Review cerita songlap yang aku dah tengok semalam. Haaaa.. Bagaimanakah ceritanya?? Best ke?? Ermm.. Pada sesiapa yang tidak suka menonton filem yang memerlukan anda berfikir, baik jangan tengok. Tapi bagi sesiapa yang nak melihat filem yang berlainan dari filem-filem tahun 2011 ni,,
ANDA WAJIB TENGOK!!
Cerita ni mengisahkan adik beradik ni Ad dan juga Am yang hidup menggunakan jalan gelap iaitu melakukan operasi menjual bayi dan juga involve sedikit didalam kegiatan haram seperti perdangangan manusia. Ceirta ni pada aku memang tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah, sebab tu la cerita ni untuk 18 tahun ke atas sahaja. Yang bawah tu .. no no no .. okay. Hehehe.. Perjalanan cerita agak slow, cerita banyak menggunakan bahasa kiasan yang sesiapa tak paham dan otak suci mang susah la nak paham. Heheh .. Cerita ni tak macam typical melayu lain yang ada cintan cintun tu. Cerita ni more to kehidupan manusia yang menjalani kehidupan gelap ni. Sesiapa yang berminat nak tengok filem ni.. memang dipersilakan tengok. Pada aku , aku suka filem ni..sebab dia lain dari yang lain. Ada scene yang lawak yang kadang-kadang kite akan cakap " leh!!" ... hahaha... Tapi apa yang penting,setiap orang lain-lain pandangan.. Dan Shaheizy Sam berjaya giler bawak watak ni. RESPECT LU BRO! .. Filem ni aku boleh kasi 4 bintang. Pergilah tengok ye.. Jum kite lihat shoot-shoot menarik bagi filem ni
Pergaduhan untuk mempertahankan seorang gadis
Liku-liku kehidupan di lorong gelap
Teraju utama. Good Job Semua.!!
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..