Thursday, February 21, 2013

Pangkat & Darjat

Assalamualaikum dan selamat petang.
Pangkat & darjat, salah satu punca yang boleh menjadikan kita berpecah kerana kemegahan dan keangkuhan. 

Dekat sini, aku bukan nak cerita pasal kaya ke apa ke kan, just nak cerita pasal insident dalam office aku ni. Especially department aku. Alkisahnya apabila ada orang yang sama pangkat dengan aku, mengarah aku seperti dia berpangkat manager. Fuhh. Aku masih bersabar sebab aku masih hormat dia. Tapi lama-lama, minta maaf la.. Memang aku pon balas balik la. 

Memerintah kami macam la kami ni kuli batak dia. Most of kerja dia, dia  bagi kami, soo kenapa tak bagi je jawatan tu kat kami? Korang amik jawatan kontrak kami, kami amik jawatan permanent ko. nak?

Penat okay bila hari-hari diperintah itu ini. Pantang nampak kami ni rehat sikit. Adalah yang datang bawak kerja. Kami ni ape ye? Korang bayar gaji kami ke? Dah tu, kalau cakap ngan kami, tak reti cakap elok-elok. Menengking, menjerit. Macam tu ke orang kerajaan bekerja?   
Korang dapat gaji tu, apa rasa korang ye agak-agak? Yelaaa, kerja korang lagi banyak dibuat oleh kami dari korang sendiri yang buat. Lepas tu, datang sini buat gaya mando. Letak tangan ke belakang, jalan.. gaya orang kaya berjalan sambil tinjau-tinjau. Peerrgghh, tu perangai yang pantang nenek moyang aku. Dah pangkat sama, kuli batak jugak, tapi kami yang kontrak ni di buat kuli batak dia pulak.

Takda pula dalam job description kami ni kena mengikut apa saja yang diperintah oleh pekerja yang SAMA PANGKAT! Tu yang sampai sekarang tak boleh terima sebenarnya. 

Lagi-lagi sekarang ni ada 5S, so kena lah gotong royong kemaskan kawasan pejabat dan kawasan kerja. So, ni satu hal lagi, stor fail yang dah dekat 10 kali kami kemas, 10 kali juga la disepahkan balik. 10 kali kami ubah, 10 kali la diubah semula mengikut citarasa bos yang sangat ramai kat sini. Tapi yang paling bossy nya ada lah yang N17 tu! Tinggi betul la angan-angan N17 tu nak jadi bos sampai kami ni dikerah macam kuli batak. Dia tengok je, dan tau membebel macam mat lampir. 

Aku lepas tengok perangai sorang-sorang kat sini, aku berdoa sungguh la aku tak jadi macam diorang. Pangkat tak tinggi mana, tapi perangai kalah pengarah jabatan. Agaknya tu sebab diorang tak naik-naik pangkat lagi, sebab perangai macam tu, memang tak layak langsung mendapat pangkat tinggi-tinggi. Sebab habis buat umat manusia dalam bumi ni membenci je. Aku  and geng aku salah seorang yang membenci dia tahap maksimum. Sabar dah habis sabar dah. 

Ni kami dok sabar yang extra tongkat ali punye.. hehe. Kami tak kisah dia nak tengking-tengking, nak mengarah-ngarah, nak menjerit-jerit, nak bajet-bajet mando. Tapi jangan salahkan kami kalau dikemudian hari, anak diaorang pon akan dapat terima nasib yang sama macam mana kami rasa ni.. Baru dia tau betapa tak tenang nya kerja  bila ada insan-insan hati kotor ni.

*Mood Agak Ke Arah Marah =)