Tuesday, January 3, 2012

Yeay!! Yeay!!!

Esok dah masukk sekolah! Yeay !! Yeay!! Sapa yang sekolah esok? Angkat tangan...! Hahaha.. Bila nampak keseronokan budak-budak sekarang ni membeli belah untuk masuk ke sekolah, aku teringat zaman sekolah dulu, heheh .. Bila first time masuk tadika, aku masih ingat bila aku menangis dalam kelas. Hahaha. Siap sapu hingus dan air mata dengan sapu tangan. Mak aku dah sediakan awal-awal sapu tangan untuk kegunaan aku. Hahaha. Serius aku sedih time mak pak aku tinggalkan aku kat tadika tu. Mana aku kenal orang lain ooii. Yang penting, aku tak la kejar mak pak aku time diorang pergi tu, tu yang aku duduk diam kat tempat sediri sambil esak-esak nangis tutup mulut ngan sapu tangan. So, takde la dengar sangat suara aku tu melainkan teman sebelah aku perasan. Hahaha. Anak bongsu kan, kena la mengada sikit! 


So, itu lah pengalam pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah kan. Kenal ngan kawan-kawan, yelaaa.. Sebab sebelum ni main masak-masak ngan jiran-jiran jek, jiran-jiran tu la kawan-kawan aku, jiran-jiran tu la juga bagaikan adik beradik aku, jiran-jiran tu juga la pasukan nakal aku. Hahaha. Serius rindu zaman kanak-kanak kan, macam tak mahu dah dewasa macam sekarang ni, aku lagi suka main-main kat umah jiran, pergi lari sana, lari sini, main masak-masak, main kawin-kawin(ada peranan mak, pak, anak),haaa... Korang pon sama kan? Tipu la kalau tak kan.


Esok bermulalah sesi baru 2012 untuk semua yang masih bersekolah..


Siapa yang baru pertama kali masuk ke sekolah,
SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG MENYERONOKKAN DI ALAM PERMULAAN PERSEKOLAHAN YE ADIK-ADIK SEMUA, 

kepada sesiapa yang masuk ke tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5, 
SELAMAT BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MENCAPAI KEPUTUSAN YANG MAKSIMUM, 

dan kepada semua.. 
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!!

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..