Monday, December 10, 2012

Malam Yang Hujan

Malam ni hujan..Sekali dengan aku pon hujan juga. Jam nak masuk pukul 12 malam.. tapi aku masih mengadap laptop. Hari ni sangat penat. Dengan dugaan office yang banyak nya, then boleh pula bersambung dugaan lain. Allahuakbar.. Tabahkan lah hati ini. Positifkan la diri aku ni. Aku cukup penat nak mengadap semua menda dalam satu masa. Tempahan bunting untuk wedding pon tak siap-siap lagi, malam ni photoshop buat hal. And now la fikiran aku tengah tak menentu. Tuhan je mampu tolong aku. 

Bila aku sorang-sorang macam ni, terdetik sangat rasa hati. Terfikir juga, banyak sangat dugaan dapat kat aku hari ini. Aku boleh lagi tersenyum. Aku balas dengan senyuman, aku mengalah walaupun tak salah, aku terima walaupun sakit.. (^_^)

Tapi tu la, manusia.. perempuan pula tu, Tuhan memang jadikan hati perempuan ni lembut.. Nak taknak hujan juga la aku.. fikiran blank, design tak jalan, apa pon tak setel. Aku mampu berdoa je la design aku ni boleh siap, kerja aku boleh setel. Tak kisah la apa dugaan pon datang. Aku memang biasa di layan seperti ini. Itu menjadi lumrah dalam hidup aku dah rasanya. 

Muhasabah diri. Itu jalan yang terbaik. Biarkan la orang nak marah aku ke, nak salahkan aku ke, nak cakap apa kat aku ke, hidup aku sekarang hanya ada senyuman je. Kalau rasa aku tak sempurna, fikirlah buat kali kedua. =) .. Good night.