HAri ni hari Jumaat, seperti biasalah kan. Kita bersua kembali di laman Tazkirah. Haaaa.. Okay. Hari ni tazkirah di jumpai di laman iluvislam lagi. Heheh .. Jum kita menghayatinya.
..............................................
Bila tibanya tahun baru, tidak kira
tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk
untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun
kualiti dalam kehidupan kita.
Namun kebanyakan kita selalu terlupa
untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas.Diulanginya setiap
perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan
itu.Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar
hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa
mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.
Mengikut Ibnu Qudamah:
"Pengertian muhasabah ialah
melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat
mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama
ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya
pula ialah maksiat."
Ibnul Qaiyim pula berkata:
"Muhasabah ialah membezakan
antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah
mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan
melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak
akan kembali."
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat
menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri
matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola
sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami
kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai
post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan
kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka.
Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah juga, seseorang
itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali
kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan
kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Sabda Rasulullah saw :
"Orang muslim itu tidak akan di
patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"
Kelebihan bermuhasabah
- Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
- Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
- Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
- Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
- Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.
Seperti yang di katakan oleh Umar
al-khattab :
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu
dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan
bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada
hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia
ini.
Maka, di kesempatan ini, penulis
menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca
yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari
masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita
dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari
ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini.
Bila tibanya tahun baru, tidak kira
tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk
untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun
kualiti dalam kehidupan kita.
Namun kebanyakan kita selalu terlupa
untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas.Diulanginya setiap
perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan
itu.Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar
hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa
mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.
Mengikut Ibnu Qudamah:
"Pengertian muhasabah ialah
melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat
mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama
ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya
pula ialah maksiat."
Ibnul Qaiyim pula berkata:
"Muhasabah ialah membezakan
antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah
mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan
melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak
akan kembali."
Kepentingan bermuhasabah
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat
menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri
matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola
sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami
kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai
post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan
kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka.
Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah juga, seseorang
itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali
kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan
kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Sabda Rasulullah saw :
"Orang muslim itu tidak akan di
patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"
Kelebihan bermuhasabah
Dapat mengenali kekurangan diri, maka
dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
Dapat bertaubat, menyesali dan
meninggali setiap kesalahan yang lepas.
Dapat mengenali hak Allah taala ke
atas diri kita.
Dapat mengelakkan diri dari mengulangi
kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
Dapat mempersiapkan diri sebelum
bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.
Seperti yang di katakan oleh Umar
al-khattab :
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu
dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan
bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada
hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia
ini.
Maka, di kesempatan ini, penulis
menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca
yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari
masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita
dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari
ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini.
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..