Thursday, September 13, 2012

Ketiak BASAH/LECAK/BANJIR

Hahahaha.. biasa terjadi?? Sapa biasa.. angkat tangan!!!
OOOoooopppp!! No no... turun tangan tuu.. fuuhh ketiakkk!! hahaha.. 
Sesiapa ada masalah ketiak basah yang maximum meh sini aku kasi solution kat korang. Seriously berkesan!!! Macam mana aku tau?? sebab aku pon ade masalah yang sama.. Aku tak malu nak bagitahu sebab sekarang masalah aku dah 99.9% sudah ditangani.. SERIOUS TAU!!.. No more banjir. hahaha.. Apa yang aku pakai?? meh aku tunjuk kat korang... Tadadaaaaa..


Haaaa...Ini lah rahsia nya tau... Perspirex! The best product yang aku dah jumpa. Finally... Aku ni memang kuat sangat berpeluh, maybe sebab liang roma aku besar gajah kot kan.. Peluh melampau-lampau. So, bila nak pakai baju pon kene pilih, kalau siang-siang, pakai la yang warna yang tak berapa tak menampakkan peluh dan juga pakai jenis kain yang tak panas. Haaa gitu. Payah kan? Bertahun-tahun cari solusi.. sampai mak aku bagi cadangan pergi buat pembedahan kecilkan riang roma bawah ketiak. hahahaha. 

So, dengan rajin dan saksamanya, aku search la kat internet(sumber di hujung jari), zuup!! tros la keluar pelbagai cara dan petua untuk mengurangkan peluh bawah ketiak.. Pakai bedak la, jangan cukur bulu ketiak la, jangan pakai baju time ketiak basah laa, apa laa.. hehe.. then aku cari apa produk yang terhebat untuk kurangkan peluh di bawah tangan a.k.a ketiak. Zaaapp..!! terus keluar PRESPIREX.. itu jee yang keluar. Produk lain takde pon. 

So, search punya search, mana nak cari produk ni, bukan di kedai nasi ayam gemas, bukan di kedai mak cik limah , dan bukan juga di kedai ah soon tayar sdn. bhd.. tetapi .. produk ni boleh didapati di setiap farmasi yang terpilih.. kenapa terpilih? sebab tak semua tempat ada. Aku beli dekat guardian KL Sentral. Sebab kat Putrajaya takde.. Itu lah kisahnyaa. 

Korang kalau nak beli, carilah sendiri ye.. usaha. Nak ketiak kering tak??? Hehehe.. 

Berapa lama nak dapat kesannya?? 
Sekejap je!! Apply satu malam, esok dah merasai kehebatannya.. Botol dia kecik je, tapi untuk kegunaan 3 bulan. Sebab bukan hari-hari kene pakai.. Lupa nak kata, perspirex ni ada dua packaging, yang atas tu yang lama, yang baru dia warna biru putih. Depend pada kedai, rasanya kat Malaysia still guna packaging atas tu.. 

Harga dia berapa?
Harga dalam lingkungan RM58++.. Mahal la sikit kan.. sebab produk dia bagus. Korang lupakan la dulu baju cantik-cantik, mekap-mekap, korang ambil duit tu buat bayar Perspirex. Sumpah tak menyesal. 

Lepas pakai Perspirex, aku tak pakai deodorant pon takpe, ketiak tak berbau pon. Dan ketiak basah sudah tiadaaaaaaaaa (^________________________________^)