Wednesday, March 21, 2012

Mengimbau 2005

Selamat pagi semua.!!

Hari ni bersamaan 21/03/2012... haaaaaa.. budak-budak SPM tahun lepas mesti tengah gendong macam-macam perasaan kan?? dup dap dup dap!!!

6 tahun yang lepas, aku jugak alami perkara yang sama. Haaaaa sungguh asyik okay. hahaha. Mana tak nya, dah dalam otak memang bersedia nak mengadap mak and apak aku. Ini berpunca dari sikap aku yang tak bersungguh-sungguh langsung amik peperiksaan SPM. Haaaaa. So, Hambikkk kau. Result tak best langsung. A?? Jangan harap. HAhahahahaha!! Gelak dekat diri sendiri. Orang lain, mesti ada satu A paling koman pon kat Bahasa Malaysia kan? Aku? Toksah cite laaaaaaaa.. Aku pon kadang-kadang fikir, hari-hari aku cakap BM tapi BM dapat 4!!!!!!! Cehhh!. lagi sikit nak dapat C. GILA. Mak geleng kepala. tu la haaaaiii... 

Makpak antar p sekolah soh belajaq.. Bukan main. Hahaha. Itu la yang terjadi kepada aku. Aku ni kalau dapat masuk apa-apa aktviti, ,memang aku akan taksub kat situuuu je. So, alkisahnya bila tahun 2005 iaitu time aku kat tingkatan 5, aku tekad, aku nak masuk Kadet Bomba sebab nampak syok.! Lagi satu, Kadet Bomba kat sekolah aku time tu tengah popular. Kiranya bolehla poyo-poyo kan, bajet hottt bila dapat masuk Kadet Bomba. Haaaa. aku berusaha time masuk ujibakat. Ade ujibakat tu. hahaha. Tup tup, aku terpilih!!!!!YOoooHHHhhooo!!

Dah kata masuk Kadet Bomba, adalah kawad kaki kan. So, setiap tahun sekolah aku jadi top 1untuk pertandingan kawad kaki. Kira paling hot di Pahang la time tu. Bila masuk pertandingan je, semua orang kenal. CeeeeeehHHH. Seee hot ke tak hot?? Haaa.. So, bermulalah kehidupan Kadet aku bermula awal tahun tanpa rasa bersalah nak exam SPM. Ade aku kisah? hahaha. So, bermula dengan pertandingan peringkat daerah sampaiiiii la kebangsaan.! See, betapa hebatnya kami kan.! Hahahah. BANGGA! BANGGA! .. =) 

sapa nampak aku... dia hebat!.lalalalalala..
Oleh kerana terlampau hebat aku nye pasukan ni, maka training kawad kaki dan kerahan harussslah diadakan setiap petang setiap hari. Kulit?? Toksah tanya la... No fair and lovely, just arang. Hahaha. Hitam gila muka aku, macam anak angkat pulak bila aku balik umah. Pak aku mampu geleng kepala. Hahahaha... Dasar anak bongsu degil! 

Training....pertandingan...training..pertandinga... berlarutan sampai nak dekat beberapa bulan nak  exam, time tu aku sungguh syook sampai satu hari bapak aku tanya.. ' Seronok sangat ke main tu ? Dah lupa ke exam lagi bape bulan ni?' ... DUUUUMMMM!!!! =_#  ... aku lupaaaaaaaaaaa... terlalu alpa.. time tu jantung berdup dap gak laa, bapak aku kalau marah, lain macam sikit, nak taknak, aku kena redha. Time tu nak dekat pertandingan kawad kebangsaan kat Perlis. Aduuuhhh... Takpa-takpa, tahan telinga lagi, try study apa yang patot. Padahal, takdela sungguh-sunggu sangat aku study. hahaha... Sooo bad ..
kenangan ni tauuu..korang ade?? carila lagi kalau jumpaaa.. =_= 
So, lepas habis segala bagai pertandingan, aku pon relax dah laju-laju baca buku. Derrrr kalau baca buku last-last minute ingat ade magic ke boleh kasi kau A semua subject? Memang tak leeeeee. =_= .. So, dengan seronoknya, aku amik result takda A dan ada nya E.. DEMMMMMM lagi. time tu nak menyesal pon tak guna. Ingat nak give up la kononnya.. hahaha.. lawak..
Kenangan di Dorm C2... =)
So, aku pon takpeeeelaa... dengan result macam ni, sah-sah takda universiti tempatan aku akan dapat, aku redha lagi.. Then lepas tu aku cakap kat mak aku nak kerja kat tempat kakak aku. So, tak sampai sebulan kerja, aku dapat offer MSU.. Private college deeeerr.. amik je la dari takde kan. HAhahaha.. So, time Diploma.. still tak insaf-insaf.. Result Masyaallah.. hahahahah!!!!

Then sampaila sambung ke Degree, Alhamdulillah, baru aku nak insaf.. Result Alhamdulillah, dapat juga merasa jadi salah seorang dean's list.. hehehe. Alhamdulillah lagi. Dan sekarang, dah dapat kerja walaupun kena mula dari bawah. Alhamdulillah lagi. Kalau idtu dah rezeki aku kan.. Maybe kemudian hari rezeki lagi berganda kita tak tahu kan??? Semua Tuhan yang aturkan.. =)

So, kepada adik-adik yang nak amik result tu, dapat apa keputusan pon takpa. Jangan ingat nasib kita akan datang ditentukan oleh result SPM tu.. Banyak lagi cara yang  boleh buat kita berjaya. Kannn... Tengok macam sayaaa... lalalalla.. hahaha.. dah dah.. jangan jadi macam aku!! mainnnn je tau. Huh. hahah.. tapi apa-apa pon, life kat sekolah memang seronok, tak payah pikir masalah negara sangat , main main dan main. Belajar tu sikittt je. Hahahaha... Now dah dewasa ni.. aduuuhhh.. pedih. banyak nau nak pikir.. Tapi takpelaa.. 

Turun naik kehidupan, semua akan merasa kan.. so just have fun dengan kehidupan.. baru lah enjoy!! (^_^)

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..