Friday, February 3, 2012

Laptop Sayang


Ini nama nya laptop, merangkak laptop aku. Waaahhh... cantik sunggoh nooo. Heheh. Ini merupakan gambo yang di ambil dari Pakcik Google. Kalau nak letak gambor laptop sebenar aku, memang menangis la korang tengok. Okay, now aku sungguh berasa down pabila laptop aku sakit. Sekali sakit, mak boleh terima, ni kau sakit berturut-turut. Matilah mak!! Okay, drama sekejap. 

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku punya laptop problem window, so dah diperbaik  la kan. Agak banyak juga wang pelaburan yang dikeluarkan untuk itu. Aku masih tabah. Tiba-tiba, after 2 hari aku merasa kebahagiaan dengan laptop aku, tiba-tiba... ZzzZZZuUUpP!! bateri aku nak habis, hahahah. Then aku cocok la charger kan, macam biasa la. Then tak sampai 5 minit, laptop aku tak detect power. Ohhh.. Jangan buat hal ngan aku top(bajet name manje laptop =_=') ... Punya la aku tarik, masukkan balik power supply tu, siap  baca doa bagai. Haaaaa. Sayang kemain aku ngan laptop ni kan. Hahah..

Tapi apakan daya, jodoh aku ngan bateri tak panjang. Tuuuuuuutt.. terpadam laptop. Aku pon call orang sana sini, message orang sana sini, tanya pendapat kenapa tak boleh masuk power supply kat dalam laptop aku ni. Memula, ada yang kata bateri aku, tapi aku nye bateri molek je sebab still working cuma bateri habis je la kan. Then diorang kata, power supply aku, so aku pon beli baru, gagah perh\gi low yat untuk kali yang kedua dalam minggu ni. Pergi la beli tanpa pikir panjang, tanpa bawak laptop. DEMN! Balik je dari beli tu, terus salurkan ke laptop. NiiiNooogg.... Cannot detect the power supply.......TTeeeetttttttt (nanges)

So, terpaksa tanya orang lagi, search internet, cari maklumat apa yang patut. So, disini .. main problem dia adalh tempat cucuk charger tu. Huh!!! FCUK la kan... Sabar-sabar, so sekarang aku hanya mampu diam dan fikir.. Sebab minggu ni je dah beratus habis kat Cik Top aku ni ha. Merajok mengada bagai. Aku sekadar bergurau je kata nak beli baru.. yang ko nak sentap tu nape Top?? Huh. Sila jangan nak mengada sangat okay, nak bela kau bukan senang tau. Kalu aku pergi cek sok, kena bayar mahal, jawab nya.. Aku simpan ko kat muzium je la Top.. kalau rasa nak duduk ngan aku yang comel ni lagi, sila berperangai baik. Kompem aku bela kau sampai kau tua . Okay? Dah.. Mak nak menggatal jap. Bye!

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..