Selamat petang!! Aku baru bangun!! Yeaay!!! Korang cuti kan hari ni?? haaaa.. taik mata still bertepek ni, terus buka laptop. Teruk sungguh. ehehe.
Okey, meh cerita sikit apa yang aku rasa sejak menjak ni. Begini, aku sekarang jarang sangat buka FB personal aku. Bukan apa, aku kadang-kadang rasa dengan buka FB ni, dosa aku makin bertambah. Cukup-cukupla dosa yang nyata ni kan.. ni dok tambah pulak dosa yang tak nyata.
Sebab ape aku meluat nak buka FB?
Sebab nya, bila buka FB, aku akan tengok News Feed. So, kita kan minah kepoohh, so kene la baca semua yang tertera. Macam-macam la yang logik dan tak logik yang keluar.
So, apa yang aku meluat sangat??
Begini, aku ni kan, pattern akan melihat perangai setiap friend list aku tu dengan melihat status wall nya. Dari situ kita dah tau dia ni macam mana kan. So, kes aku ni ade dua jenis yang aku meluat.
a) Hari-hari pos kat wall, setiap masa dan setiap jam bagitahu apa aktiviti dia. Nasib BERAK dia tak bubuh. Dan tibe-tibe dia pos kat wall dia, sebagai tanda amaran, 'Tak semua menda boleh cerita kat FB ni, menda privasy kene simpan gak'(lebih kurang gitu la ayat dia) . Der! , ko 24hours dok update buat tu ini, tup-tup ko buat status macam tu. Ko tak perasan ke ko macam tu? Tau pulak ko meluat ngan orang yang cerita hal diri 24jam kat wall kan.. Tapi ko? hahaha.. Tu la orang kata.. Tepuk air terpercik muka sendiri. Hahaa. Pepatah gila dari aku. =)
b)Hari-hari dok post tentang agama, motivation, dan yang seangkatan dengan nya. Then maybe ada yang kondem dia kot sebab dia selalu post tentang agama.. So, dia pon post la kat wall kata ' biarla orang nak kata aku ni tunjuk alim ke, warak ke, janji aku ada juga rasa nak belajar agama, dari ko? At least tingkatkan la ilmu agama untuk bimbing isteri ko nanti'(ni pon ayat lebih kurang). Haa, aku tak salahkan dia punya nak belajar tu, tapi kannn, dia ni menyampah gile. Bajet cantikkkk sangat. Bajet retissss sangat. Bajet ayat nak bagusss je. Dia post macam-macam motivation bagai la kan, tapi bila tengok gambar, ko pakai tudung dah kira elok laa, tup-tup gambor muka itik tu la yang banyak. Gambar bajet comel la yang banyak. Apa kata ko belajar asas agama tu betul-betul. Ada ke dalam agama tu kata, sebagai wanita ni wajib tunjuk muka macam tu kat khalayak? hurrmm. Budak-budak baru meningkat naik, kalau dah terlalu konfident, padahal diri tu tak segreatest mana.. tapi tahu nak nasiiihat orang je, bila orang tegur dia, tau pulak nak naik hangin. Tu la orang kata.. BODOH SOMBONG.
haaaa. nampak tak kes dua-dua ni? baru dua kan? Banyak lagi yang meluat kat FB ni. Yang mana semua menepah makian dari aku. Hahaha. Aku ni senang je orangnya, kalau ko buat apa yang kene dengan diri ko, dah cukup bagus. Ni tidak, ko hari-hari bajet baguuuuus sangat, bajet hebat gile, kata itu ini, tapi ko sendiri?? Ke lauuttt derrr. =_='
Budak-budak sekarang ni, kalau bercakap memang melebih kan? Aku pon rasa aku pernah jadi budak-budak macam diorang dulu, tapi aku masih mampu separate kan bab sensitif dengan bab umum. Sebab kita tahu akibat kalau terlalu gah dengan bab sensitif kan. Orang kata, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kataaaaa.. ko menempah maut la kan.
So, untuk selamat, berhati-hatilah dengan ayat-ayat yang korang nak post. FIkir 2 3 kali dulu. Jangan la buat orang sekeliling meluat. Jangan ingat orang Like status ko tu bermakna dia suka ko, orang ni ada dua, Suka dan Tak Suka. So, berhati-hati. Sat lagi ada yang kondem ko depan-depan baru ko tahu apa itu kehidupan. hahahaha..
Dah macam apaaa dah aku tulis kan. hehee.. Ini idea yang keluar semasa dalam tidur. =)
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..