Tanggungjawab..
Korang tahu makna tanggungjawab??
Errmm.. aku takda la tahu sangat makna mendalam tanggungjawab tu, cuma aku tahu la apa yang dimaksudkan dengan tanggungjawab tu.
Kenapa aku sibuk bercerita pasal tanggungjawab?
Ini kerana, aku penat menjadi orang yang bertanggung jawab.
Haaaaa.. kenapa?
Ini kerana, bila aku yang bertanggungjawab, yang lain hanya menutup mata dan membuat seperti tiada apa yang berlaku.
Ini yang berlaku sekarang dalam kehidupan aku. Aku bukan nak sangat take responsibility ke atas segala hal. Ini disebab kan aku malas nak bertanggung jawablah, berlakunyaa sesuatu yang tak patut berlaku. Aku malas nak bertanggungjawab ke atas sesuatu ni sebab aku nak tengok ada tak orang lain yang nak amik tahu mengenainya. last-last ia melarat sampai 3 ke 4 bulan.. Nobody care!! At last, bila dah dapat warning, aku pon melakukan tanggungjawab tu semula. Atas dasar apa? Dasar KEPERIMANUSIAAN! Jangan ingat aku menghadaaaaaap sangat nak buat. Sebab bukan orang lain je ade kerja, aku pon masih ada kerja yang WAJIB diselesaikan dalam masa terdekat ni. Tetapi, nampaknya, aku ni laaaa yang terhegeh-hegeh menggalas tanggungjawab dengan rela nyaaa. Orang lain?? Wallahualam..
Tujuan aku tak amik kisah selama beberpa bulan tu adalah sebab nak ajar orang lain bertanggungjawab ke atas hal-hal yang patut dilakukan bersama, tetapi misi itu GAGAL!. Maybe orang lain tu banyak sangat kerja. Maybe orang lain tu sibuk sangat dengan hal duniawi dia. Maybe orang lain tu, tak tahu mana nak setelkan menda tu walaupun dah berzaman menetap di sini. Maybe orang lain tu rasa kat sini ada KULI yang boleh buat semua ni. Ini MAYBE la kann.. biasa laaa.. manusia .. ataupun maybe kat dahi aku ade cop "AKU BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA HAL" kot kan..
Aku sebenarnya nak marah, tapi aku takda masa.. sebab masa aku sangat pack! Tidur pon tak cukup. Jangan ingat aku tak kerja, aku takde kerja nak buat. Aku masih ada 1001 tanggungjawab nak galas. Tapi masih mampu nak hadap menda yang patut di settle kan bersama-sama ni sorang-sorang. Korang kat mana? Dunia korang la kann..Hidup dah biasa senang.. macam tu laaaa..
Aku masih berpegang pada prinsip ALLAH ITU MAHA ADIL..
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..