Monday, December 19, 2011

Fakta Berilmu


Kadang-kadang, aku letakkan la juga entry yang berilmu supaya orang yang membaca blog aku lagi cerdik dan bijaksana (motif??). Okay, now aku beri sedikit fakta yang agak menarik yang dimana sometime korang tahu, sometime korang tak sedar dan sometime korang akan kata " eh! betul la.. " .. hehe . Selamat menjamu mata.

............................
  • Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

  •  Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

  • Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur  akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

    SELAMAT MENAMBAH ILMU SEMUA!!!





0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..