Holaaa selamat pagi semua!!!
Hokey, Amacam hari ni??
Bagus-bagus kan??
Hahahaha...
Hokeyy..today aku just nak share, sedikit tips dari aku yang comel ni..
Tips apa???
Haaaa.. Tips macamana nak sentiasa ceria bermula awal pagi..
Apa kes aku nak kasi tips ni kan.. Ini kerana, ada segelintir member-member aku pelik, bila masa aku marah? Haaaa. Sesiapa yang tak nampak aku 24jam memang la jarang tengok aku marah .. ye dokk.. Ye laa.. Sampai ada yang kata .. " Ko pernah tak senyum ke mimi?" .. Haahaha.. Punyaaa la kan aku ni. Aku pon tak sedar aku ni kuat senyum. Maybe memang dah sifat Bangun pagi.. Korang jangan la terus lari-lari masuk toilet.. Korang bangun.. Korang kena duduk dulu, betul-betul kan sendi, then yang paling penting, dengan muka busuk-busuk, sila ke hadapan cermin, tengok diri korang, bersyukur korang masih hidup hari ni, korang belek-belek muka korang apa yang patut, buang la segala tahi yang ada kat korang tu, sambil-sambil tu, korang cuba senyum sendiri kat cermin. Haaaaa. Itu sebenarnya petua aku. Senyum dekat cermin! Senyum sepuas hati korang. Tak salah pon senyum kan. Kalau nak berangan-rangan sikit ke, teruskan. Yang penting korang senyum. Then korang cakap dalam hati/cakap kuat-kuat pon boleh.. " COMEL/CHANTEK/KACHAK/GANTHENG JUGAK AKU NI" Buang tebiat??? Ehh.. Tak la. Senyum dan bermonolog bila pandang diri sendiri tu adalah psychology untuk diri korang, atau kata mudah nya, ubat semangat korang sebelum memulakan hari korang..
Selepas selesai segala menda wajib, jangan terus siap pergi kerja zap zip zup laju-laju tau. Tak kira la bagi laki ke, perempuan ke, mestila berdandan kan.. Kalau laki tu, sisir rapi la rambut gojes korang tu molek-molek, bagi perempuan pulak, touch-up la nipis-nipis bedak segala supaya naik seri dan memberi semangat bekerja/sekolah/etc. So, korang akan duduk depan cermin kan untuk buat segala menda tu kan?? Sekali lagi, bila tengok cermin, time korang dok sebok touch sana touch sini, sila buat dengan senyuman. Senyum lagi?? Haaa. ye la, sebab tadi korang senyum time muka busuk kan.. Ni korang buat untuk muka segar pulak.. Tak mahal pon tips tu, tak keluar modal pon.. Cuba perbanyakkan senyum. Dan cakap lagi sekali yang korang ni boleh tahan COMEL/CHANTEK/KACHAK/GANTHENG. Dont worry punya, cermin tak kan marah korang, takkan ejek korang. Bila korang senyum, muka yang tak comel akan menjadi comel, abang yang tak berapa kachak, akan jadi kachak, haaaa. nampak tak magik cermin tu??
Haaa. Panjang cerita kan? Padahal, kalau di tambah tolak, aku nak cakap pasal CERMIN + SENYUM + PUJI-PUJIAN. So, conclusion di sini, korang wajib buat menda ni hari-hari start dari bangun tidur. WAJIB tau! Bila kita bersyukur dan gembira dengan diri kita seawal bangun tidur, maka kita akan bawak ion-ion positif tu for the whole day. Insyaallah.
Senyum tu adalah sedekah kan. So, korang senyum kat diri sendiri, bermakna korang dah bagi sedekah kat diri korang kan?? Haaa. Mulia tak?? Mulia tak?? Haaa. Good. So, untuk memuliakan hari korang hari-hari, sila lah rajin kan senyum, bersyukur dengan diri sendiri yang dijadikan Allah secomel yang ada, bersabar jika berlaku musibah, asah diri supaya kurangkan perasaan negatif(ni aku masih amalkan), bantu membantu dan apa-apa yang boleh membuatkan korang rasa dihargai dan di sukai..
Tak salah kan untuk berubah?? Mana korang nak? Hari-hari muka masam macam @*&^%$^ atau korang nak muka ceria yang akan menyenangi orang-orang sekeliling korang? Haaa.. Pilih! Pilih!!
SELAMAT BERSENYUM CERIA SEMUA!!!!!!
Pengsannn... Hahahaha...
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..