Wednesday, May 30, 2012

Mickey Mouse Yang Pelbagai

Selepas habisnya layan Pameran Raja Kita, kami pon pergi la menjalankan diri di Mid Valley. Okey, sekadar nak release penat je, then tengok la wayang cerita Mantera. Haddoooii.. kali kedua di main-mainkan oleh cerita Melayu di pawagam. Dulu cerita Berani Punya Budak yang mengecewakan, ni Mantera pon mengecewakan. Apa nak jadilah filem Melayu sekarang.. Main buatt je kan. Asal adaaaa. Buat bazir duit je..  =(  . Then lepas tu kami pon jalan-jalan dan ada nya Pameran Mickey Mouse. Cute Okay!!!












Mai mai datang lihat.. Banyak lagi cretivity yang ditonjolkan oleh Universiti-universiti pilihan ni.. hehehe =)

Pameran Raja Kita

Haaaa.. Sapa tau sekarang ada exhibition Raja Kita dekat Istana lama kat KL tu? Angkat tangan! Hehehe. Aku tahu pasal ni pon time pergi kat Hari Belia hari tu. Dapat info dari situ la kan. So, kami pon pergila ke Istana lama untuk melihat sendiri macamana la rupa nya dalaman Istana Negara tu kan.  Meh layan gambor. =)
Abaikan model tak berbayar itu. Hahaha. Haa, ini adalah entrance dia. So, sapa nak masuk sini tiada bayaran dikenakan. Tetapi cas untuk kamera dikenakan iaitu serendah RM3 per entry. Murohh je korang. Apa la sangat RM3 tu kan. Kan. Kan. Heheehe. Meh layan gambar je ye. Time  ni cuti sekolah kan, so, agak padat dengan budak-budak sekolah.. Pandai-pandaila korang pilih time ye.














Hokeh.. Banyak sangat dah! Nak tau lagi, p la tengok sendiri ye.. hehehe.. Takkan la semua picture aku nak boh kat sini kan. hahaha... Selain dari tu, ada juga pameran foto Brunei Malaysia.

Okeh.. itu saja. So, korang datanglah jengah kat Istana Negara ni tau.. Tak tugi mana pon kan.. =)


Monday, May 28, 2012

Hakikat Ujian Itu..

Suasana hening di pagi hari menyeliputi Hospital Tengku Rahimah, Klang. Burung-burung terbang bebas dan berkicauan sesuai dengan fitrahnya. Matahari sudah meninggi menyinari alam, sesuai dengan fitrah penciptaannya. Dan segerombolan manusia sudah bersedia memulakan hari baru, sesuai dengan fitrahnya.
Begitu jugalah Umar, urusan penjagaan isterinya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sudah menjadi rutin seharian baginya. Atas dasar terlalu mencintai isterinya, Umar sanggup mengambil cuti tanpa gaji dan menangguhkan hasratnya seketika menyambung pengajiannya di peringkat doktor falsafah. Semuanya demi isterinya yang tersayang, penguat dikala lemah dan penghibur dikala senang.
Perlahan-perlahan Umar duduk disebelah isterinya, "Masih tidur?" monolog hati Umar. Digapainya Al-Quran kecil disebelah isterinya, dan memulakan bacaan dengan nada yang perlahan bimbang menganggu waktu rehat isterinya. Bait-bait ayat dihayati dan membuatkan air mata Umar menitis tanpa disedari.Tiba-tiba suatu suara yang sangat dikenali menegurnya
"Bang, kenapa abang menangis" tegur isteri Umar sambil mengusap air matanya
"Sayang dah bangun, tak ada apa-apa sayang" jawab Umar sambil memegang tangan zaujah kesayangannya.
"Abang kalau penat baliklah dulu, Mai boleh jaga diri." dilihat mata suami kesayangannya yang sentiasa berada disisinya.
"Abang okay, abang sanggup abang yang sakit dari sayang. Kenapa Allah bagi ujian seberat ini?" keluh Umar sambil air matanya bercucuran. Jiwa Umar tidak tenteram sejak isterinya disahkan menghidap Sirosis,kerosakan hati.
Humairah memandang suami, diusap wajah suaminya "Abang, sepatutnya abang bangga sebab Allah berikan penyakit ini pada Mai. Ini anugerah ujian yang sangat besar dan tanda Allah sayangkan Mai dan Abang." Diambil Tafsir Al-Quran kecil itu dari tangan suaminya, dan diselak setiap helain dan kemudian diberikan semula kepada Umar dan kini mata Umar tertumpu kepada satu ayat
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut: 2-3]
"Abang, kita ini hanya hamba Allah. Ujian ini adalah medan terbaik untuk kita mengumpulkan pahala" tambah Humairah lagi. Semakin deras manik-manik air mata membasahi pipi dan saat itu terlintas di dalam hati Umar
"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."
[Al-Baqarah: 286]
Kata-kata Humairah sangat memberi kesan kepada dirinya. Humairah Al-Qibtiyah wanita yang dibesarkan dalam kondisi tarbiyah. Dia sangat sayangkan Allah,Rasulnya dan Agamanya. Di dalam apa jua ujian yang mendatang kepadanya, sikap bersangka baik dengan Allah dan sentiasa melihat perkara dari kaca mata tarbiyah menjadikan dia seorang wanita yang sangat disenangi. Kemunculan Humairah dalam Umar, menjadi pelengkap kepada dua hati yang tertaut kerana Allah.

Kadangkala kita terlalu memandang berat sebuah ujian yang menimpa tanpa melihat hikmah atau hakikat sebuah ujian. Percayalah, bahawa ujian merupakan tanda kecintaan Allah kepada hambaNya dan beruntunglah sesiapa yang mengetahui hakikat sebenar ujian dalam kehidupan.

Sometime..

Selamat kepagian.. =) Buat ape tu.. hehe. 

Okey, malam tadi aku tak dapat tidur kerana ada emo sikit + sakit tengkok. Macam nak karate je diri sendiri sebab dah macam robot dah malam tadi. Letak ubat pon tak jalann. So, hari ni pergi office, dengan leher menegak tak boleh gerak. Good Job Mimiey! Yeeaayy!!

Mampu lagi senyum walaupuuuunnn =( .. hehehe
Haaa.. pagi tadi time dalam bas, aku pon sempat la berangan merenung jauh ke depan. haaaa. nampak tak perjalanan ke tempat kerja aku tu jauh benar, sampai boleh ada masa  berangan-rangan kan. Hahaaha. 

Aku saja je terpikir, susah juga jadi aku ni kan.. =)
Bukan apa, sebab aku boleh dikira sekarang, hidup aku agak complicated, maybe baru lagi bekerja dan tak dapat lagi adapt situation macam ni kan. hehe. 

Dan kalau kehidupan peribadi pulak, aku ni jenis pendiam bila ada masalah, kurang nak luahkan. Maksud aku masalah besar la, kalau setakat masalah tak boleh kentut ke, mesti la aku cerita dengan seronoknya kan. hehehe. Kadang-kadang terpikir macam untung jadi orang lain, macam ada orang paham kita, ada orang amik berat tentang kita, ada orang baik hati dengan kita, ada orang yang tak sakitkan hati kita, ada orang yang tak menyusahkan kita, ada orang yang tak buat kita pening kepala. kannn.. hurm.

Aku ni hari-hari muka ada senyum. hehehe. Tapi hati sapa yang nampak kan. Bila orang ada problem, orang cari aku untuk tanya pendapat. Aku dengan senang ati akan memberi pandangan aku. Tapi bila aku ada masalah, aku cuba luahkan, tapi orang tak dapat nak beri pendapat yang  buat aku senang hati. Lagi buatkan aku tak senang ada la. Then kalau aku bagi pendapat terhadap seseorang, ada diantara yang suka merendahkan pendapat aku. Seperti aku ni buat-buat pandai. Tetapi dah terang-terang pendapat aku tu sohih. 

Kadang-kadang terfikir juga, kenapa sekarang aku susah sangat nak menyuarakan pendapat, berborak dengan open nya seperti masa-masa dulu. Maybe keadaan orang sekeliling yang agak pentingkan diri je kan. hurm. 

Kalau ikotkan, sekarang aku tengah mencari balik diri aku yang dulu, yang happening, yang gila-gila, yang boleh hoorey saya hooorey sini. Aku sebenarnya kurang gemar dengan kehidupan aku yang makin meningkat dewasa  ni. Seriously, aku kurang gemar. Sekarang aku masihhh lagi menggali peluang yang ada, cuba untuk keluar dari kelompok yang banyak menyerabutkan kepala aku, keluar dari situasi yang mampu buat kepala aku meletup. Boom!! hehehe. Okayla,,, nak berangan jadi budak kecik balik la. lalalala.... (^__^)

Sunday, May 27, 2012

Positif dan Negatif Hari Belia

Selamat Maleeem. Hahaha. So, ape cerita weekend korang? Seronok tak? Aku? Penat hokey. Gara-gara berjalan dengan budak yang excited nak pergi Hari Belia. Hhehe. 

Okey, now time to relax kan badan. So aku pon review la apa cerita menarik kat Facebook kan. So, ada diantara sahabat-sahabat aku yang berbunyi menyatakan, Hari Belia ni tak ada faedahnya dan sebagai dengannya. 

Hokey. Hurm. Aku sebenarnya kurang setuju dengan pandangan sahabat-sahabat tentang tiada faedah nya Hari Belia tu. Sebab, aku rasa ada faedah dan tak faedah nya. Bukan semuanya buruk tentang Hari Belia tu. Ada yang baik nya. Kalau tak, takde la aku nak pergi kan. Hehehe. Aku bukan pergi sebab nak tengok artis semata-mata. Tapi aku ke sana nak tengok apa yang kita tak dapat tengok sebelum ni. Jangan la kita asyik pandang Hari Belia ni dekat Konsert je.. Ye, aku akui, konsert diadakan di banyak part. Setiap part ada konsert.  Tapi, pada aku, banyak lagi menda berfaedah yang di adakan di situ. 

Apa yang positif aku nampak,dekat booth yang berlambak tu adalah, ada nya pameran-pameran tentang Badan Beruniform, Usahawan kecil, Pameran rakan muda, Kerjaya, Perlancongan, Kesihatan, Pertanian, Komunikasi dan lain-lain lagi la. Dan daripada semua pameran tu, kita boleh belajar banyak tau. Kan berfaedah tu. Aku memang tertarik sangat bila mereka-mereka ni berusaha menunjukkan pada kita apa yang kita tak tahu. Macam pasal badan beruniform tu contohnya.. Dia cerita bagaimana senjata ni digunakan, macamana situasi bila penjenayah dikenakan hukuman, haaa.. kalau bahagian usahawan kecil pulak, kita boleh belajar macamana orang-orang bumiputra menghasilkan kraf tangan sendiri, menghasilkan produk yang mampu melangkaui pasaran dunia. Dalam pada itu juga, kita boleh usha-usha peluang kerjaya, peluang bercuti yang murah dan macam-macam la. 

Then apa yang negatif nya,  kita nampak konsert merata-rata. Di Jom Heboh ada, di kawasan unit beruniform ada, di kawasan rakan muda ada, di kawasan usahawan kecil ada, senang cerita di setiap pelusuk kawasan ada. Tapi, bukan semua tempat adanya artis kita. Cuma menjadi isu bila kita menjemput artis K-Pop ke sini. Dan pakaian mereka agak tidak kena untuk di tunjuk di sini.tapi, Ada di antara nya di persembahkan oleh orang-orang kita contoh nya macam pasukan beruniform. Bukan senang kita nak lihat pasukan beruniform beraksi di pentas kan. Kadang-kadang kita tak boleh pikir semua konsert tu negatif, cuba datang tengok sendiri dan pandang betul-betul. 

Aku tak kata aku sokong dan aku tak kata aku tak sokong Hari Belia ni. Cuma aku kadang-kadang pelik dengan pandangan orang tentang sesuatu perkara tu , padahal orang tu takde pon di tempat tersebut. Tapi potpet sana sini menyatakan negatif. Cuba datang dan lihat sendiri situasi di sana. Dan selepas melihat dengan mata sendiri, korang barulah boleh nak potpet sana sini kan. 

Aku rimas sebenarnya dengan orang-orang yang macam ni. Sebab apa tau, jangan anggap semua orang pergi sana sebab nak tengok konsert. Konsert tu umpama penyedap je kat Hari Belia tu. Kalau korang tengok  la kan time Konsert tu, korang boleh nampak bukan ramai pon datang. Suam-suam kuku je. So, dari situ kita nampak, bukannya orang datang sana nak tengok konsert semata-mata. Banyak lagi menda berfaedah nak layan. 

Aku jadi geram bila orang cerita bising-bising kata sapa p sana bukan berfaedah pon, maksiat je. Takda apa, buang masa. Huh. Mak hangin betul. Hahahaha. Mak p sana sebab nak tengok pameran tu tau. Bukan nak tengok artis sangat tau. Haahahah. Grrrr... Gigit sorang-sorang yang lantang sangat berkata-kata tu! Huh!

Senaaaang cerita, semua menda ada negatif positif nya. Maybe 50% positif 50% negatif. So, jangan la tunding segala benda tu negatif, pandang la juga positif tu. Di sebab kan konsert je, semua menda jadi negatif. Aku yang pergi ni, aku terasa bila orang kata, p sana tu takda faedah, buang masa dan maksiat. Huh. Huh. Huh. Datang sendiri dan alami sendiri . Siapa yang tak datang tu, jangan pandaii bawak cerita mengarot-ngarot. Budak-budak remaja pon aku tengok okay je, ramai yang join aktiviti kat sana. Macam kat rakan muda tu. Haaa. Then aktiviti berbasikal. Aktiviti lasak. Aktiviti senaman. Sukan dan macam-macam la. 

*entry yang begitu tiada hala tuju, point dia pendek je sebenarnya. Kalau nak mengata tentang sesuatu hal, sila alami nya dulu baru mengata. Jangan tau mengata kosong ja. Lagi buang masa. Aku p sana, banyak ilmu aku dapat, sumpah tak rugi. Tak caya, p tanya orang lain yang p sana. Tu la orang kata, yang burukkkkk sebesar kuman tu nampak je, tapi yang baik sebesar gajah tu.. lansung tak di peduli. Selamat beramal dan renung-renungkan. eh. terbalik ek? okay. bye. 

Powerpuff Girl!

Siapa yang paowerpuff girl tu? Haha. Aku baru habis layan blog Dr. Harlina. Siapa Dr. Harlina? Haa.. 
Ni la dia.. Sebelah tu kompem korang kenal kan? Haa. Sekarang aku bukan nak cerita pasal Dr. Harlina and Syed Muzaffar ni, aku just nak cerita pasal si kecik tu, Sophea Isabella. Haa, Si B ni sejak menjak ni menjadi bualan ibu-ibu  seluruh Malaysia. Haaa. Kenapa? Sebab ni laaa...
Haaa.. Sweet tak? Hehhee. Bukan la nak kata jakun sangat dia swimming tu. Tapi jadi excited sangat dan jakun sangat pabila jarang kita nampak baby swim kan. Kalau anak-anak mat saleh tu memang biasa kita dengar diorang dah ajar baby diorang dari lahir swim. So takde la heran sangat. Dan di sebabkan B ni anak orang yang dikenali oleh satu Malaysia, so, itu menjadikan seluruh ibu-ibu di Malaysia di suntik semangat untuk mengajar baby diorang berenang juga. Ohh.. tak sabarnya nak beranak! Heheheh,..

Dia nampak sungguh seksi di dalam air . Hahaha. So, tadi aku jengah blog Dr. harlina la, then tengok ada gambar baru B dan Daddy nya beraksi di dalam air dengan Pro nya. Thaniah B!! You are great! Sebab aku pon tak reti berenang. That why aku jakun gila bila baby pon berani masuk dalam air. Kalau aku memang terkapai-kapai. Hahahaha.. Ni gambar erbaru nya..


Bapak ngan anak sama-sama seksi di dalam air. OOppss. Hahahha...!!
Oh Bella, jom jadi menantu auntie! Hehehhe =D

Friday, May 25, 2012

Iklan Orang Melayu

Haaa..dulu aku ada cerita pasal iklan yang kurang menyenangkan di dalam Metro kan. Now aku nak tunjuk iklan yang lagi tak senang mata memandang di dalam majalah Wanita. Walaupun majalah itu majalah wanita, bukan semua wanita yang baca. Harap la maklum okay. So, kepada editor majalah ke, suratkabar ke, ape ke, sila lah amik berat tentang hal-hal yang memalukan orang Islam dan lagi yang memakai tudung. Apa yang bakal aku tunjuk ni, seriously aku kata, ia bodoh dan JELIK!! Memalukan dan memualkan. Sorry la kepada model produk, kalau awak betul Islam, awak takkan malukan diri setuju buat iklan yang MACAM BERAHI ni.. huh. MEMALUKAN!

Okey, secara jujur, korang geli ke tak?? Ke korang rasa ni la marketing strategy paling bijak di zaman ini?? Eyy.. SHIT.. geli..geli..geli.. biar aku tunjuk kat sini pulak. betapa gelinya aku dengan iklan-iklan masa sekarang ni, Yang tak tahu malu, terjelir lidah sana sini, tunjuk breast sana sini, geeelii.. Bangga ke wey?????


*korang kalau terstim tengok ni aku tak tahu la kan. hahahahahaha!!!! =D

Hari Jumaat

Dahh Jumaat rupanya. Macam sekejap je rasa. Hehehe. Eh! Korang dah pergi Hari Belia kat Putrajaya ni? Meh la datang! Macam-macam ade. Jom Heboh pon ada ni!! MAi .. Mai.. kompem tak kecewa. Cuma korang penat je la nanti sebab sangaaaaaaaaat besar exibition dia. Kena pergi cukup 5 hari untuk habis semua (tipu). Huh. Malam tadi aku pergi sat, aku nengok la apa yang berlaku kan, so sama je dengan yang tahun lepas punya. Takde beza sangat. Cuma semalam aku bawak Encik Sepet je la, sebab dia tak pernah pergi, tahun lepas dia tak balik cuti katanya. So, sok aku nak pergi lagi. For sure, sesak macam tahun lepas kan. Sebab Sabtu ni best sikit, time tu la ramai artis. Hahaha. Dapat tengok dari jauh pon okay la kan (sambil buat muka jakun). hahahah!! Jom!! JOm!! 

Friday, May 18, 2012

"Tak Tahu"

Selamat pagi semula. hehe. Okeh, topik kita pagi ini adalah, " tak tahu". Apa itu tak tahu?? Tak tahu bermakna , tak menegetahui, ataupun tak tahu apa-apa. *okaymengarut. Meh aku story mory sikit  mengenai tak tahu ni. Cerita pendek je, bukan panjang pon. 

Aku sebenarnya sungguh pantang dengan perkataan tak tahu ni. Korang tahu kenapa? Sebab aku pantang dengan orang yang give up sebelum berusaha. Ada juga makna lain selain give up, iaitu penyakit malas! . Tu sebab aku pantang betol dengan orang yang suka cakap tak tahu. Sebab orang yang terbiasa cakap perkataan tu, akan menjadi biasa  hidupnya berkata perkataan itu walaupun menda yang kita minta tolong buatkan itu menda yang biasa dia lakukan. Tapi dek kerana KEMALASAN MELAMPAU dia dengan tak bersalahnya kata TAK TAHU. 

Korang masih tak faham? Hahaha. Ala senang cerita aku tak suka orang yang asyik cakap TAK TAHUU LAH, TAK TAU PON, EH! AKU MANA TAHU,.. Haa.. ayat-ayat yang mintak penampar dari aku. Maybe aku dah terbiasa dididik dari kecil, sebelum mengeluarkan perkataan tak tahu tu, sila berusaha dulu mencari jawapan yang pasti dan apabila dah terlalu berusaha sehingga tak termampu, tapi masih juga tiada penyelesaian, baru aku boleh cakap tak tahu. Haaa.. itu yang aku belajar dari dulu. 

Sebab tu, kalau orang minta tolong aku betolkan alamri rosak ke, aku akan cuba pergi kat almari tu, tengok apa yang patot, dan cuba cari punca kerosakan, dan cuba perbaiki nya. Lainlah kalau alamari tu dah memang lapok di telan zaman dan tak mampu di selamatkan lagi, aku hanya mampu cakap, 'Takziah, saya dah  berusaha, sila beli almari baru sebelum almari ini memakan tuan nya sendiri." (okayituakutipu).

Ala, senang cerita, aku jadi marah sangat dengan orang-orang yang tak tahu ni sebab, aku tahu je apa nak buat tapi kenapa kau tak tahu?? Ini bukan ayat riak, ini ayat kenyataan. Sebab apa sahaja dalam dunia ni  kita ada jalan penyelesaian nya, nak dan taknak berusaha je ceritanya. Aku kalau orang yang betul-betul tak mampu nak  buat je aku tak  marah. Tapi kalau orang yang sempurna sihat sejahtera akal minda dan badan dan masih menggunakan ayat tak tahu.. Baik jangan la duduk kat bumi ni, buang masa je. Huh.

Aku marah sebab baru-baru ni ada kejadian dimana aku tak nak cerita, dia dah sangat biasa buat kerja tu, then orang tu minta tolong ngan dia, dia boleh kata, Eh.. A tak tahu buatla. Dan B pon datang kata aku soh aku buatkan. Aku dengan bengkeknye rasa nak p je kat A nak pekik kat telinga dia dan kata ' HEY BONGOK! KO TU TAU APA JE?? MENGGATAL JE TAU? DUNIA KO JE KO TAU?? HAH?? Nasib la iman aku kuat lagi time tu(tipu), then aku pon buat tak tahu je ngan A. Bosan dengan manusia yang hidup kat dunia sendiri. 

Aku pon hidup dunia sendiri, tapi aku masih lagi reti hidup kat dunia orang lain seperti biasa. Soo. aku tak tahu nak cerita apa dah. Sebab bosan FB tak boleh  buka. Kalau ada sesiapa pandai pasal URL ni, sila bagitahu aku. Thanks ye semua. 

*Bersyukur ada didikan yang positif yang boleh buat aku pandai membawa diri .. =)

Kantoi pandai bawak diri*  =_='

Addicted to K-Pop

 Wahhh.. Sejak bila nok? Hehehe. Haaa, bermula cerita nya bila aku naik bas pagi-pagi nak pergi kerja kan. Abang drebar bas on la radio Hot Fm. Lepas tu, tiba-tiba aku dengar lagu korea, then aku macam hisshhh pagi-pagi dah lagu korea, tak hape-hape .. tiba-tiba!!! Lagu tu macam kuatt je kat telinga aku, macam sedap gilaaaaaaa je kat telinga aku, macam aku nak nyanyi sama jeee kat telinga aku. Fuuhh. Aku pon dengar betul-betul sampai habis, then dengar Fafau sebut nama kumpulan dia.. 

FT Island - Severely

Aku sampaii je opis, terus cari lagu ni kat Youtube. Hambik!! Sedap dan berkrim lagu-lagu depa semua. Hehhee. Aku arang suka lagu Korea ni. Aku tau laaa sekarang ni zaman-zaman K-Pop,  2 minutes la, apa lagi kumpulan dorang? Hahaha.. aku tak tahu menahu langsung. Ni pon nasibb je aku dengar Fafau sebut nama kumpulan, kalau tak, memang gagau la aku cari kan. Okey, jom dengar lagu pertama yang buat aku sukaaaa gila kat kumpulan FT Island ni. Meh aku bagi lagu-lagu yang aku suka dengar dari diorang.
Ini la lagu yang aku dengar dekat dalam bas tu yang membuatkan aku sukaaa gila kat kumpulan FT Island ni.. *lovelovelove

Jom layan lagu lain yang seronok jugaa... (^_^)




Okehh.. Aku dah jadi peminat K-pop. K bye! =)

Thursday, May 17, 2012

Facebook Sakit Ke?

Kenapa facebook aku tak boleh buka? Asal click je web dia keluar menatang ni..
Apa kes???? Aku punya sahaja or semua orang macam ni? Hahaha.. Bila dah kerja ni, Facebook je la jadi peneman kan.. Tapiii... bila FB takda, twitter la jadi permainan. Hahaha.. 


Okey, hope FB ni gila tak lama.. =)

Abang Long dah marah...

Haaa... Hehehhe.. Apa kes abang long ni nak bersuara?? Hahaha.. Ini kes si mamat Zed Zaidi yang meroyan tu laaa.. Apa lagi kan. Ingatkan kes dulu dah habis, ni dia bangkit isu lain pulak. Apaaa la penyakit Zed Zaidi ni agak nye kan. Orang nak cari rezeki pon nak sekat-sekat. Bukan awak yang bagi rezeki kat Aaron ni Zed Zaidi oii.. Allah yang kasi tau.. So, jangan la pandai sangat melawan takdir yang ada. Aduuhh. So, inilah statement dimana menyebabkan Aaron ni naik angin..

Dahhh.. Zed ni memang nak kene jumpa bomoh agaknya la kot. Dia maybe ada sakit dalaman yang halus ni. HAhahah.. Zed Zaidi...ohhhhhh Zed Zaidi.. Tak sudah-sudah. Buat la apa pon, hasad dengki takkan berjayakan ko di arena ini. HAhahah...

Wednesday, May 16, 2012

Misi-Mutu-keunggulan

Hahahah!! Penin! .. Berat badan makin naik. Aku pasti sangat punca nya adalah disebabkan stress dengan keadaan kerja aku. Itu sahaja. Kalau nak kata aku bahagia bercinta.. memang tipu.. bukan tipu bahagia tu.. tapi tipuu sebab dah berapa lama aku bercinta kan. Takda pulak aku naik badan melampau. Ni aku tak berani nak timbang berat aku sebab aku takot aku stress. Cukupla dengan sekadar melihat di badan sendiri dengan pakaian yang agak mengecil dan tidak seperti selalu. Ye. Pakaian semakin mengecil okay. Hahahah. 

Yang aku pasti aku nak cuba dan cuba dan cuba dan cuba untuk mendapatkan kembali berat badan aku yang sebelum ni...
Takla kurus sangat tapi aku suka macam ni, ringan , sedap-sedap dan juga bertenaga! Tu yang penting! hahaha.. But now, aku kene buat balik schedule makan and work out aku. Ohhhh... tolong la buang lemak yang degil di perut, vontot dan peha aku.. ohhhhh tolonggglaa!. =)

Wednesday, May 9, 2012

.....


Aku perlukan cuti yang panjanggggggggggggggg..... pelissssss...
='(

Sejenak..

 
Selamat tengahari! 
Oohh.. Bosan gile okay..
Hari ni ada orang datang interview,
Hahaha.. aku tak reti betol nak entertain orang kalau bos takde ni,
Terpaksaaaala memaniskan diri dan rupa dan minda dan senyuman. Hehehe..


Okay, apa kabar korang?
Bosan tak hari ni? 
Aku agak bosan la, dek kerana badan tak cukup rest. 
Sakit belakang and sakit sendi kaki..
Nak tidur tu rasa siksa je jiwa dan raga.. susah kalau dah tua dari usia ni.. 
Padan muka.! Sapa suruh naik berat badan.. kan dah tak boleh adapt..


Apa topik hari ni??
Aku takde topik.. cuma nak share menyampah aku sikit kat korang ni,
Dimana aku nampak satu situation dimana ada sorang member ni, bukan lah berlatar belakang kan orang yang minat politik, tetapi dia memandai-mandai beria-ria dalam politik. 
Annoying betol orang macam tu. nak berdebar dengan orang yang bertahun lagi tua dari dia.. 
Nak berdebat dengan orang yang berilu dari dia,
nak berdebat dengan kaum berlawanan dia..
hurmm.. annoying laaa, sebab kita tau perangai dia macamana kan, sebab tu rasa macam, kalau depan aku mang aku debik je muka dia. 
Aku tak kata aku benci politik, aku flexible, mana aku nampak positif, aku ye kan... mana aku nampak  nagetif, aku tidak kan.. cuma perangai  member sorang ni,,,, memang geli! 


Okay, tu je nak cerita.. mengarot kan?? tapi tulaa.. sapa suruh FB baru ni tunjuk recent post dari kawan-kawan kan.. so, apa dia buat semuaaaaaa kita tau. Padan muka kau.... 


Okay. bye.

Monday, May 7, 2012

Di cari Tak Jumpa..

Standardla kan.. 
Tak semua yang kita hajati..
Tertunai..


Okay. Selamat tengahari semua!!! Hari ni adalah Isnin dan Isnin adalah hari yang sungguh mengecewakan mood aku. Hahaha. Always tau. Tapi nasib la pagi tadi  hujan.. mood pon cool je. Korang macamana ?


Tapi tu laa, luaran mood okay la kan. Macam tiada apa-apa masalah. Tetapi di dalam?? Macam-macam ada bangg.. Hahaha!! See, mampu gelak ketawa lagi. Padahal, konflik diri ni melarat-larat dah haaa.


Sebenarnya aku sekarang agak depress dengan kerja. Punca nya adalah kerja takde! Haaaa. Kalau orang lain kerja bos tak kasi banyak.. syok la kan. Tapi aku takkkkkkk!!! Aku ni jenis yang aktif. Suka gerak sana sini. Bukan duduk sahaja. hahaha. Tapi dapat tempat kerja yang agak takde kerja.. ia membuatkan stress aku menjadi-jadi. Dan berat badan naik medadak-dadak. Sampai bapak aku tegur aku tau. Aku ni, kalau bapak aku dah tegor, itu bermaknaa.. berat aku memang naik! Sebab bapak aku ni jujur. HAhahah. Sediihh ai tauuuu.. 


Minggu lepas balik kampung, terus jumpa mak.. terus mengumpat bagai. Mak je la tempat aku nak share semua menda. Tapi satu menda je yang aku tak berani nak sentuh lagi.. Encik Sepet. Hahaha. Tuu later-later la ye. Tak sesuueeeeiii. Okay, aku ceritalah semua yang membuatkan aku stress, dari peribadi hingga la ke kerjaya. Mak best! The best supporter! Jawapan mudah.. cari kerja lain. hahahaha.. Apak aku pulak.. lagi mudah.. " Sabar laa, kerja je situ sampai dapat kerja lain.." .. Aduuuhhh....


Bila dah jadi macam ni, mula la rindu aku ke zaman sekolah dulu membuak-buak, rindu zaman sekolah berasrama. Dekat situ sumpah aku tak kenal apa tu stress. Happy memanjang!!! Have fun dengan budak-budak bilik.! Share gembira, tawa, duka. Semua boleh! Kat situla boleh share problem bila ade perang ngan boyfriend masing-masing, perang  ngan budak kelas, admire ngan budak kelas,, haa.. Aku ingat lagi, aku pernah admire ngan sorang ni, so aku nye dorm berdepan dengan dorm lelaki, kebetulan tempat sama dengan laki yang aku sukaaaaa sangat tu. So, kerja bila ada waktu adalah, mengendap dia kat cermin time dia nak pergi dewan makan dan jugak nak pergi surau. Hahahaha.!! Sooooooo goood. Haha.. Korang mesti ada gak kann pengalaman macam tu.haha..


Then bila stress ni la, rindu nak keluar ngan kawan-kawan, nak borak ngan  diorang sampai lebam! Mengumpat bagai. Nak tikam-tikam orang  bagai. Hahaha. Serius Rindu!!! .. Sebab aku rasa aku dah makin tua duduk Putrajaya, sebab aku takde member. Takde hiburan langsung. 


Memang la Encik Sepet ada, tapi aku ni bukan nye pattern melekat ngan pakwe je 24jam. Aku ade life gak. Tak semua problem aku cerita kat dia.. Lebih-lebih lagi women's matter. Takkannn la nak tanye pendapat dia. Kang melilau dia pergi bukak kitab cari jawapan kan..hahah!! Tapi dek kerana aku tiada teman disini, Encik Sepet je la yang jadi peneman aku 24jam!!! Aduh! Ade  time muak jugak, tapi dah kalau depan mata, apa pon boleyyyy.. nyiaaauuww. hahaha!!


So, sekarang, problem terbesar aku adalah.. perlu secepat kilat mencari kerja yang sangat sesuai dengan hyper active aku ni. Barula segala konflik aku hilang. Dan berat badan aku boleh menurun dengan selesanya. Kalau tidakkkkkk, alamatnya memang aku membela lemak je la kat office ni.. 


Wassalam..





Wednesday, May 2, 2012

Kata-Kata Hari Ini


3 Kebezaan..

Selamat nak masuk tengahari semua! Sapa ada mood kerja angkat tangan!!! Oohhh.. aku memang zero mood sekarang. Dek kerana 4 hari direct cuti, gini la jadinye. Hahhaha. So, today aku nak cerita sikit berkenaan filem-filem yang aku tengok sepanjang minggu lepas dan semalam. Hokey, dah lama gila aku tak tonton wayang dek kerana mood tak sampai. Pabila mood dah sampai, baruuuuuu la harung movie je. First movie aku tengok baru-baru ni adalah:



Battleship.
Haaaaaa.. ceritanya boleh la diberi 4.5/5 rating kann. Sebab aku cerita dia agak awesome. Tapi aku masih tak boleh terima cerita tak logik macam ni. Hahahah. But, time battle la paling  best sekali. Aku siap jerit-jerit lagi. Hehehe. Serius teringat zaman kanak-kanak dulu main game macam ni. sebijik! Hahaha.. Dan yang penting sekali, Hero dia memang menggugat iman. Hemsem giler! Hahaha.. Sesiapa yang tengok filem ni, aku gerenti dia tak bosan sebab banyak lawan. So, jadi nak tengoooook je. Hehehe.


Avengers
Haaa.. Sesiapa yang  nak tengok hero-hero negara beraksi dalam satu filem. Jom layan Avengers!! Aku nak kasi rating 4/5 gak laa. Bukan nak kata perfect sangat cerita ni. Ada gak part bosan dia. Heheh. Cuma aku sukaa gila tengok Iron Man tu walaupun dia nampak tua. Tua-tua la emsem kan. Hahhaa. Cerita ni best bila dia ada unsur lawak, aksi dan sedih. Semua ada. Time lawan-lawan tu la best jugak!!!     Gabungan semua hero ni membuatkan cerita ni warna warni. Hahah. Hero baru dan lama dan diketuai oleh orang lama iaitu Kapten Amerika!!! Hemsem juga dia tu.. tapi iron man gak hemsem sebab dia berlagak dan lawak jugak.. Yang paling penting.. hebat. Hehehe.. Aku suggest filem ni juga untuk korang tengok untuk mengisi waktu bosan korang. Untuk lelaki, kena tengok.. sebba ada Natasha yang sexyy gile! hahahah... nyiauuuwww



Berani Punya Budak
The worst ever film yang aku tengok minggu ni. Sorry la Afdlin, maybe filem ni hanya untuk generasi yang berminat dengan genre lawak yang begitu. Sesiapa yang tak suka dengan lawak yang mengarut dan kena pikir, baik jangan tengok. Rugi RM11 ringgit korang. Sumpah rugi. Aku ngan Encik Sepet blah sebelom cerita habis. Sebab aku rasa teruuuuuukkk sangat filem ni. Apa dah jadi dengan Afdlin?? Cerita dia jadi boring bila dia ubah suara pelakon-pelakon Thailand tu. Guna suara dia. Suara pondan pon suara dia. Suara gengster pon suara dia. Suara geng-geng jahat pon suara dia. Sooooooo tak kena.  Apa yang aku nampak, dia nak buat cerita dia ala-ala comic version, alih suara yang pelik-pelik. Tapi GAGAL! .. SERIOUSLY,,, penuh-penuh pawagam tu, 1 jam pertama cerita tu, semua senyap, yang mana aku yakin, CERITA NI TAK LAWAK DAN ORANG YANG TENGOK SEMUA ... " cerita apa ni??" .. then lepas tu baru la ade gelak-gelak dari 1% penonton je yang aku tak tau dia gelakkan lawak ape. Sebab sumpah tak lawak cerita ni. Bak kata orang.. LAWAK SYOK SENDIRI! Aku takkan suggest korang tengok, sebab rugi duit korang. Tapi kalau minat dengan cerita yang di alih bahasa dengan suara orang yang sama, silakan tengok!! rating adalah 0.5/5 .. 

Okay, ni je filem yang aku tengok sepanjang minggu ni. Korang punya pendapat macam mana pulak?? 
(^_^)