Wednesday, April 3, 2013

Undi Itu Rahsia

Selamat petang!! Aku baru habis makan nasik goreng tadi. Tak pernah-pernah aku makan nasik petang-petang ni, tup-tup makan nasik.. Sebab apa? Sebab aku stress.! Nak makan coklat. Tapi kaki tibe-tibe melangkah ke kedai makan. So, chaloowww betehh! hehehe.. 

Semua dah maklum, PM kita dah bubarkan parlimen 11.30 pagi tadi. Aku tahu pon sebab FB Home Page aku penuh dengan berita pasal tu. Apa tu pembubaran parlimen? Aku tak tau.. =) . 

Seriously, politic bukan makanan aku. Bukan kegemaran aku. Bukan kesukaan aku. Dan bukan perkara yang aku utamakan. Walaupun mak pak aku layan politik, tak bermakna aku sebagai anak kena layan politik kan? Tak semestinya kalau mak pak aku taksub politik, aku sebagai anak kena taksub politik kan? Politik dulu dan sekarang dah lain..

Sekarang aku tak nampak perkara yang membanggakan melainkan pihak A tunding pihak B, Pihak B tunding pihak A, dan dua-dua tunding pihak C. Haaa.. Aksi tunding menunding terlalu banyak. Drama terlalu banyak. Tokok tambah terlalu banyak. Meng'ada'kan apa yang tiada, dan menh'tiada'kan apa yang ada. 

Ya, aku umur nak masuk 25 tahun, dah layak mengundi, dan aku juga sudah mendaftar. Tapi tak terlintas untuk mengundi. Maybe one day dah sampai seru, itu aku tak tahu. Yang aku tahu, aku ada 0.0000001% maybe pergi mengundi. 

Bukan aku berlagak. Tapi sikap orang ramai, sikap pemimpin dan sesiapa yang berkaitan, yang membuatkan aku merasakan, tak perlulah amik tahu pasal menda-menda ni. Penat tengok, dengar, perhati drama yang banyak sangat versi. Disebabkan politik juga, aku tak tengok dah TV. Sebab apa? Sebab bosann. Menda sama, ulang, pusing, belok kanan, belok kiri. 

Lagi kepantangan aku adalah, aku memang kurang suka bila ada orang suka cerita pasal politik kat aku. Lagi-lagi kalau dia penyokong tegar. Bangga sangat dengan pucuk pimpinan pemimpin yang dia sokong tu, and dengan seronok dia mengata parti yang membangkang parti politik dia tu. Dekat situ nampak tak negatif nya?

Kita memang ada hak layan politik, ada hak pilih parti politik mana yang kita nak, tapi jangan la tambah dosa. Kalau betul sokong parti A, sokong je la, tak perlu nak mengata buruk tentang parti B dan C. Yang berbalah nya adalah pemimpin tu, yang tau punca dan sebab utama perbalahan adalah dikalangan pemimpin tu juga, tetapi.. apa yang aku nampak, penyokong atau pengikut nya yang lebih-lebih, dengan hanya melihat di TV, Facebook etc... Tokok tambah, hasut menghasut, tuduh menuduh.. Dah kenapa? 

Aku walaupun tak minat politik, aku nampak, perhati, dengar, isu yang ada depan mata aku. Pada aku, yang baik amik, yang buruk jadikan tauladan. Bukan kondem. Sometime, buruk tu pun sebab di ada-adakan, dan baik tu pon di ada-adakan. Lagi mengerikan bila semua secara terbuka dah pandai nak main-mainkan isu sensitif lagi-lagi bab agama.. urmmm..Kalau nak jadi pengikut, jadilah pengikut yang bijak, bukannya sokonggg je walaupun tau ada yang salah. 

Subjek Sejarah aku tak pandai, SPM dapat C. Sebab memang sejak azali aku tak minat dan sejak azali aku tak dimanjakan dengan politik. So, bila orang bercerita pasal politik ngan aku, aku sangat mudah naik hangin, sebab apa? Sebab bila dah cerita, banyak laa mengata dan mengutuk, mencarut. Apa tu?  Nak cerita-cerita je laa.. Bukannya nak kondem sana sini. Kalau rasa nak kondem orang, aku bukan orang yang tepat untuk  mendengar. =)

Undi itu adalah rahsia. Itu slogan zaman dulu. Sekarang slogan tu tak boleh diguna pakai dah. Sebab semua dah tak rahsia.. Orang-orang sekarang ni terlalu taksub sampai aku jadi takut tengok. Pelik sangat kan. Kadang-kadang aku cuba jugak nak mendalami ilmu politik ni, tapi tak masuk-masuk. Sebab pada aku, macam tengok drama melayu je.. =_='

Setiap orang beza pendapat, ada yang sokong BN, ada yang sokong PAS dan ada juga yang sokong PKR. Pilihan di tangan korang. Yang penting, jadilah pemilih yang bijak. Buat masa ni, aku tak bijak, sebab aku takdak perasaan terhadap apa-apa pon. Aku lagi excited untuk cari kerja, fikir masa depan aku, fikir apa aku nak buat dengan hidup aku, fikir macam mana nak majukan diri aku, fikir macam mana nak hadapi kepayahan dalam hidup, menghadapi kepayahan berdepan dengan pekerja yang menyakitkan hati, berdepan dengan tamat kontrak kerja and bla bla bla. 

Nampak tak? Banyak lagi menda yang sangat penting yang aku perlu fikir. Dari sibuk hal politik, sibuk nak back up pemimpin sana sini, baik aku diam-diam improve kan diri aku. Lagi dapat hasil.  Kann.. Biarlah orang nak kata aku ni bongok ka, bodoh ka, tak tau kenang jasa ka, tak tau balas budi ka, tak ada sifat patriotik ka.. janji aku bahagia. 

# kiri kanan aku penuh bendera.. terpampang banner.. aku hanya mampu tersenyum.. (^_^)