Orang memberi,
Kita merasa,
Kita berbudi,
Orang mengata.
Assalamualaikum. Selamat pagi yang nak ke tengahari. Korang tengah buat apa? Seronok tak cuti semalam? Best kan.? Aku pon best. Semalam kerja (^_^). Aku sebenarnya tak kisah pon bekerja time cuti-cuti awam ni kan. Tapi aku sangat la terasa hati bila mana, bila kami datang kerja untuk membantu meringankan beban hamba Allah sorang ni, tapi last-last hari ini kami mendapat tempias negatif. Kami datang pon ada orang mengata belakang. Tak bersyukur sangat kami datang membantu. Bukannya datang saja-saja. Dah la kami datang awal, tunggu hamba Allah ni tak sampai-sampai. Pukul 11 kami baru nampak dia. Itu pon kami terasa nak pergi tempat dia, nak tengok dia ada ke tak. Rupa-rupanya ada... Astarafirullah. Mengucap dalam hati tau. Dah datang, tapi tak panggil kami. Sangat membuang masa kami yang melanguk datang office awal-awal. Katanya pukul 9 kena datang. Kami datang pukul 9, tapi hamba Allah tu? Bersabar wahai hati.
Dah tu, semua kerja kami kena buat,kami masih bersabar lagi. Kami memang datang nak bantu. Tapi, arahan yang diberikan sangat tak betul. Kejap A, kejap B, kejap C. Dalam hati boleh kata " cuba kau angkat benda-benda ni, kau tau tak berat nya benda-benda ni? kenapa awal-awal tak kata nak ikut macam arahan dia.." Ya tuhan. Kenapa la hamba Allah tu macam tu. Yang dia tau, memberi arahan. Bingit juga la telinga ni. Tapi sabar sangat. Dia bantu apa? Bantu bercakap (^_^).
Sebenarnya, tugas mengemas tu, tugas semua orang, tetapi kami redha bila kami berdua sahaja yang membuat semua tu. Kami ni kadang-kala pelik, sebab kenapa kami dilayan lebih teruk dari budak praktikal. Kami kontrak ni memang harus dilayan macam ni ke? Banyak sangat dah kata belakang kami dengar. Kami layan kan je. Tetap kami bantu hamba Allah ni. Tapi 'Terima Kasih' pon kami tak dengar.
Apa salah kami kat dorang pon tak tahu la. Yang jadi tak best bila, ada yang mengata, kalau datang awal, tapi balik awal, baik tak payah datang. Beristifar panjang aku.Dah sah-sah before setuju nak datang semalam tu, kami dah bagitahu, kami ada hal after lunch, kami amik half day sahaja. Kenapa kami tiba-tiba dengar ayat datang awal balik awal tu? Mana orang tau kalau takda yang bercerita kan? Dan semestinya yang bercerita mestilah hamba Allah tu. Herrm, Kami kecewa sangat. Kalau betul la nak mengadu pon, tengok la dulu hasil kerja kami. Kami dah siapkan half dari kerja tu. Totally change! Tak bersyukur lagi kan. Apa lagi sebenarnya yang tak puas hati?
Lain la kami ni balik dengan tak buat apa-apa kan. Hamba Allah tu buat apa je? Hermmm. Malas nak cakap. I though bila kami balik, and datang pagi ni, adala perubahan sikit dari apa yang kami buat, last-last, begituuuuu juga la keadaanya. So, kalau dia nak mengadu domba tu, atas dasar apa pon aku tak tau. Sebab dia bukan buat apa-apa pon.
Tu la manusia, suka menunding jari pada kita. Dia tak tahu, satu jari ke kami, tapi 4 jari tu kat dia. Tunggu la Tuhan kasi balik kat dia. Penat kami, asyik ada je yang mengata belakang. Tak enjoy kerja jadinya bila working environment nya sangat gloomy. Tak fun langsung. Kami ni cuba la meng'fun'kan nya. Tapi apakan daya, manusia rambut je sama hitam.
Lepas ni, kami dengar lagi ada yang mengadu pasal kami, kami tak mahu dah ringan tangan menolong. Menolong pon kena kata, tak menolong pon kena kata. So, takyah menolong. Senang hati. Biarkan orang nak kata apa. Menda senang sukaaaa sangat di susahkan. Menda kecil, sukaaaa sangat dibesarkan. Pelik la aku. Sampai bila nak layan menda ni? Tunggu la lagi 4 bulan (^_^). Tuhan tu maha adil.
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..