Selamat pagi semula. hehe. Okeh, topik kita pagi ini adalah, " tak tahu". Apa itu tak tahu?? Tak tahu bermakna , tak menegetahui, ataupun tak tahu apa-apa. *okaymengarut. Meh aku story mory sikit mengenai tak tahu ni. Cerita pendek je, bukan panjang pon.
Aku sebenarnya sungguh pantang dengan perkataan tak tahu ni. Korang tahu kenapa? Sebab aku pantang dengan orang yang give up sebelum berusaha. Ada juga makna lain selain give up, iaitu penyakit malas! . Tu sebab aku pantang betol dengan orang yang suka cakap tak tahu. Sebab orang yang terbiasa cakap perkataan tu, akan menjadi biasa hidupnya berkata perkataan itu walaupun menda yang kita minta tolong buatkan itu menda yang biasa dia lakukan. Tapi dek kerana KEMALASAN MELAMPAU dia dengan tak bersalahnya kata TAK TAHU.
Korang masih tak faham? Hahaha. Ala senang cerita aku tak suka orang yang asyik cakap TAK TAHUU LAH, TAK TAU PON, EH! AKU MANA TAHU,.. Haa.. ayat-ayat yang mintak penampar dari aku. Maybe aku dah terbiasa dididik dari kecil, sebelum mengeluarkan perkataan tak tahu tu, sila berusaha dulu mencari jawapan yang pasti dan apabila dah terlalu berusaha sehingga tak termampu, tapi masih juga tiada penyelesaian, baru aku boleh cakap tak tahu. Haaa.. itu yang aku belajar dari dulu.
Sebab tu, kalau orang minta tolong aku betolkan alamri rosak ke, aku akan cuba pergi kat almari tu, tengok apa yang patot, dan cuba cari punca kerosakan, dan cuba perbaiki nya. Lainlah kalau alamari tu dah memang lapok di telan zaman dan tak mampu di selamatkan lagi, aku hanya mampu cakap, 'Takziah, saya dah berusaha, sila beli almari baru sebelum almari ini memakan tuan nya sendiri." (okayituakutipu).
Ala, senang cerita, aku jadi marah sangat dengan orang-orang yang tak tahu ni sebab, aku tahu je apa nak buat tapi kenapa kau tak tahu?? Ini bukan ayat riak, ini ayat kenyataan. Sebab apa sahaja dalam dunia ni kita ada jalan penyelesaian nya, nak dan taknak berusaha je ceritanya. Aku kalau orang yang betul-betul tak mampu nak buat je aku tak marah. Tapi kalau orang yang sempurna sihat sejahtera akal minda dan badan dan masih menggunakan ayat tak tahu.. Baik jangan la duduk kat bumi ni, buang masa je. Huh.
Aku marah sebab baru-baru ni ada kejadian dimana aku tak nak cerita, dia dah sangat biasa buat kerja tu, then orang tu minta tolong ngan dia, dia boleh kata, Eh.. A tak tahu buatla. Dan B pon datang kata aku soh aku buatkan. Aku dengan bengkeknye rasa nak p je kat A nak pekik kat telinga dia dan kata ' HEY BONGOK! KO TU TAU APA JE?? MENGGATAL JE TAU? DUNIA KO JE KO TAU?? HAH?? Nasib la iman aku kuat lagi time tu(tipu), then aku pon buat tak tahu je ngan A. Bosan dengan manusia yang hidup kat dunia sendiri.
Aku pon hidup dunia sendiri, tapi aku masih lagi reti hidup kat dunia orang lain seperti biasa. Soo. aku tak tahu nak cerita apa dah. Sebab bosan FB tak boleh buka. Kalau ada sesiapa pandai pasal URL ni, sila bagitahu aku. Thanks ye semua.
*Bersyukur ada didikan yang positif yang boleh buat aku pandai membawa diri .. =)
Kantoi pandai bawak diri* =_='
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..