Wednesday, September 12, 2012

Just few minutes




Selamat hari raya!!! Hahahaha.. Raya dah habis kan? ke ade lagi ye? Lama benau tak update blog nii.. Almaklumlaaa.. hidup sekarang kurang teratur.. Apa yang aku nak ceirakan dekat sini hari ni, waktu ni, dan di kala ini adalah.. Tahun 2012 adalah tahun yang kurang bertuah bagi aku.. itu yang aku fikirkan untuk beberapa bulan sebelum ni la kan.. tapii itu lah.. kita takkan jangka, bak kata-kata ni:

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Kata-kata tu sangaaat betul! Ini berlaku pada diri aku untuk tahun 2012 yang bakal nak berakhir lagi beberapa bulan ni kann. Yela, meh aku cerita.. tahun ni agak penat sangat sebab aku banyak berusaha untuk mencari sepinggan nasi. Kerja yang aku lakukan di salah sebuah firma dah berakhir. Berakhir dek kerana kurangnya tanggungjawab seorang bos terhadap pekerja nya yang setia ni. Sampai laaaa ni aku masih tak dapat payment aku. Berserah kepada tuhan je la..

Laa ni, sedang berusaha mencari sesuap nasik melalui perniagaan online aku.. iaitu MIJA Selection ... Menjual pelbagai barangan wanita/lelaki yang terbaru dan termurah dipasaran! Haaa.. sempat promote tuuuu.. hahahaha.. ye laaa.. nak cari sesuap nasik kan.. hehehe.. 

Online shop bukanlah mata pencarian utama aku.. sebab tu aku masih lagi mencari kerja yang sepatutnya bagi aku... kalau diikutkan hati aku, memang aku nak menjerit.. nangis, nak marah stress dengan kehidupan aku ni.. memang kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. baru tahu makna sebenar kehidupan.. duit tu memang tak penting, tapi duit tu juga la perkara penting untuk hidup.. betul tak??

Walaupun banayk ujian dan dugaan yang timpa aku sekarang ni, Tuhan Maha Mengasihani, dia datangkan pelangi yang indah pada aku.. Sesuatu yang mampu mengubah hidup aku.. Insyaallah aku harap minta dimurahkan rezeki lagi selepas ini.. AMin..

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..