Thursday, January 24, 2013

Kegatalan Melanda

Sejak seminggu dua ni.. Aku dilanda satu penyakit, iaitu penyakit gatal! Bukan gatal yang menggatal dengan lelaki tu, tu ada jugaaaaaa.. tapi sikit laa =p , tapi ni gatal badan. Apa yang aku nampak, office aku kalau tempat gelap ada nyamuk, dia cari aku gak untuk digigit. Then baru-baru ni, air-cond office macam baru diservice, sebab nya suhu mengalahkan London! Hahahaha.. 

Aku sangat sensitif dengan sejuk. Sejuk yang sangat-sangat. Sebab nya, aku tak sure la kan. Yang pasti, aku tak boleh sejuk sangat. Kalau tak, tangan aku akan naik gegata. Last-last sejuk melampau-lampau sangat, aku pon garu lah tangan aku dengan bersungguh-sungguh sampai tak sedar diri! At the end.. tangan aku membengkak dengan berjayanya tanpa segan silu.
Nampak??? Kembang tangan aku!! Kamera tak mahal. Kalau tak, korang boleh nampak banyak gerutu yang bengkak-bengkak dan sakit nye yang amattt. Hehehe.. Nampak cincin tu? Kat situ je mampu di letakkan. Sebab bengkak jari over sangat.

Kawan aku kata, kejap je bengkak tu.. takda apa nya, paling kurang pon, 2 3 jam je.. Haaaa. aku pon percaya lah cakap dia. Last-last, sampai sudah tak surut-surut. Disebab kan aku terlalu tak tahan tangan untuk menggaru, malamnya aku pergilah ke farmasi membeli ubat gatal. Dah tak mampu beli ubat sapu. Baik beli yang makan je, baru la saksama dalam badan kan. 

Alhamdulillah, lepas makan ubat.. semuanya okay. So, ubat tu akan berada di tangan aku 24 jam. Sebab sangat mujarab. No more gatal in me!! Gatal lain boooleeyy (^_^).

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..