Wednesday, November 21, 2012

Kisah Seorang Kakak

Hei hei hei! Selamat Petang! hehehe..
Apa korang tengah buat tu? Mesti tengah korek idong kann.. =)
Today nak cerita kisah seorang kakak yang kapkumkappp. (#_#)

Takde nak cerita apa sangat pon, cuma nak share kat korang, betapa tak best nya kerja sebagai kontrak di tempat aku. Tempat aku okey. Bukan tempat orang lain. Sangat tak best. Kerja kat tempat aku tu best. Cuma kerja dekat department aku tu yang tak best. Haaa, nampak aku dah pecah-pecahkan? hahah.

Alkisah, aku dan kawan aku lagi sorang, adalah pekerja kontrak. Kami dilayan okay oleh ramai pihak. Tapi ada yang layan kami tak berapa okay. Tak ramai la, just few of them la kan. Aku mula-mula mampu la layankan sahaja, bila orang suruh buat ni, aku buat, bila orang suruh buat tu, aku buat, bila tak suruh pon aku buat. Then, makin lama makin lemak. Aku sah-sah la berlemak. Ni aku cakap pasal hamba Allah sorang ni. Previous post aku pernah cerita pasala sorang hamba Allah ni yang suruh kita buat OT, tapi esoknya kami dengar ada orang cakap pasal kami. Haaaa, hamba Allah ni lagi la. 

Aku and kawan aku duduk bersabar je dengan dia ni. Sabar sangat. Berlipat kali ganda sabar. Sebab nya, dia makin berlemak-lemak. Makin suka tinggi suara dengan kami. Makin suka cakap pedas dekat kami. Makin suka perintah-perintah. Kalah gred 41. 

Paling worst adalah, dari minggu lepas lagi dia ni menyusahkan kami. Jiwa dan raga. Kami walaupun dikerah macam tu, kami tetap senyum dan bahagia. Tapi, dia langsung tak boleh tengok kami bahagia. Adalah yang datang kat kami tinggi0tinggi suara kata 'KORANG  BUAT KERJA APA?" " KALAU TAKDA KERJA, DATANG LA DEKAT DEPAN TU, TANYA ADA KERJA KE TAK, ITU PON NAK BAGITAHU KE??!" ,, derrrrr, kami baru take five okey. Baru nak menatap internet. Time tu la dia tembak. Halaaahai kak. Kami ni bukan nya robot. Yang mampu hadap kerja setiap minit tanpa henti. 

Lagipun, aku pernah di ajar, kalau ada kerja tu, buat, tapi tak payah laaaa gopoh sangat, take rest, cari angin sikit, amik angin yang damai, then baru sambung. Barulah kerja yang dibuat berkualiti. Bukannya, siap kerja satu, then sambung kerja 2, then sambung lagi. Kalau macam tu, memang korang tak bagus la. Tu yang perangai kadang-kadang macam orang tak belajar etika. 

Tapi yang bagusnya, jenis kakak ni, dia sukaaaa mengadu kat orang pasal kami. Bebel-bebel, sampai department lain pon dengar. Patutla, ramaiii je dari department lain datang kat kami, kata 'haii, takda kerja kee", "eh, tengah buat kerja laaaaa dia ni" , " ooo, bagus lah buat kerja, barulah tak dapat duit haram" .. Demmmm.. 

Aku sabar lagi ni. Esok aku tengok ada lagi kakak ni nak bising-bising, aku pangkah dia. 1001 pertolongan kami buat untuk dia, 1001 aduan yang dia cerita kat orang. Great attitude to be followed. 

Satu yang aku belajar hari ni:
HORMAT ORANG LAIN KALAU NAK ORANG LAIN HORMAT KITA..

So, conclusion, kakak tu tak perlu di hormat sebab dia dari awal tak pernah hormat kami. Rasanay gred sama ja, tapi gaya lebih! (^_^).. 

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..