Saturday, March 30, 2013

Makin Berusia Makin Mencabar

Jam dah nak masuk tengah malam, kepala masih weng-weng tah ke mana. Petang tadi p tengok hot air ballon dengan pakai baju kurung nya.. Soooo melayu kan. =) Alhamdulillah, bila tnegok event tadi, kurang sikit senak kepala ni. Sakit sangat bila fikir keadaan diri yang tak tahu hala tuju. 

Tak semua orang perfect and betuah. Betul tak? Ada yang kaya tapi kurang kasih sayang. Ada yang kurang upaya, tapi dikurniakan bakat yang tak dijangka. Ada yang cantik tapi tak cerdik. Ada yang hodoh tapi pangkat manager. 

Macam tu la cerita hidup kan. Baru lah ada asam garam nya. So, aku pon adalah asam garam nya. Tahun ni boleh dikatakan tahun yang agak mencabar pada aku. Almost everyday, aku dapat masalah yang kena diselesaikan. Mula-mula tu, anggap mudah je la kan, tapi bila lama-lama.. perasaan give up tu memang ada. Memang nak je meratapi diri yang tak berapa betuah, tetapi.. Macam yang aku kata tadi, bukan semua orang perfect, aku nampak je hari-hari senyum, ari-hari gelak, hari-hari berkongsi cerita macam takda masalah, tetapi dalam diri ni? Tapi, alhamdulillah.. ada juga tuah yang akan coming soon.. Aku harap tuah tu bakal mengubat  kelukaan aku.. =')

Banyak sangat menda nak tanggung. Masalah diri. Masalah keliling. Masalah orang dalam pejabat. Tapi aku walaupun mendapat tekanan di pejabat, aku tetap tegaskan diri aku, make sure balik rumah, tidor, esok buat-buat lupa apa jadi semalam. So, aku pon boleh kerja dengan  happy la kan. Selama aku kerja sini, aku pegang prinsip tu, tapi tipu lah kalau aku kata aku tak mengungkit kan, haruslah ada sesi mengungkit. Mana tak mengungkit kalau, semua kerja hambur pada kami, salah je cari kami, habis semua tugas dia kasi kami. Rasanya, pangkat sama, apa hak dia untuk perintah kami bagai dia manager tempat tu?

Kadang-kadang taknak fikir pasal pangkat tu, tapi tu la macam aku kata. Mesti ada pertikaian dari segi tu bila mana kerap sangat diperintah and tidak dilayan seperti rakan sekerja. Siapa mereka? Apa hak mereka?

So, now.. aku nak tamat tempoh dah.. aku pon pergilah apply untuk continue contract untuk beberapa masa sebelum dapat kerja tetap.. tapi unfortunately, kata-kata yang kami dengar dari pihak admin sangat-sangat tak dapat diterima.. Senang cerita.. sungguh terasa hati dengan apa yang disampaikan.. ='(

" orang dari unit lain boleh sambung, tapi unit awak taknak awak, dia nak orang baru" .. Istifar panjang kami.. kami tidak diberi ruang untuk tambah tempoh disebabkan kehendak unit kami. Urmm.. Terasa hati ya amat.. Terus time tu terlintas segala kerja-kerja yang kami buat dengan bersungguh-sungguh, never say no, just follow any order without saying anything, setelkan kerja diorang dengan cepat dan pantas.. tak pernah lagi tak siapkan kerja and tangguh kerja.. but, habuan yang kami dapat? Kami tidak lagi diperlukan oleh mereka. Bukan kerana mereka tak mahu masukkan budak kontrak, tetapi mahu orang lain yang jadi budak kontrak. Bukan nya kami. 

Apa rasa korang? Kami bertungkus lumus buat kerja, tak pernah kata tidak.. last-last kami di biarkan. Such a lovely attitude kan diorang tu? Aku tak marah, cuma terasa hati bila dapat tahu yang dorang taknak kami, tapi nak orang baru.. Aku doakan diorang akan dapat orang yang lagi hebat dari kami yang mampu pekakkan telinga, butakan mata bila kerja dengan diorang. Aku harap diorang dapat yang lagi baik dari kami. 

Takpe la kalau diorang taknak kami, maybe kami terlalu outspoken, simple, tahan lasak, never care others matter, and bla bla bla... So, anggap la bukan rezeki kami disitu, dan anggap la banyak hikmah lain lepas ni yang datang pada kami. Maybe kami tak bertuah sebab kami tak dapat kerja permenant, tapi kami bertuah kerana, kami mempunyai pemikiran yang matang dari mereka yang berumur 27tahun ke atas, kami bertuah kerana kami mampu mengukir senyuman setiap hari tanpa menayangkan muka masam macam diorang, kami bertuah kerana kami boleh bergaul dengan siapa sahaja tanpa rasa prasangka, kami bertuah kerana kami diberi dugaan yang maha besar bila kerja disini.. Kami terima.. maybe esok, tak pun lusa.. ataupun 10 tahun lagi.. Tuhan baru nak berikan kami rasa kesenangan, who knows right? So, now Tuhan kasi tuff situation pada kami untuk tengok kami mampu tahan iman ke tak. 

Hope tomorrow better than today.. Amin.. (^_^) .. Adalah hikmah disebalik semua itu semua kan.. hadapi segalanya dengan smart..

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..