Wednesday, December 19, 2012

Dah Nak Habis

Haaaaa, dah nak habis tahun dah kan. Kejap je rasa nya. Tup tup... Dah 19hb dah hari ni. Cepat kan masa berlalu.? Tapi aku memang nak cepatkan habis tahun ni, sebab aku rasa, tahun ni tak berapa nak best pada aku. Banyak sangat dugaan dan cabaran yang aku kena hadapi sorang-sorang.

2012
Tahun yang paling banyak duka nya untuk diri sendiri. Tapi bahagianya pon ada, bukan tiada. Maksud aku, 2012 ni aku berdukaaa sangat dengan nasib aku yang kerja tak tentu hala lagi ni. Kerja banyak tempat dah, gaji macam tu juga. Sampai bila nak jadi macam ni? 

Muka aku happy je hari-hari, tapi dalam hati, Tuhan je tahu kan. Heheh. Kadang-kadang tu, aku sendiri penat dengan kehidupan, tapi tak baik cakap macam tu, sebab dunia ni la cabaran.. aku nak taknak kena hadapi kan. Sebab Allah takkan kasi dugaan yang kita tak mampu tanggung, DIA akan kasi kita dugaan yang DIA tahu kita mampu tanggung. 

Tapi tu la, dah namanya manusia, kadang-kadang lupa. Tetap juga akan rasa down bila dugaan datang, sebab terlalu banyak sangat tanggung dugaan kan. Kadang-kadang tak larat dah. Tapi kena la juga letakkan positif tu dekat kepala, kalau tak, memang susah laaaa nak move forward. 

So, I wish, next year will be my lucky year and also Encik Sepet.!! I hope I hope I hope!!*nada lisa surihani* hehehe