Sekarang ni, banyak yang kita dengar tentang gejala sosial remaja di media massa. Banyak kes yang pelik-pelik kita dengar dekat TV, suratkhabar, Internet dan macam-macam la. Makin lama, makin meningkat la kan. Pernah pula kita dengar pasal ada yang ingin membunuh diri disebab kan tekanan perasaan putus cinta atau tekanan hidup. Lagi-lagi bila ada yang bijak sangat mempublish kan kata-kata di laman sosial seperti Facebook yang menyatakan dia ingin membunuh diri. Dan akhirnya dia betul-betul bunuh diri. Haaaaa. ini tindakan yang agak kurang berfikir dari insan-insan ni la kan. At least dia kena tangani masalah dia sebelum melakukan perkara bodoh seperti bunuh diri tu. So, now aku nak share sedikit cara untuk menangani stress yang melanda diri anda itu..
- Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
- Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
- Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
- Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
- Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
- Membentuk pengurusan masa yang baik.
- Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
- Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
- Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
- Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
- Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
- Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
- Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
- Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..