Friday, March 15, 2013

Ter-excited Pula...

Selamat Tengahari Semua!! Dah makan? 


Okey, aku saja nak tunjuk aku punya projek bunting pertama. Ini first time punya kerja ni. Sebelum ni reti buat doodle biasa-biasa je, saiz kecik-kecik punya keje. So, takda la masalah sangat kan. 

So, pada suatu hari, ada sorang kawan aku, dia merisik aku punya karton ni, dia kata nak mintak aku buat bunting untuk adik ipar dia. Aku dalam hati ni, tak berapa yakin, tapi aku sahut cabaran nak buat menda ni, sebab aku suke kan.. Hehhee.

Aku dengan gagahnya, buat dengan seronoknye. Search google bagai. Tanya orang bagai. Yela, aku memang tak pernah amik apa pon kursus untuk bidang ni, nak tak nak aku kena belajar sendiri and explore sendiri. 

Buat punya buat, tunjuk pada member aku,.. Pertama-tama kali tunjuk, ada error dari segi color dan ada sedikit yang nak dibertulkan, so aku touch up sikit apa yang patut, improve sikit apa yang patot. Setiap sudut aku telek kasi cun. hehe.

Lastly, aku nye artwork siap dan di approve! 

Aku masih berdebar-debar selagi bunting ni tak di print. Time tu bulan 12 kot siap design ni. So, wedding bulan 3, punyaa la aku risau kan, kot-kot la kalau keluar je pecah-pecah ke, kaler jadi lain ke kan... Doa punya doa.. 

Akhirnyaa..
Seronok gila!! Bukan sebab dia kata cantik tu.. Tapi tu extra suka la.. tapi sebab projek pertama bunting aku menjadi.!! Alhamdulillah... Akhirnya.. Semangat . Usaha. Confident diri. Itu je aku pegang bila buat menda ni. hehehe.

Thanks to kak ilyani.. kerana mempercayai ku.. hehehe =)

2 comments:

  1. Cantik buntingg! Boley mintak tolong buatkan kiteorang punya nanti ! :)

    ReplyDelete
  2. cantikkk! kreatifff.. cumey!!

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..