Ada ke...
- Lelaki yang annoying dalam dunia ni lagi??
- Lelaki yang busy body 24hour tentang hal perihal kawan dia yang juga seorang lelaki??
- Lelaki yang bajet-bajet amik peranan girlfriend dimana dia nak amik tahu segala hal dan marah bila kawannya tu tak inform mana dia pergi, apa dia buat dan sebagainya?
Haaaaa.. Ade ke wujud lelaki macam tu?? Puuhh... Kehidupan aku sekarang ni boleh jadi tak hepi dek kerana lelaki itu.. Kalau BFF pon, rasanya tak perlu la nak busy body dengan kehidupan peribadi kawannya. Ye kan?? BFF bukan bermaksud, kene tahu segala macam pasal kawannya sampaikan cerita dalam spender pon nak tau kan?? Betul tak?
Aku banyak kawan lelaki, tak pernah pulak aku jumpa jenis lelaki yang super annoying macam yang aku jumpa ni. Berapa lama aku boleh tahan dengan perangai memualkan ini aku belum tahu lagi. Kalau dia melampaui batas kesabaran aku, aku memang tidak semena-mena akan memangkah, mengcaras dan memancung diri dia. hahahaha.
Sempena bulan puasa ni, aku akan cuba menahan nafsu amarah. Aku akan tukarkan amarah aku kepada perbuatan yang bijaksana. Apa yang bijaksana tu, aku tak boleh nak rungkaikan dekat sini, banyak cara boleh guna, asalkan guna akal dulu baru melakukan perbuatan tu. Yang penting, pandai bermain dengan psychology.
Apa yang mampu aku katakan dari kes lelaki annoying ni adalah... Dia kekurangan kasih sayang. Itu je. So, pada pandangan aku, sehebat mana kita, secantik mana kita, semacho mana kita, sekaya mana kita, sepandai mana kita, sepopular mana kita, kalau jiwa kita tidak dipenuhi dengan kasih sayang dan amalan yang sepatutnya, APA PON TAK BOLEH... Ada segala menda tapi jiwa kosong.. Alamatnya, jika tidak bijak kendalikan perasaan dan emosi, kelak akan menghancurkan diri sendiri.. Jangan disebabkan sifat iri hati, orang sekeliling menjadi mangsa nya kan.
Nak story banyak pon tak guna kan, kalau aku tengok time Ramadhan ni perangai dia masih begitu, itu membuktikan diri dia yang sebenarnya. Jika time Ramadhan ni dia berubah, itu bermaksud, dirinya sebelum ni adalah dikuasi oleh jin dan syaitan. So, aku mampu berdoa dan memerhati sahaja sehingga sampai waktu yang sesuai.. =)
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..