Petua Mendidik Anak-Anak
1) Jangan
pukul anak
dari lutut
keatas
2) Jangan
gunakan tangan/anggota
tubuh kita
utk memukul
anak dengan
tangan dan
jangan sesekali
menampar anak
pakai tangan
kita. Nanti
anak jadi
bertambah degil
dan nakal
dan tak boleh
control.
3) Rotan/pukul
anak di telapak
kakinya. Secara
saintifiknya ada
kaitan dengan
refleksologi dan
merangsang ke
bahagian otak.
Sabda Rasulullah
s.a.w.
“Berguraulah dengan
anak kamu
kala usianya
satu hingga
tujuh tahun.
Berseronok dengan
mereka, bergurau
hingga naik
atas belakang
pun tak apa.
Jika suka
geletek, kejar
atau usik
anak asalkan
hubungan rapat.
Lepas tujuh
hingga 14 tahun
kita didik
dan ajar, kalau
salah pukullah
dia (sebagai
pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup
anak anda
dengan nama
panggilan yang baik.
Nama panggilan
yang kurang
baik akan
menyebabkan anak
anda malu
dan merasa
rendah diri.
(Dalam Islam sendiri
nama panggilan
yang baik
adalah digalakkan).
5). Berikan anak
anda pelukkan
setiap hari.
(Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk
setiap hari
akan mempunyai
kekuatan IQ yg
lebih kuat
daripada anak
yang jarang
dipeluk)
6). Pandanglah anak
anda dengan
pandangan kasih
sayang (Pandangan
ini akan
membuatkan anak
anda lebih
yakin diri
apabila berhadapan
dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan
setiap kali anak
anda berbuat
kebaikan.
(Berilah pujian,
pelukkan, ciuman,
hadiah ataupun
sekurang-kurangnya senyuman
untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya).
8). Janganlah mengharapkan
anak anda
yang belum
matang itu
melakukan sesuatu
perbuatan baik
secara berterusan,
mereka hanya
kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan
mereka buatkan
mereka ingin
mengalami setiap
perkaratermasuklah berbuat
silap.
9). Apabila anda
berhadapan dengan
masalah kerja
dan keluarga,
pilihlah keluarga
(Seorang penulis
menyatakan anak-anak
terus membesar.
Masa itu
terus berlalu
dan tak
akan kembali).
10). Di dalam
membesarkan dan
mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan
akan membuatkan
anak-anak merasakan
diri mereka
beban.
11). Dengarlah
cerita anak
anda, cerita
itu tak
akan dapat
anda dengari
lagi pada
masa akan
datang. Tunggu
giliran anda
untuk bercakap
(Ini akan
mengajar anak
anda tentang
giliran untuk
bercakap)
12). Tenangkan
anak anda
setiap kali mereka
memerlukannya.
13). Tunjukkan
kepada anak
anda bagaimana
cara untuk
menenangkan diri.
Mereka akan
menirunya.
14). Buatkan
sedikit persediaan
untuk anak-anak
menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik
walaupun harganya
murah. Keunikan
akan membuatkan
anak anda
belajar menghargai.
(Anak2 yg
dtg daripada
persekitaran yang menghargai
akan belajar
menghargai orang lain).
15). Kemungkinan
anak kita
menerima pengajaran
bukan pada
kali pertama
belajar. Mereka
mungkin memerlukan
kita mengajar
mereka lebih
daripada sekali.
16). Luangkanlah
masa bersama
anak anda
diluar rumah,
peganglah tangan
anak-anak apabila
anda berjalan
dengan mereka.
Mereka tentu
akan merasa
kepentingan kehadiran
mereka dalam
kehidupan anda
suami isteri.
17). Dengarlah
mimpi ngeri
anak-anak anda.
Mimpi ngeri
mereka adalah
begitu real dalam
dunia mereka.
18). Hargailah
permainan kesayangan
anak anda.
Mereka juga
dalam masa
yang sama
akan menghargai
barang-barang kesayangan
anda. Elakkan
daripada membuang
barang kesayangan
mereka walaupun
sudah rosak.
Mintalah kebenaran
mereka sebelum
berbuat demikian.
19). Janganlah
membiarkan anak-anak
anda tidur
tanpa ciuman
selamat malam.
20). Terimalah
yang kadangkala
anda bukanlah
ibubapa yang sempurna.
Ini akan
mengurangkan stress menjadi
ibu bapa.
21). Jangan
selalu membawa
bebanan kerja
pejabat ke
rumah. Anak-anak
akan belajar
bahawa kerja
pejabat selalunya
lebih penting
daripada keluarga.
22). Anak
menangis untuk
melegakan keresahan
mereka tetapi
kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah
mereka, dua
puluh tahun
dari sekarang
anda pula yang akan
menangis apabila
rumah mula
terasa sunyi.
Anak-anak anda
mula sibuk
mendengar tangisan
anak mereka
sendiri.
“Anak- Anak
ibarat kain
putih. Ibu
bapa lah
yang mencorakkannya
menjadi yahudi,
nasrani atau
majusi”
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..