Ehhh.. Tukar Lagi!

Dahhhh..tukar lagi! Aku ni memang tak setia kan dengan header aku? Hahah. Cute tak?? Saje nak menunjuk. Heheh.

Pembuatan hanya dalam 1 jam sahaja. Bagus mood aku ni. I like!! Ini lah guna nya kalau kita fokus dalam melakukakn kerja. Tapi aku tau, korang mesti kata 'takda la kebabom sangat kan. Hahha.. Tapi takpela, asal aku puas hati okey laaaaa.. (^_^)..

Selamta menjamu mata dengan pink dan green. *dah jadi favorite color la pulak dahhhhh =_=..

Bulan Penuh Kelaparan

Sesiapa diantara korang yang sejak menjak ni, perut asyik lapar, mata nampak makanan, kepala nampak makanan, hidung bau makanan,kaki nak melangkah tempat makanan, tangan nak masukkan makanan dalam mulut, telinga dengar tempat jual makanan yang sedap, MAKANAN JEEEEEEE =_='.

Bad kan. Apara. Heheheh. Itu yang berlaku pada aku sebulan dua ni. Badan boleh naik dengan mendadak nye hanya dalam sebulan! Nak turun tu mak aiiiii.. berbulan2 baru turun kan! Marah betul. Hahaha. 
Marah kan? Hahahha.. Tapi sejak ada Felinna InchLoss ni, aku kurang rasa takot la kann, sebab setiap kali pakai, setiap kali tu hilang inci! Hahahahaha.. CUma perlu bersabar la kalau nak dapat hasil kann, sama la macam, kalau nak makan nasik, kena la sabar . Basuh beras dulu, masak, baruuu boleh makan. Haaa. Ada kena mengena tak dengan teori sabar aku tu? Hahahah.. 

Disebabkan bulan ni bulan penuh kelemakan dan legemukan, aku haruslah berusaha untuk kurus semula! Untuk dapat kan hasil yang cantik dan menggoda. Miaawwww...

Thursday, November 15, 2012

FELINNA INCH LOSS

Sticky Post
* scroll bawah untuk entry baru

Hey Guys!!!
Aku  nak promote sikit ni!! Produk yang aku guna 2 3 hari ni.!! Best! 
Product apa??
Meh tengok bawah (^_^)

Haaaaaaaa... FELINNA INCHLOSS!!
Apa kelebihan Felinna Inchloss ni??

Ini huraian dari aku tau:
Aku dah pakai nye baru lagi, Sebab apa aku pakai? Sebab kes GEMUK ni la kan.. hahaha.. So, aku pakai dengan rakusnya bila Inch Loss dah ada di tangan! . Rakus tak? Aku before ni ada baca-baca testimoni, and kelebihan inch loss ni tau. Aku macam.... errmm.. betul ke? PAkai krim boleh kurus ke?? Hurm.. Tapi bila aku pakai!!! Aku hilang 2cm lilitan lengan dalam satu hari!!! Wehhhh... Bangga dengan diri sendiri (^_^).

Apa aku rasa time pakai Inch Loss ni?
  • Wangi (first time sapu dia ada bau angin-angin sikit, tapi magic! dalam beberapa minit, bau tu jadi wangi macam lotion wangi yang jual kat luar tu..
  • First time pakai je, dah rasa kehebatan! .. Time sapu tu, risau gak tak jadi apa, tapi ... Alhamdulillah, panas je rasa tempat sapu tu. Sapa yang pernah pakai lotion kurus lain sebelum ni, dia akan tahu betapa Felinna Inch Loss ni meresap ke dalam dan terus bertindak dengan rakusnya di dalam lemak-lemak kita. Aku dapat merasainya (^_^), sangat berbeza tindak balas dia berbanding lotion lain..
  • Picit sikit sahaja, mampu gunakan untuk satu badan =)
  • Yang penting, nampak kesan yang cepat selepas sapu! MAGIC! MAGIC! MAGIC!
Okey, aku dah kasi perasaan aku time pakai lotion ni kan.. So, kalau korang nak merasai MAGIC dia, apa lagi!!!! Meh beli kat aku!! Harga adalah sama seluruh Malaysia ye.. 

RM 75.00 Semenanjung
RM 80.00 Sabah/Sarawak
180ml/botol
Okey, dah habis celoteh dari aku, ni adalah celoteh copy paste. hehe.. sila baca ye.. =)


RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!

1) Lotion ni sangat wangi dan xterlalu panas dan xberbau seperti minyak angin, dia dingin dan mesra pengguna. malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja (so xdakla org cakap..ko sakit perut eh? Bau minyak angin jek)

2) Hanya sekali sapuan anda bole lihat perbezaan inch anda (pastikan ukur sebelum guna ya). Mudah nak apply kat mana2 bahagian kita xpuas hati, ade customer sapu kat pipi dia yg bolat!

3) Inchloss diformulasi dari bahan2 semulajadi yg selamat utk wanita hamil,menyusu atau gastrik..Ianya selamat bagi wanita hamil kerana rumusan nya xda sebarang chemical..kecuali! Jangan lah sapu kat perut tu nak bagi kurus pulak... 

4) Kita bole mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yg kurus sekadar nak buang lemak2 sikit2 tu pon bole cuba..pasti puas hati!

5) Yang pasti dengan inchloss dah hantar utk dibacakan 30juzuk alquran di mahad tahfiz bukit mertajam penang... Semoga lebih dirahmati..agaknya sbb tu 1 hari pakai da nmpk kesannye. (Jd jangan langkah ya)

6) Felinna (owner product) mencuba sendiri dan rasakan result yg fantastic! Bombastic! Dan yg pasti xnampak plastik hnya dalam masa sebulan 5KG TURUN uoll! Over x? Haha 



Pengasas Felinna Incloss lost 5kg daalam sebulan tau!!!!



Okey, dah puas buat entry panjang-panjang! Korang kalau nak beli, jangan malu-malu bagitahu aku. Kalau tak percaya kehebatan Inc Loss ni. Korang try la cari testimoni ramai lagi pengguna di luar sana termasuk aku (^_^). Yang penting, lotion ni akan menjadi lotion wajib bagi setiap orang yang nak buang lemak-lemak degil .. hehehe.. Love.love.love. 

PM aku kalau nak lotion ni ye.. atau pergi PM kat FB aku :https://www.facebook.com/ElMie15
Atau no tel aku : 013 294 5264 .. Have a nice weekend ya!!! (^_^)

Wednesday, November 14, 2012

Masih Meniaga

Hai selamat petang! Dah kenyang? Errgghhhkkk...~ Okey, now aku nak cerita sikit. Bukan cerita laaa, just nak bagitahu. Sebab ada yang bertanya, " Sis masih menjual vitamin C lagi ke??" . 

Haaa, meh aku nak bagitahu. Aku masih menjual vitamin C dan produk terbaru ni , Felinna Inch-loose. Jangan malu jangan segan nak tanya aku dekat Facebook aku or message je aku dekat nombor 013-2945264. aku sentiasa ada membantu korang (^_^). Kedai Aneka MIJA pon masih beroperasi. Beg-beg yang dijual masih ada yang available. Cuma aku agak busy nak manage page tu. Sebab tu kadang kala aku post di main Fb aku je. 

So, sesiapa yang nak beli vitamin C 
500mg = RM 45.00
1000mg = RM 60.00
Dan juga, sesiapa yang nak beli Felinna Inch Loose
180ml = RM 75.00 
So, sesiapa yang  nak beli, jangan malu-malu tanya ye.. Kedua-dua produk sangat berkesan dan aku adalah testimoninya. Hehhee.. So, apa-apa, message me okay (^_^)

Budi dikenang

Orang memberi,
Kita merasa,
Kita berbudi,
Orang mengata.
Assalamualaikum. Selamat pagi yang nak ke tengahari. Korang tengah buat apa? Seronok tak cuti semalam? Best kan.? Aku pon best. Semalam kerja (^_^). Aku sebenarnya tak kisah pon bekerja time cuti-cuti awam ni kan. Tapi aku sangat la terasa hati bila mana, bila kami datang kerja untuk membantu meringankan beban hamba Allah sorang ni, tapi last-last hari ini kami mendapat tempias negatif. Kami datang pon ada orang mengata belakang. Tak bersyukur sangat kami datang membantu. Bukannya datang saja-saja. Dah la kami datang awal, tunggu hamba Allah ni tak sampai-sampai. Pukul 11 kami baru nampak dia. Itu pon kami terasa nak pergi tempat dia, nak tengok dia ada ke tak. Rupa-rupanya ada... Astarafirullah. Mengucap dalam hati tau. Dah datang, tapi tak panggil kami. Sangat membuang masa kami yang melanguk datang office awal-awal. Katanya pukul 9 kena datang. Kami datang pukul 9, tapi hamba Allah tu? Bersabar wahai hati. 

Dah tu, semua kerja kami kena buat,kami masih bersabar lagi. Kami memang datang nak bantu. Tapi, arahan yang diberikan sangat tak betul. Kejap A, kejap B, kejap C. Dalam hati boleh kata " cuba kau angkat benda-benda ni, kau tau tak berat nya benda-benda ni? kenapa awal-awal tak kata nak ikut macam arahan dia.." Ya tuhan. Kenapa la hamba Allah tu macam tu. Yang dia tau, memberi arahan. Bingit juga la telinga ni. Tapi sabar sangat. Dia bantu apa? Bantu bercakap (^_^).

Sebenarnya, tugas mengemas tu, tugas semua orang, tetapi kami redha bila kami berdua sahaja yang membuat semua tu. Kami ni kadang-kala pelik, sebab kenapa kami dilayan lebih teruk dari budak praktikal. Kami kontrak ni memang harus dilayan macam ni ke? Banyak sangat dah kata belakang kami dengar. Kami layan kan je. Tetap kami bantu hamba Allah ni. Tapi 'Terima Kasih' pon kami tak dengar. 

Apa salah kami kat dorang pon tak tahu la. Yang jadi tak best bila, ada yang mengata, kalau datang awal, tapi balik awal, baik tak payah datang. Beristifar panjang aku.Dah sah-sah before setuju nak datang semalam tu, kami dah bagitahu, kami ada hal after lunch, kami amik half day sahaja. Kenapa kami tiba-tiba dengar ayat datang awal balik awal tu? Mana orang tau kalau takda yang bercerita kan? Dan semestinya yang bercerita mestilah hamba Allah tu. Herrm, Kami kecewa sangat. Kalau betul la nak mengadu pon, tengok la dulu hasil kerja kami. Kami dah siapkan half dari kerja tu. Totally change! Tak bersyukur lagi kan. Apa lagi sebenarnya yang tak puas hati? 

Lain la kami ni balik dengan tak buat apa-apa kan. Hamba Allah tu buat apa je? Hermmm. Malas nak cakap. I though bila kami balik, and datang pagi ni, adala perubahan sikit dari apa yang kami  buat, last-last, begituuuuu juga la keadaanya. So, kalau dia nak mengadu domba tu, atas dasar apa pon aku tak tau. Sebab dia bukan buat apa-apa pon. 

Tu la manusia, suka menunding jari pada kita. Dia tak tahu, satu jari ke kami, tapi 4 jari tu kat dia. Tunggu la Tuhan kasi balik kat dia. Penat kami, asyik ada je yang mengata belakang. Tak enjoy kerja jadinya bila working environment nya sangat gloomy. Tak fun langsung. Kami ni cuba la meng'fun'kan nya. Tapi apakan daya, manusia rambut je sama hitam.

Lepas ni, kami dengar lagi ada yang mengadu pasal kami, kami tak mahu dah ringan tangan menolong. Menolong pon kena kata, tak menolong pon kena kata. So, takyah menolong. Senang hati. Biarkan orang nak kata apa. Menda senang sukaaaa sangat di susahkan. Menda kecil, sukaaaa sangat dibesarkan. Pelik la aku. Sampai bila nak layan menda ni? Tunggu la lagi 4 bulan (^_^). Tuhan tu maha adil. 

Saturday, November 10, 2012

Menggedik Di Malam Hari

Sambil-sambil layan lagu Hazama...
Aku pon belek FB kan... Weekend adalah perkara biasa melihat sahabat-sahabat meng'post' gambar mereka family berjalan atau sama dengan nya. Tiba-tiba jadi jeles bilamana, aku tengok 'best nyaa kawan-kawan dah ada husban, ana-anak' .. (^_^) 

Tak sabar untuk ke arah tu .. Soon insyaallah.. Satu langkah lagi.. Doa dari semua amat berharga =)

Malam-malam gini, baru la fikir macam-macam kan... haaaaa..no negative thinking yaaa.. Maksud aku, bila bujang ni, bosan.. Takdak sapa dengan kita kan.. Bila tengok kawan-kawan, best nya ada family sendiri.. Seronok.. Tumpang bahagia aku tengok diorang tau (^_^) ... 

Okey, dah mengarut tu. Nak tidor dah! Jom sapu Felinna Inchloss dulu sebelum tidur ye semua ... Hangat membakar lemak-leamk sambil kita tidur ni.. heheheh.. Good nite . Assalamualaikum.