Alkisah..
Walaupun cerita ni dah basi, tapi aku ada suatu cerita d sebalik cerita basi ni.. Jom baca sikit :
Pada suatu malam, dalam pukul 8.30pm macam tu.. Hari Jumaat bersamaan 20hb January 2012, aku dan nana(housemate), bersam-sama menuju ke Klang untuk cuti 4 hari. Aku tompang dia untuk ke rumah kakak aku kat sana. Dalam perjalanan ke Shah Alam(makan-makan dulu), hehe.. kami terdengar alunan lagu ♫♪Dan hilang... Segala rupa yang telah ku bayang,Dan hilang... Segala rasa yang telah ku rasa, Dan hilang... Segala semua harapan ku, Dan hilang.... Cerita indah dalam tidurku♫♪ .. Okay, aku pon diam, then tanya Nana, " Ni lagu sape ek??" .. Sambil tu kerut-kerut dahi sebab dok pikir sapa la yang menyanyi lagu ni kan. Then, nak tunggu jawapan Nana, memang tunggu aku bertanduk la kot kan, Haaa.. Then aku and Nana pon dok main teka-teka.. Aku pon dok kata kat Nana " Alaaaaa.. aku tau nama dia ni, lupa la.. Apa ek.! Depan dia mula ngan huruf IZ tu kan.. Apa ek.. Ismail bukan, Ilham pon bukan.. haaaaaa Izrail ko kann.." .. HAHAHAHAH.. Kami pon gelak la bagai nak rak kan, sebab sakit kepala nak pikir sapa nama mamat yang nyanyi ni. Hurrmm.. Then, kami berdua dah malas nak pikir, sebab sakit kepala. Kami tunggu je lagu ni habis and tunggu DJ ni kata apa nama mamat ni, At last, DJ ni kata lagu yang disampaikan oleh IZWAN PILUS... "Haaaaaaaa... Kan betul aku kata, ada huruf IZ kat depan tu... HAHAHAHA.. IZRAIL pulakkk kan.. Hadoooi..." .. hehe.. Then kami pon bercerita la seperti dunia kami yang punya. Makan-makan tros balik ke rumah masing-masing.
Ini lah mamat yang kami gelakkan nama dia malam tu yang bertarikh 20hb January 2012 dalam pukul 8.30malam tu.
Keesokan harinya, aku and adik beradik aku pulang la ke kampung pada Subuh hari dan sampai di Raub pada pukul 7 lebih macam tu. Then, kami decide pergi ke kedai Apak aku untuk breakfast, heheh.. dah lama tak pekena nasi lemak mak aku ni, ni la masa nya nak ngap! semuanya, Heheh. Okay, dah kenyang bagai, aku pon melilau la ke kawasan kedai, saja nak kasi hilang pening ngantuk tak cukup tidur tu. Then, mata kau tertumpu pada front cover suratkabar yang pelbagai kat atas rak jualan tu, ZOooOM.. Mata aku cuba memberi tumpuan penuh. ZZuuUUpPP!!!! ( Aku mengucap dalam hati, berdebar-debar jantung time tu.. serius)
Pucat muka aku jap pagi tu. Fuuhh~ Innalillahhiwainnailaihirojiun..Terus aku cakap ngan abang ipar aku. Hehhe. Nak cover terkejut kan. Heheh. Pergghh.. Baru dok buat kelakar malam tadi pasal Izwan Pilus ni, siap cakap banyakk kali nama dia Izrail, dan tanpa disangka betul-betul Malaikat Izrail mencabut nyawa dia petang 20hb January 2012 tu. Sumpah aku tak tau pon pasal ni. Dalam radio pon takde pulak dia kata pasal cerita ni. So, takde la rase ape-ape kan. Fuuh. hehehe.
Menggeletar okay aku, terus message Nana, kata, " Semalam kan kite cerita pasal Izwan Pilus kan, then cakap pasal Izrail kan, Betul-betul Malaikat Izrail dah cabut nyawa dia.. Fuhh.. Terkejut.." .. Tu je mampu aku bagitau. Heheh. TAKOT.
So, aku pon terus search internet, tengok segala laporan tentang arwah, dia meninggal disebab kan jangkitan kuman dalam darah. Hurm, ramai dah meninggal disebab kan penyakit tu kan sekarang, Berhati-hatilah didalam apa jua yang kita buat selepas ni. Hygiene first!! Bila tengok kat Melodi baru-baru ni, air mata aku jatuh juga selepas mendengar adik arwah, Ariel AF, menceritakan detik terakhir arwah dan pesanan terakhir arwah.. Tsk.. tsk.. tsk.. Touching gile.
Semoga Arwah Izwan Pilus tenang berada disana... Al-Fatihah ..
"Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan
terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. "
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..