Hari-hari..
mengadap menda yang sama,
Hari-hari...
Jumpa orang yang sama,
Hari-hari...
Environment yang sama,
Bosan,
Maximum stress,
Kosong,
Full with hating,
Putrajaya. Satu nama tempat yang kalau orang dengar, Waaaaaaa .. "best nye duduk Putrajaya, untung la kau.." .. Seringkali dengar orang cakap camtu. Hahahah. Pada aku, Untungla kalau dapat melawat Putrajaya sebab tempat ni agak menarik dan unik, tapi bagi yang menetap kat sini, memang tak untung la. Hahahaha. Macam aku la. Heheh. Bosan gila la duduk sini. Salah satu sebab mungkin dari tempat kerja aku kot. Faktor utama la kan. Sebab time duduk kat PICC selama 6 bulan tu, walaupun kerja penat bagai nak mamp***, tapi aku enjoy. Yela, hari-hari mengadap ramai orang kan, dah la pelbagai pulak tu, tak jumpa nye la orang yang sama tiap-tiap hari, kecuali la rakan sekerja kan...Maksud aku, jumpa guest yang lain hari-hari. Kan ke seronok tu. OOiii PICC, buat la open intervieww ooooiiiiii.. (berharap sungguh). Heheh.
But now, segalanya berbeza, aku rasa aku duduk sorang je kat Putrajaya ni, walaupun ada kawan, tapi macam takda kawan. Walaupun ada banyak tempat menarik nak lawat, tapi dah bosann la kan dah nak dekat setahun duduk sini, muak dah tengok. So, kalau nak rasa tak muak bila family datang sini, baru la best jalan-jalan. Yela, Family tu yang terbaik dari segala-galanya. Aku dapat rasa macam aku kena cari tempat baru atau environment baru bagi spirit aku naik balik. Aku ni kalau cek kat dokter ni, mahu dokter tu kata aku ni kena penyakit murung yang melampau. Yela, mana tak melampau kalau aku rasa aku duduk sorang je kat sini kan. Bosan gila okay. Dah la aku ni anak bongsu, dah terbiasa ada orang akan bersama. Kalau kat kampung, mak ngan apak la kan, takpun adik beradik aku .. Kalau time belajar, aku mesti rapat gile ngan housemate aku a.k.a roomate aku la. Tak pernah lagi la rasa sunyi. Ni macam dah sampai seru untuk aku berusaha ke arah yang baru, berharap sangat ada la rezeki yang datang di kemudian hari ni.
Aku nak bina hidup baru, nak cuba capai apa yang aku harap kan menjadi untuk tahun ni, aku nak cuba ikot nasihat berguna senior aku, buang segala yang buat aku tertekan. Cuba jauhkan segala yang negatif dari mendekati aku. Percaya bahawa ada hikmah Tuhan berikan aku tekanan yang maximum tika ini.... Berdoa dan berharap akan ada sinar di hari kemudian. Amin..
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..