Saturday, October 8, 2011

PANAS Sungguh Isu ni...

Semalam siapa tengok Budget 2012?? Haaa... korang rasa semua seronok ke ngan bajet tu?? Haaa.. jawapan nya .. AKU TAK TAHU.! ahahahah.. Aku sebenarnya tak minat nak tahu pasal bajet-bajet ni. Aku bukan apa, apa yang adoo aku terima je la kan. Tapi disebabkan aku Praktikal kat gomen, maka Budget 2012 menjadi isu hangattttt sangat disini. Puuhh~ Macam-macam reaksi aku lihat. Semalam pula, tengah sedap-sedap tunggu bajet depan TV, tup  tup .. ZzzzZzoiiiiiiZIZIiiiizz.. Tv pon tak tayangkan siaran. Haaa.. department IT saja la tu taknak kasi semua orang tengok kan..hahaha ... Lawok lihat reaksi mereka-mereka yang teringin nak tengok. Hahah.. Then , at last proceed la kepada radio Hot Fm.. Pasang kuat-kuat kot. Dah macam tunggu pengishtiharan raya da. Heheh ..Aku?? Buat tak tau je la even speaker ade sebelah aku. Kawan aku beria sungguh mendengarnya.. Takpela, dia jiwa rakyat.. Aku jiwa apekedehal nye.. heheh .. Jum lihat ape budget 2012 yang disampaikan oleh PM kita ye...

Jumlah bajet 2012 – RM232.8 bilion.
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion.
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion.
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
  • Peruntukan rancakkan pembangunan - Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
  • Kereta hibrid - Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
  • RM1 bilion untuk sekolah - Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahbaikan sekolah.
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. - Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
  • Felda - Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
  • RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
  • Yuran sekolah - Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
  • Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
  • Pencen - 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
  • Kakitangan awam - Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
  • Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
  • Polis - RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
  • Keluarga tentera - RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
  • Subsidi - Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.           
Korang faham?? Hermm.. aku tak nak paham. Sebab aku malas nak amik tahu selagi aku tak kerja. Hahah.. Boleh?? Tapi janganlah disebabkan budget ni, rakyat bertekak.. Aku tengok kat FB , sini sana dok sokong tak sokong mende budget ni. Aduuhh... Malu ai lihat gaduh-gaduh macam tu. Kalau umur tak matang takpela, ni semua dah matang sangat .. kenapa perlu nak gaduh-gaduh bagai?? Why?? Why?? But the important is.. MELAYUUU JE YANG LEBIH-LEBIH GADUH NI... =_='

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..