Su: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
Lia: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
Lia: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
Su: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
Lia: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
Su: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
Lia: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
Su: Semalam aku nampak hantu!
Lia: Uih! kau terkejut tak?
Su: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
Lia: Mana kau tahu?
Su: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
Su: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
Lia: Gula dah habis!
Su: Yang kau pergi campur garam apasal?
Lia:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
Su: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan laki kau, mesti dia suka.
Lia: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
Su: Aku ada AIDS? mana ada...
Lia: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
Su: Lia, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
Lia: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
Su: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
Lia: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..