Monday, March 26, 2012

Tak Kisah La Apa Kata Depa...

Semalam hari Ahad. Aku dok melangok depan TV. Aku dok tunggu nak tengok Melodi. Hurmm. Tu la budak zaman sekarang, orang dok gosip, kita sibuk nak tengok kan. Hehehe. SO, sambil tunggu-tunggu tu, aku pon layan la Propaganza kat Astro Ria dulu. Layan punya layan, dah 12.30 pm. Aku pon tengok la Melodi. Lepas tu aku mandi sebab nak balik dah. Itu je.. Macam HAREEM kan cerita macam ni. Hahahaha.

Tup-tup , aku sampai Shah ALam Putrajaya, aku pon buka la internet. Tiba-tiba internet HAREMM juga. Tup-tup aku nampak, headline, Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya live! Demmm. Kenapa la aku tak tengok Propaganza tu jeee semalam, Kenapa aku mesti tukar ke TV3!!! Kenapa! Kenapa!! Hahahaha..

Punya la kan, Aku bukan apa, aku kalau boleh nak jadi orang yang tengok secara live, dan bukan orang yang kesejuta yang tengok secara YOUTUBE! .. Haaa. Aku bukan beria sangat sebab diorang lamar bagai tu, cuma aku happy for them la, ye laaa.. Kita boleh nampak Awal tu nangis. Ko ingat mudah nak tengok Awal nanges macam budak-budak tu??? hahaha. Exclusive tuuuu.. Kau ada? Scha cool je. Hehehe.. Macho sungguh Scha. 

aku nengok kat comment ramai yang kutuk bagai, ceramah bagai, aku senyum geleng kepala je la.. Siap kata p la jumpa mak pak Scha tu untuk melamar, kan lagi baik. Hurmm, kalau ikot logic otak terbengkalai aku ni, dah sah-sah Awal tu dah melamar Scha kat makpak Scha tu, now dia hanya melakukan sesuatu yang akan menjadi moment dia hingga akhir hayat dia. Pada aku tak salah pon cara dia, orang nampak salah sebab dia buat live, so orang seantaro dunio nampak, ceerr korang tengok kat Youtube, banyak kan orang melamar macam tu, sebenarnya, kita ikot niat laaa, jangan la kutuk je tau. Diorang tengah bahagia, kita amin kan kebahagian diorang je. 

Lagipon, kalau korang rasa ia nya salah, korang jadikan lah ia teladan. Jangan lah mengutuk bagai. korang ingat mengutuk tu tak salah? Ceeh, Taik idong korang la.

Okeh, jom tengok moment yang sedikit menyentuh air mata aku ni. Hehehe.. Walaupun nampak huru-hara, tapi aku suka... =')