A
– Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati,
dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.
Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
– Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya
adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang
menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah
tersinggung.
C
– Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan
rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap
masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
– Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
– Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya
periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah
dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
– Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga
sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
– Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar
ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika
rakannya sedang tekun.
H
– Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang
lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan
bercita-cita terlalu tinggi.
I
– Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan
cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J – Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K – Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
– Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan
mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya,
tidak menepati masa.
M
– Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan
berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya,
boros dan keras kepala.
N
– Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan
menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati
dan kurang percaya diri
O
– Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai
orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
– Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif.
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan
boros.
Q
– Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk
kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
– Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan
bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar
mengawal bicara ketika marah.
S
– Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka
memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.
Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
– Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak
suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang
gugup, terutama bila bersalah.
U
– Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak
tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara
didepan orang ramai.
V
– Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka
juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat.
Tidak suka berterus terang.
W
– Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi
dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan
dengan kesabaran dan kelembutan.
X
– Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan
tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
– Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun
sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
– Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih
dulu dan gemar menonjolkan diri.
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..