Okay, today dah masuk 12hb February 2012. Tinggal lagi beberapa hari untuk ke tarikh 14hb February. Ada apa dengan 14hb Feb?? Mesti semua tahu kan... So, aku bukan nak tunjuk ustazah ke ape ke, just nak share info sahaja, maybe ia boleh di jadika rujukan dan menambah ilmu kita kan. So, sila lah baca article di bawah ni..
Oh
hari bunga-bunga cinta sudah tiba. Pasangan muda-mudi Islam juga tak terlepas
mengatur program-program 'bulan madu' bersama kekasih hati. Hari kasih sayang
itu dianggap sebagai hari yang harus dilalui dengan mencurahkan sepenuh rasa
cinta kepada pasangan. Bukan sahaja pasangan suami isteri, malah yang baru
menjalin hubungan cinta sehari juga berimpikan perkara yang sama. 14 Februari
tersemat di dalam hati, menjadi kenangan yang abadi.
Tunggu!
Sebelum terus-terusan kita menjadikan hari tersebut sebagai hari membuktikan
rasa cinta yang deminya 'lautan api sanggup ku redah', ketahuilah sejarahnya
dahulu. Apa yang selama ini disambut oleh umat Rasulullah SAW, di mana hujung
pangkal permulaannya? Jangan kita menjadi manusia yang tuli, mencontohi dan
mengikuti sesuatu tanpa kita mempunyai pengetahuan tentangnya. Allah telah
menegaskan, "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati,
semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya". (Surah Al-Isra : 36)
Sejarah Valentine's Day
Terdapat
pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asal-usul Hari
Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat
Islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan
Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada
tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahan itu adalah
seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu, 14 Februari 1492 dinamakan Hari
Valentine dan dianggap sebagai hari
kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankah dengan
menyambutnya, kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya jika kita
begitu!
Antara
sejarah yang lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi
Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak para tentera di zaman
pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II
memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom untuk berkahwin
kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang
jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine telah melakukan upacara
pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu, paderi itu dihukum
gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Fikirkan
Jika
kita menjadikan ini sebagai alasan untuk menyambut 14 Februari, dek kerana
kesungguhan seseorang menegakkan hak manusia untuk berkahwin, mengapa pula
penghormatan itu harus diberi kepada seorang paderi Kristian? Sedangkan di
kalangan utusan Allah semuanya banyak berkorban demi cinta mempertahankan
agama. Kenangilah rasa cinta dan kasih yang tak terhingga Rasulullah SAW yang
banyak berkorban demi kita, umatnya yang amat beliau kasihi. Sungguh, jangan
pernah kita meletakkan penghormatan itu lebih tinggi kepada pemimpin dari kaum
kafir berbanding pemimpin teragung kita, Muhammad SAW!
Kita
sedia maklum, sesuatu perayaan yang tidak berlandaskan agama Islam pasti
mendatangkan sejuta keburukan dan kebinasaan. Lihatlah, berapa ramai anak-anak
gadis seagama yang telah terkulai layu di tangan kekasih hati hanya demi
membuktikan rasa cinta yang berinspirasikan Saint Valentine? Berapa ramai
pemuda-pemuda yang menggalas tugas
khalifah di muka bumi melakukan maksiat dan zina demi tarikh yang
dianggap keramat itu ? Segeralah kita membendung sambutan Hari Valentine.
Jangan biarkan benih kesesatan menumbuh lalu menjadi pohon yang menutupi sinar
iman di dalam hati.
Ingatlah
firman Allah, "Dan
demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah
datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka
tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepadamu." (al-Baqarah:120).
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..