Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga
perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk
waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis
setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari
lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang
fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1.
Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar
mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita
semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa
menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang
yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin.
Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun
akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok
ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja
mereka? Tidak kan?
2.
Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada
kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih
belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan
yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat
hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami
berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan?
Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri
jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua
masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju
berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam
bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan
daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan
makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan
nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan
wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah.
Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah
orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang
yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah
Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3.
Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya,
akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi,
potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang
dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi,
jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin,
sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang
sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar
adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam.
Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan
yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang
selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi
penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R.
Thabrani)
4.
Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat
semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh
buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh
elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu
di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi
benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus
kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita
melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah
maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi
tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya
diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang
kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan
akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi
fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R.
Tirmidzi dan Ahmad)
5.
Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada
diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali
sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau
penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak
menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh
ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya.
Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan
sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai
solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya
adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6.
Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu
kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan
dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk
berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka
masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih
terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau
akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan
terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan
yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh.
Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah,
maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan
kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu
susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata:
Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung
dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan
yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak
kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan
masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang
terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang
benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R.
Bukhari dan Muslim)
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..