Selamat Maleeem. Hahaha. So, ape cerita weekend korang? Seronok tak? Aku? Penat hokey. Gara-gara berjalan dengan budak yang excited nak pergi Hari Belia. Hhehe.
Okey, now time to relax kan badan. So aku pon review la apa cerita menarik kat Facebook kan. So, ada diantara sahabat-sahabat aku yang berbunyi menyatakan, Hari Belia ni tak ada faedahnya dan sebagai dengannya.
Hokey. Hurm. Aku sebenarnya kurang setuju dengan pandangan sahabat-sahabat tentang tiada faedah nya Hari Belia tu. Sebab, aku rasa ada faedah dan tak faedah nya. Bukan semuanya buruk tentang Hari Belia tu. Ada yang baik nya. Kalau tak, takde la aku nak pergi kan. Hehehe. Aku bukan pergi sebab nak tengok artis semata-mata. Tapi aku ke sana nak tengok apa yang kita tak dapat tengok sebelum ni. Jangan la kita asyik pandang Hari Belia ni dekat Konsert je.. Ye, aku akui, konsert diadakan di banyak part. Setiap part ada konsert. Tapi, pada aku, banyak lagi menda berfaedah yang di adakan di situ.
Apa yang positif aku nampak,dekat booth yang berlambak tu adalah, ada nya pameran-pameran tentang Badan Beruniform, Usahawan kecil, Pameran rakan muda, Kerjaya, Perlancongan, Kesihatan, Pertanian, Komunikasi dan lain-lain lagi la. Dan daripada semua pameran tu, kita boleh belajar banyak tau. Kan berfaedah tu. Aku memang tertarik sangat bila mereka-mereka ni berusaha menunjukkan pada kita apa yang kita tak tahu. Macam pasal badan beruniform tu contohnya.. Dia cerita bagaimana senjata ni digunakan, macamana situasi bila penjenayah dikenakan hukuman, haaa.. kalau bahagian usahawan kecil pulak, kita boleh belajar macamana orang-orang bumiputra menghasilkan kraf tangan sendiri, menghasilkan produk yang mampu melangkaui pasaran dunia. Dalam pada itu juga, kita boleh usha-usha peluang kerjaya, peluang bercuti yang murah dan macam-macam la.
Then apa yang negatif nya, kita nampak konsert merata-rata. Di Jom Heboh ada, di kawasan unit beruniform ada, di kawasan rakan muda ada, di kawasan usahawan kecil ada, senang cerita di setiap pelusuk kawasan ada. Tapi, bukan semua tempat adanya artis kita. Cuma menjadi isu bila kita menjemput artis K-Pop ke sini. Dan pakaian mereka agak tidak kena untuk di tunjuk di sini.tapi, Ada di antara nya di persembahkan oleh orang-orang kita contoh nya macam pasukan beruniform. Bukan senang kita nak lihat pasukan beruniform beraksi di pentas kan. Kadang-kadang kita tak boleh pikir semua konsert tu negatif, cuba datang tengok sendiri dan pandang betul-betul.
Aku tak kata aku sokong dan aku tak kata aku tak sokong Hari Belia ni. Cuma aku kadang-kadang pelik dengan pandangan orang tentang sesuatu perkara tu , padahal orang tu takde pon di tempat tersebut. Tapi potpet sana sini menyatakan negatif. Cuba datang dan lihat sendiri situasi di sana. Dan selepas melihat dengan mata sendiri, korang barulah boleh nak potpet sana sini kan.
Aku rimas sebenarnya dengan orang-orang yang macam ni. Sebab apa tau, jangan anggap semua orang pergi sana sebab nak tengok konsert. Konsert tu umpama penyedap je kat Hari Belia tu. Kalau korang tengok la kan time Konsert tu, korang boleh nampak bukan ramai pon datang. Suam-suam kuku je. So, dari situ kita nampak, bukannya orang datang sana nak tengok konsert semata-mata. Banyak lagi menda berfaedah nak layan.
Aku jadi geram bila orang cerita bising-bising kata sapa p sana bukan berfaedah pon, maksiat je. Takda apa, buang masa. Huh. Mak hangin betul. Hahahaha. Mak p sana sebab nak tengok pameran tu tau. Bukan nak tengok artis sangat tau. Haahahah. Grrrr... Gigit sorang-sorang yang lantang sangat berkata-kata tu! Huh!
Senaaaang cerita, semua menda ada negatif positif nya. Maybe 50% positif 50% negatif. So, jangan la tunding segala benda tu negatif, pandang la juga positif tu. Di sebab kan konsert je, semua menda jadi negatif. Aku yang pergi ni, aku terasa bila orang kata, p sana tu takda faedah, buang masa dan maksiat. Huh. Huh. Huh. Datang sendiri dan alami sendiri . Siapa yang tak datang tu, jangan pandaii bawak cerita mengarot-ngarot. Budak-budak remaja pon aku tengok okay je, ramai yang join aktiviti kat sana. Macam kat rakan muda tu. Haaa. Then aktiviti berbasikal. Aktiviti lasak. Aktiviti senaman. Sukan dan macam-macam la.
*entry yang begitu tiada hala tuju, point dia pendek je sebenarnya. Kalau nak mengata tentang sesuatu hal, sila alami nya dulu baru mengata. Jangan tau mengata kosong ja. Lagi buang masa. Aku p sana, banyak ilmu aku dapat, sumpah tak rugi. Tak caya, p tanya orang lain yang p sana. Tu la orang kata, yang burukkkkk sebesar kuman tu nampak je, tapi yang baik sebesar gajah tu.. lansung tak di peduli. Selamat beramal dan renung-renungkan. eh. terbalik ek? okay. bye.
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..