Thursday, March 22, 2012

Wanita Vs Kebersihan

Selamattt kepagian semua. Tengah buat apa tu?? Dok mengemas umah ke? Ke tengah mengemas tempat kerja korang? Hahaha. Okayla, hari ni nak celoteh sikitla.  Pasal kebersihan sikit. Hurmm..

Meh aku kasi copy paste sikit hadith mengenai kebersihan :

“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”

Nampak tak betapa pentingnya kebersihan dalam Islam seperti yang di riwayatkan dalam hadith di atas. Haa. Apa aku nak habaq ni bukan apa, aku just nak advice gadis-gadis, wanita-wanita, adik-adik, kakak-kakak, mak-mak, nenek-nenek, kawan-kawan perempuan ...

Tolongla, reti menjaga kebersihan dari segi  diri, keperluan harian dan yang paling penting tempat kediaman korang. Korang suka ke duduk tempat kotor-kotor?Haaaa..mak dah naik suara dah ni. Heheh. Okeh, aku bukan nak kata aku ni pembersih ya amaaaaat. Tapi kiranya aku ni tahu la nak jaga umah kasi bersih..

Senang je ceritanya, bila kita duduk rumah, kita nak suasana yang aman dan damai dek kerana stress dengan keadaan siang waktu bekerja. So, bila balik rumah, mesti kita nak suasana yang sedaaap mata memandang kan. Kalau korang balik, tengok rumah bersepah, lantai melekat, bilik air berkarat, sampah membuak, apa korang rasa? Nak lempang je diri sendiri kan?

So, bagi wanita gadis seluruh dunia, silalah rajinkan diri untuk menyapu lantai, mengemop lantai, mengelap habuk, membuang sampah, mengcuci jamban dan adik beradiknya. Walau korang kerja sehebattt mana pon, sesibukkkk mana pon, setingggiii pangkat mana pon, korang tetap kena kemas rumah. Jangan asyik nak harapkan orang lain jadi 'bibik' korang. Tak patot tu.  Kalau korang duduk ngan family, takkannn la dah  besar gabak nak biar mak korang gak yang buat? Kalau duduk ngan kawan-kawan, takkan la nak soh bibik datang buatkan kan? takkan nak tengok je kawan yang sama gak yang buat kan? 

Jangan la terlalu malas untuk buat kerja rumah, kita ni sebagai perempuan, cantik mana pon baju, pakai barang mahal sekalipun, kalau tak reti jaga kebersihan rumah, TAK GUNA JUGA. Rugi jadi perempuan. Nak kata penat keluar cari rezeki, orang lain pon penat cari rezeki, nak kata tak reti mengemas, memang sampai mampus la tak reti kalau asyik cakap tak reti tapi tak pernah nak cuba mengemas, kalau nak kata mak tak kasi, meh jumpa aku, biar aku slow talk ngan mak korang. Huh

Panjang dah aku celoteh ni, aku bukan apa, dah banyak rumah aku duduk sebelum ni kan, so aku paham la kerenah-kerenah sesetengah orang. Macam rumah kampung aku, makpak aku orang meniaga, semestinya rumah agak messy, tapi aku sebagai anak, bila balik ke sana, pandaila guna kekretifan aku nak kemas kasi clean balik kan. Jangan la terlalu mengharapkan makpak korang. Kalau korang rasa korang ada tanggungjawab, korang buat..

Macam rumah sewa kan, mesti duduk ramai-ramai, jangan la asyik biarkan orang yang sama buat semua kerja. Korang balik-balik je rumah dah cantik, rumah dah sedaaap di pandang, korang jadi besar kepala la kan. tapi bila rumah kotor berkarat, korang buat apa? BUAT TAK TAU JE LA KAN. Erm, susah macam tu.. Lagi-lagi kalau yang bujang macam aku ni, kalau time bujang ni tak reti nak mengemas, for sure la time dah kawin nanti terkial-kial la korang nak mengemas, baru la kantoi ngan mertua kan, harap muka lawa, padahal pengotoq!. Huh.

Dah dah.. sudah cukup melalut aku ni, cuma tu la .. macam aku post kat FB dulu-dulu tu...

KALAU RASA NAK JADI PENGOTOQ,TOKSAH JADI PEREMPUAN!!

Sekian. jelik.


1 comment:

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..