Korang pernah tak berlaku situasi ni, dimana korang ada pernah berkawan dengan kawan ni dulu. But now, korang dah kurang rasa nak kawan dengan kawan tu di atas sebab-sebab seperti:
- Makin menyakitkan hati
- Menyusahkan
- Mengongkong kehidupan kita
- Ingin mengetahui apaaaa sahaja tentang peribadi kita
- Time kita senang ada, time kita susah takda
- Membuat perangai yang menyakitkan hati kita ... etc
Ada? Mesti ada kan.. Aku tak rasa la aku sorang je ada jumpa orang-orang macam ni. Aku ni jenis mudah je kalau berkawan, aku akan lihattt je dulu orang yang aku nak kawan tu. Tengok perangai dia, tengok gaya dia, tengok tingkah laku dia. Aku bukan ustazah nak pilih budak baik je jadi kawan aku, cuma aku manusia biasa yang akan memilih kawan yang menyenangkan hati dan perasaan aku sahaja. Ini kerana, aku manusia biasa yang biasa dengan sifat marah, sakit hati dan sebagainya.
Kadang-kadang tu, kawan tu bukan buat apa sangat pon, cuma kadang-kadang kawan tu sangaaaaaat 'ambil berat' hal kita sampai kita sendiri naik rimas. Kita sendiri rasa macam ada second gf/bf pulak kann. Haaa, asal kita nak keluar dating, kawan tu kol tanya 'ada mana?? kenapa tak bagitahu aku nak p sana?? aku nak p sana gak, nak beli itu ini.'.. See, sampai begitu menyibuk nye manusia bernama kawan tu.
Ada situasi lain pulak yang menyebabkan kita ni kurang nak berkawan dengan kawan tu, macam kita selalu membantu dia, layan dia punya perangai, tapi dia? Hanya tahu berlagak dengan kehidupan peribadi dia, tahu nak kitaaa je ikut kehendak dia, tahu adaaa je orang yang akan follow segala kemahuan dia.Jadi kemahuan aku?? Takdaaa sapa amik tahu. Asal kawan tu senang, sudah laaa kan. =)
Banyak lagi nak cerita sebenarnya kalau berkaitan dengan topik ni, tapi korang pandai-pandaila fikir sendiri. Kita bukan taknak kawan dengan kawan-kawan yang berperangai menyakitkan ni, cuma kita nak jauhkan diri je kalau boleh, kawan still kawan but just kawan begitu je laa.. Benci? Maybe awal-awal tu adalah perasaan benci, but lama-lama muak juga kan nak benci kalau perangai kawan tu still sama. Lagi satu, aku nak avoid diri aku dari merasa sakit hati dan sakit hati tu la boleh pulak membuatkan aku nak mengumpat pasal kawan tu ke, mengata pasal kawan tu ke dan macam-macam negatif lagi kan.. So, biarkan je la, layan kan but biasa-biasa sahaja. (^_^)
Buat apa layan menda yang menyakitkan hati, buat muka kita bertambah tua je kan.. =)
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..