Monday, December 2, 2013

Syurga Dibawah Tapak Kaki Suami

Semalam malam punya cerita..
Ada seorang kenalan,
seorang kakak,
yang aku respect.
Dia ada kelebihan anugerah yang Allah beri.

Ringkas sahaja cerita nya.
"Jika awak dapat tengok bagaimana keadaan Neraka, Masyaallah.. Penuh dengan golongan wanita!, gambaran di Neraka, memang tiada apa yang dapat digambarkan. Bukan seperti di dalam TV tu. Matahari panas tu hanya secubit je dari panas api Neraka tu. Bayangkan. Kenapa ramai golongan wnita yang berada di dalam Neraka tu? Kerana wanita ini tidak menjaga aurat, menderhaka dengan suami dan tidak menjaga amalan. Kalau awak tengok la gambaran keadaan dalam tu, mesti awak akan pergi kat suami awak, cium kaki dan sujud pada dia! haa.. mcm tu sekali tindakan kita kalau nampak apa yang ada dalam Neraka tu. Ini kerana, sedetik je kita buat suami kita terasa hati dengan kita, terus tiada syurga pada kita. So, jangan lah melawan suami, patuh apa sahaja yang dia suruh. Bila dia panggil. Terus pergi kepada dia. Jangan tangguh-tangguh. Bila dia suruh buat air, terus buat. Jangan tangguh-tangguh. Jika dia tak bagi keluar rumah, patuh pada dia. Jangan membantah. Jika dia marah. Kita jangan melawan balik. Ingat tu.."

Ni serba sedikit yang aku ingat la ayat-ayat dia.. korang faham-faham sendiri la ye. Alkisahnya.. Macam mana pun suami korang, sila lah hormat. Syurga di bawah tapak kaki suami. 

I love you suami.. hehehe...

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..