Monday, February 4, 2013

Pameran Pengantin 2013

Selamat pagi semua..
Weekend lepas keluar bagai  nak rak walaupun hujan.. Dahla aku agak penat layan cuti am  yang banyak sekarang ni, ni nak layan kerja lain pulak kan. Nasib la keje lain tu happening dan pening. So, semalam aku pergi ke Shah Alam singgah sebentar di SACC Shah Alam. Ada apa??
Ada menda ni laaaaaa
Saja nak buat research kann.. Acecehhh ^^
Pergi punya la awal kan, konon-konon nak cari mana-mana yang berkenan katanya.. Masuk je SACC parking, tak best. Hahaha. Sebab jauh kena parking. Then, pergila ke lift, masuk-masuk je, scary, sebab lift dia boleh buka pintu dua-dua side. Scary. Hahahaha.

Okay, masuk-masuk entrance hall je, kena daftar seperti biasa, then masuk jeee terus.. Urmm.. Biasa je. Tak banyak pon seperti  yang aku tengok kat PICC hari tu. Kat PICC lagi menarik. So, masuk laa, jalan punya jalan.. Last-last kami decide, Jom Balik! hahaha

Okey la. Meh baca apa yang aku dapat kat sana ye (gambar satu pon tak amik sebab sangat la bosan event tu):

  • Banyak sangat catering service
  • Harga yang diberikan banyak yang pada aku agak mahal (bukan patutnya kalau exhibition ni adaaaala harga yang luar biasa kannn)
  • Design yang agak bosan juga
Haaaa... sebab yang utama yang buat kami malas nak duduk lama kat dalam tu adalah, HARGA yang diberikan. Samaaa je dengan harga luar, yang mahal lagi dari harga luar pon ada. Sangat-sangat mahal. Aku memang dari kalangan sederhana ni, memang tak mampu la kot nak layan harga yang pada aku mahal sangat la. Kadang-kadang macam tak masuk akal juga. Gedik-gedik masuk dalam sebab nak tengok pelamin dan baju je, tapi disebab kan harga yang kurang menepati citarasa kami, kami terpaksa lupakan. 

Aku harap, ada lagi exhibition lepas ni, adalah pakej-pakej untuk kalangan yang sederhana dan rendah macam kami ni. Macam membazir sangat keluarkan puluhan ribu untuk majlis ni. Bukan taknak dikenang sampai bila-bila, tapi kalau dah menyusahkan, baik kita tak payah amik kan.. Simple is better. So, kena lah cari lagi dan lagi, harga berpatutan, cantik dan puas hati.! Misi utama diteruskan!!! (^_^)