Bila kita dalam golongan kurang cerdik dari segi agama, Silalah jangan mudah-mudah memberi pendapat. Tak semua menda boleh diberi pendapat. Lagi-lagi golongan yang dipandang oleh masyarakat. Wartawan adalah golongan yang bertanggungjawab mengajukan soalan-soalan kepada artis. Sebagai wartawan, rasanya mereka tahu isu sensitif yang perlu dan tak perlu ditanya. Hermm .. Isu HUDUD. Menjadi sangat hangat selain Budget 2012. Isu ini menjadi perbalahan antara penyokong dan pembangkang. Pelbagai spekulasi yang dilemparkan mengenai isu ini. Ada yang sokong ianya dijalankan di Malaysia, ada juga yang tidak sokong. Pada aku, biarlah pemimpin negara yang decide kan saja hal ini, kita sebagai rakyat hanya mampu menunggu apa keputusan seterusnya. Cuma, ada yang aku kurang senang bila, wartawan yang bijak ni, megajukan soalan ini kepada artis. Bukan nak kata artis tu bodoh dalam agama. Cumaaa ... Bak kata Wardina di Facebook nya ..
Hurmm .. Wardina berkata begini kerana disebabkan ruangan di salah sebuah paper ni. Baca lah. Aku tahu itu pandangan sabagai individu, tapi macam tak manis la pula bila tanya soalan-soalan tu kat artis. Hurmm.. Susah la nak kata. Hangpa paham kan sendiri la...
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..